Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 7, 2008

Balik untuk mencari keredhaan dan ketenangan....


Hari ini, hari terakhir aku berada di USM...

jika esk masih untuk aku....

aku akan pulang ke kampung....

pulang setelah 4 tahun bergelumang dengan cara hidup di USM.....

pulang ku mencari keredhaan kedua ibu bapa ku....

sebagai sandaran mencari redha ILLAhi....



Aku ingin bersifat dewasa...

matang dalam menilai buruk dan baik....

tanpa terlalu mengikut hawa nafsuku....


aku ingin berubah menjadi baik.....

kerana aku tahu....aku telah menganiayai diri ku sendiri.....

aku meletakkan diriku dalam keadaan kecelakaannnn....


Ya Allah....Engkaulah Tuhanku...

tiada Tuhan selain Engkau wahai Tuhanku....

aku adalah hambaMu,

aku cuba sedaya upaya untuk melaksanakan janji2 ku terhadapMu...

aku berlindung padaMu...

dari perbuatan jahat diriku sendiri.....

aku mengaku akan segala nikmat yang telah Kau kurniakan...

aku juga mengaku segala perbuatan dosaku

oleh itu Tuhanku....kurniakanlah keampunanMu kepadaku...

sesungguhnya tidak ada sesiapa lagi yang boleh mengampunkannya selain Engkau....

dan sesungguhnya Engkau maha pengampun dosa2 besar....


Tuhanku...tutuplah segala pintu maksiat buat diriku, sahabatku dan keluarga ku....

bukakanlah pintu pahala Mu seluas2nya buat kami....

sesungguhnya...kami mengharapkan keredhaanMu...

mengharapkan pertolonganMu...padaMu kami sandarkan harapan....

moga kami masih dalam pandanganMu...masih diberi hidayah dan petunjukMu....


~aku ingin pulang...menyuci dosa dan noda...moga masih punya waktu untukku...ameennnn~

Thursday, November 6, 2008

LM, Latihan mengajar, bersediakah aku?

gambar ini tiada kaitan dgn tajuk.....huhuh


Sedar tak sedar, tinggal berapa hari je lagi, aku berada di usm,


terasa syahdu la plk, kerana lepas ini, tiada lagi kehidupan bergelumang dgn buku,


instead everything going to change


kehidupan yg bergelumang dengan masyarakat,...


no more student life.....




Latihan Mengajar,


sudah pasti cukup berbeza dengan kehidupan kampus...


interaksi antara guru, murid,org kampung..


emm adakah aku sudah betul2 bersedia...




mahasiswa asalnya dari masyarakat,


akan kembali ke masyarakat,


namun betul ke aku sudah siapkan segala kemahiran untuk kembali,


mampukah aku untuk bergelar mahasiswa apex universiti di mata masyarakat...




Terkadang risau jugak memikirkannya,


tetapi sebenarnya, semua itu sudah dalam perancangan ALlah,


tunggu waktu sahaja yang akan melaksanakan...


emmmmm....



Penempatan awal telah diumumkan,


alhamdulillah, aku mendapat sekolah yang kuinginkan...


sekarang ni terpulang kepada sekolah itu,


sama ada mahu menerima aku atau tidak...



Sekiranya, sekolah itu terbaik untukku,


semoga Allah permudahkan segalanya....


murid2 itulah yang akan menjadi pelajar pertama aku..


secara formalnya.....



apapun, persediaan tetap kena dilakukan...


banyak duit gak ni nak guna..


tapi tak pa lah...alah membeli menang memakai...



pada sahabat2 yang bakal LM,..


semoga LM ini menjadi wadah yang terbaik


untuk kita mencurah ilmu,


mengasah skill,


menanam minat,


serta memberi yang terbaik untuk anak2 didik kita nanti...


selamat maju jaya....


semoga dipermudahkan segalanya...


pergi kita nanti, bukan setakat untuk latihan....


tapi kita membawa nama agama, keluarga dan universiti APEX...


semoga kita sama2 menjag dan mengharumkannyaaaa........

Thursday, October 23, 2008

Tetiba je rasa....




Tetiba je…aku rasa putus asa…
Tetiba je aku rasa hiba entah mengapa…
Tetiba je aku rasa ketenangan sudah tidak ku rasa…

Ya Allah…mungkin ini hukuman mu
Atas segala dosaku yg menggunung tinggi…
Andainya ketenangan itu tidak lagi kau hadirkan dihati..
Berikan aku rezeki airmata yg menangis kerana penyesalan atas segala dosa2 ku…
Airmata yg menangis kerana takut akan azab Mu…
Moga nanti akan hadir rasa ketenangan dihatiku….

Aku tidak harus berputus asa dari semua ini…
Kerana aku tahu nikmat, keampunanMu terlalu luas..
Namun aku juga tidak harus selesa dengannya…
Kerana aku hanya insan biasa yang penuh noda dan dosa…
Layakkah aku mendambakan yang terbaik..
Sedangkan usahaku tidak seberapa….

Aku tidak kuat untuk mujahadah kepadaMu…
Aku tidak kuat untuk melawan Nafsuku…
Aku tidak kuat untuk menempis hasutan syaitan….
Berikanlah aku kekuatan ya Allah…
Kerana hanya padaMu aku bergantung harap…

Ya Allah..moga Kau masih sudi memandangku,..
Peliharalah aku dari fitnah dunia…
Dan punca fitnah untuk insan lain….

Ya Allah..aku malu untuk berhadapan denganMu
Kerana dosaku menggunung…
Aku bukan hambaMu yg taat…
Kerana aku sering lupa padaMu…
Aku leka ya Allah…aku lalai dari tangunggjawabku..
Ya Allah moga masih ada waktu untukku
Menyucikan segala dosaku…..

Ya Allah…andaikan kau matikanku…
Matilah aku dalam keadaan iman dan islam,
Dalam keadaan kau ampunkan segala dosa2ku
Dalam keadaan kau redha padaku…amin



~ hanya Allah yg mengerti perasaaan ini~

Tuesday, October 21, 2008

Monday, October 20, 2008

ORG YANG PALING BIJAKK ADALAHHHHH.....

ORG YG BIJAK ADALAH ORG YG SENTIASA MENGINGATI MATI...


Ana pasti, ramai yg sudah membaca artikel dibawah ini...

ana percaya dan yakin, ramai juga yang lupa akan pengajarannya...

kerana ana juga begitu...sering lupa, sering alpa.....

hidup hanya sementara, sampai masa kita pergi jua...

tinggal segala kerja..hanya amal yang dibawa...

mengadap yang Maha Esa..

DariNya kita datang, KepadaNya jua kita kembali....

semoga saat itu, kita benar2 sudah bersedia,

bersih dari segala dosa....

moga kebahagiaan disana milik kita bersama...ameen...


selamat menghayati...



TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.


Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.


Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.


Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.


Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.


Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.


Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.


Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.



WALLAHUA`LAM


DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.

Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita

sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya

dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.


Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.


"Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.


Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.


Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"


Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"


Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.

Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"


Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


----------------------------------------------------------------------------------


P/s semoga kita tergolong dalam golongan org yg bersujud...ameen...

Sunday, October 19, 2008

5 Syarat Nak Buat Maksiat!

oh Hati, terkadang ke kiri, terkadang ke kanan..rapuhnya hati,...dalam ku mencari kekuatan untuk menginsafi diri, menyesali segala dosa2 yangku lakukan..ku temui satu cerita, yang ku rasakan sangat menyentuh hatiku...terima kasih kepada "hamba Allah" yang sudi berkongsi nasihat ini...dan ingin ku kongsi kepada sahabat2 semua...semoga ianya dapat memberi keingsafan kepada kita....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,
maka boleh kamu melakukan maksiat.

" Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, ku mohon padamu tutuplah pintu2 maksiat buat diriku...
keran aku tidak pernah rela berbuat maksiat padamu...
namun aku tewas akan nafsuku dan hasutan syaitan laknatullah...
Ya Allah, bukalah pintu2 pahala Mu seluas2nya padaku..
sesungguh aku terlalu mengharapkan redhaMU...
ya Allah, hanya dengan Taufiq dan HidayahMu
dapat membimbingku menghadapui dugaan ini...
ya Allah, aku yakin akan Janji2 Mu...
ya Allah terimalah Taubatku...aminnn

Wednesday, October 15, 2008

Say "YES" to BOOK!!

Alhamdulillah..habis sudah assignment PGT 436..100% coursework, lepas ni tak da exam...bestnya..hehe...syukur ku panjatkan ke hadrat ILLahi, yang mengatur segala apa yg ada di alam semester ini, kerana izinNya, nikmat kesihatan, kelapangan dan kesenangan yang diberikan, dapat jugak group sustain menyiapkan assignment WEBSITE EDUCATION..disini, ana mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada group member SITI FAIROS OSMAN dan SYUHADA IDRIS, kerana sama2 bekerja keras untuk menyiapkan assignment tersebut..korang memang best...sumbangan2 ideas yang bercambah itu semoga dapat dimanfaat dimasa hadapan...sape2 nak lawat web kami sila la ya hhtp://www.freewebs.com/sustain1-2/index.htm

Memang tak dapat dinafikan, banyak faedah dari assignment ni, lepas ni, boleh la buat we sendiri..huhu..blog pun jarang2 update..nak buat web plak ya....

Habis pasal assignment, sebenar tu intro je, sebenarnya, posting kali ni, ana nak berkempen ni, bukan kempen pilihanraya kampus ya...huhu...masa belum tiba lagi..tapi mmg tak sabar nak berkempen ni...Tapi ana nak berkempen, jom pakat2 say YES to book, al-maklumlah..final exam is just around the corner, tinggal berapa hari je lagi...assignment pun dah habis, kepada yg dah habis la ya...yg tak habis lg, teruskan usaha anda...usaha tangga kejayaan.


kempen "Say Yes to book", sebenarnya ana tujukan pada diri sendiri..tapi dalam pada tu nak kempen gak pada sahabat2 fillah..ok..insyaAllah kita sama2 ingat meningati...

sempena kempen Say Yes to book ni, ana nak cadangla sedikit peringatan berdasarkan pengalaman ana sendiri selama 7 sem kat USM ni:

  • kepada yg duk main internet tu, kurang2kan lah sedikit..berYM tu...tapi kalu search bahan rujukan takpa la...
  • intai2 semua soalan pastyear yg boleh diintai, mulalah mencari secara serius kepada sesiapa yg tak da lagi, banyak2kan bertanya..dah dapat soalan tu, buat la, jadikan skema masa nak exam...(Ni ana buat la dulu2...)
  • complete kan tutorial, mana2 soalan yg lopong tu, cepat2 completed it, cari2 la dengan coursemate, jangan duk segan plk, supaya nanti tak la kalut time dah dekat exam, dah tu kalu keluar soalan exam dari soalan tutorial yg kita tak buat..tak ke rugi tu....huhu
  • dah soalan past year pun dah complete, tutorial pun dah complete, nak buat apa lagi ya...emm belum cukup lagi tu...buatla latihan tambahan, latihan ni lebih kuang soalan2 yg anda rasa akan keluar dalam exam, kalu keluar la kan...kalu tak kuar pun at least sipi2 pun jadi lah..yg penting pengalaman kita menjawab soalan terutamanya math.
  • Fuh, banyak jugak benda nak buat ni, ana sendiri pun tak start lagi,tapi sekarang ni ana tumpukan pada test yg terdekat, bercakap pasal test ni, ana nak ingatkan setiap kali nak test, study la macam nak exam...emm pasang niat, study utk exam siap2 bukan utk test, segala nota, soalan2 masa nak test tu, simpan leklok, nanti nak guna balik masa nak exam....jadi jimat la masa,sebab selalunya nota yg kita buat ni lagi kita faham dari nota yg kita salin kat kuliah...betul tak..huhu...
  • lastly, yg terlintas kat fikiran ana ni, jangan biarkan dinding bilik anda kosong begitu sahaja, tampal la nota2 yg anda ras penting, sempat lagi ni, ada lebih kurang 3minggu lagi..walau pun tak baca selalu, sekurang2nya nota itu, menunjukkan anda ada jugak la study..hehehe...dan insyaAllah nota2 kat dinding tu menyebabkan level of confident anda increase dan merasakn suasana nak exam..tak da la anda main2..hehe....Nota tersebut sebenarnya memberi kesan "familiar" dalam diri anda terhadap topic2 yg anda tampal tu....
  • opps satu lagi ni...dah rasa persediaan kita tu dah mantap, ilmu penuh didada ni, tak sabar dah nak exam..huhu...tunggu dulu, jangan lupa kongsi ilmu kita tu, mana nak tau ilmu kita dapat tu tak betul ke, maksud tak betul tu bukan ilmu salah tapi mana nak tau masa kuliah kita tersilap salin ke apa ke, jadi konsep yg kita faham tu lari dari yg sebenarnya...emmm macam mana nak kongsi ilmu...kita arrange la study group dengan sahabat2 kita, sehari dua hari pun jadi la..asalkan kita dapat manfaat, sahabat kita pun dapat manfaat..

ok la, tu je la..jom kita pakat2 study ya...semua yg ana least kat atas tu memang la penting, bg ana la..org lain tak tau la kan..setiap org berbeza cara belajar ni...tapi the most important thing is "jom kita bersihkan hati kita dulu, hati yg bersih memudahkan ilmu masuk, insyaAllah"..dan dalam kita kesibukkan kita study tu, janganla plk kita lupa nak dekat diri pada Allah, Al-Quran, mashurat, qiam.. biar mantain mcam biasa, tambah lagi , lg elok....emm jagalah hubungan dengan Allah, insyaAllah Allah akan menjaga kita..


emm rasanya, tak da apa dah kot, pada sahabat2 yang nak tambah2 lagi, tambah la ya,..itu cuma pandangan dan pengalaman ana sahaja...

~hadiah untuk sahabat dari sahabat~

Friday, October 10, 2008

UCAPAN DARI SAHABAT....

kudahului dengan ucapan terima kasih, buat sahabat2ku yang sudi mendoakan kesejahteraan diri ini, sesungguh doa itulah yang kuharapkan, hadiah yang paling bernilai buat diriku...ku juga mendoakan kesejahteraan dan kebahagian untuk sahabat semua....

oleh kerana doa itu sangat bermakna untuk ku, jadi ku tidak mahu kehilangannya, jadi ku ingin tinggalkannya disini, semoga ianya akan terus menjadi doa untukku, sepanjang hayat hidupku...aminnn

dari sahabatku noor masnira, 23.59
Selamat hari Lahir ke-22 sahabatku norharizam bt abd majid, semoga kamu dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki, dan dipermudahkan menjalani ibadah harianmu, semoga persahabatan kita, kekal sehingga akhir hayat kita..gud luck..:-)

dari sahabatku, f4p7, faiz, 00.08
Selamat hari Lahir, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki....

dari sahabatku seperjuanganku Sajdah, 00.10
Ku hadiahkan salam sayang, bersama Al-fatihah yang penyayang, kukirimkan sesuci kasih, bersama Al-ikhlas yang suci bersih, istimewa untuk mu, moga rahmat Allah tetap bersamamu,selamat hari lahir sahabatku..

dari sahabat seperjuanganku GAYAH, 00.11
sahabat yg disayangi, ikhlas dari naluriku, aku rindu jiwa2 yg sering mendidiku,berkongsi masalah denganku, beselisih pendapat denganku, meniup semangat kepadaku, ku mohon padaMu ya Allah, Kau kuatkanlah ikatan ukhwah antara jiwa2 kami, kerana jiwa ini sentiasa menjadikan rindu padaMu tumbuh dalam perjuangan islam..Selamat hari Lahir ke-22 ej, salam sayang :-)

Dari Sahabat seperjuanganku Siti 'aisyah 06.49
sahabat, aku bangga melihatmu derita dlm perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian, aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan, aku bangga andai dikau mati dimedan kebenaran dari hidup dalam kesesatan,.kerana jgn lupa sahabat, muliamu bukan pada pangkat, dan harta, tapi krn islam..! selamat hari Lahir yg ke22 sahabatku (",) khas utk NORHARIZAM BINTI ABD MAJID.moga dirimu terus istiqamah!. ukhwah Fillah.

terima kasih sekali lagi, kepada sahabat2 ku yang mendoakan diri ini, kepada sahabat2 lain yg sudi mendoakan diri ini..tinggalkan komen disini ya, syukran.


P/s. ucapan tu telah di paste dari heponku, kerana tak cukup ruang utk disimpan disitu, jadi ku simpan disini, namun begitu, kepada sahabat2 yg bagi ucapan ditempat lain, tak dapatlah utk dipaste disini...hehe :-)


Thursday, October 9, 2008

22 Tahun Umur Ku


Alhamdulillah, dengan rahmat, kasih sayang dari Maha Pengasih lagi Penyayang, aku masih diberikan kesempatan untuk bernafas dibumiNya ini, menikmati nikmat iman, nikmat islam, nikmat hidup sebagai khalifah Allah...

esok 101008 genap umurku, 22 tahun...
emm dah tua dah rupanya aku ni....
sekiranya diberi umur yg panjang,
banyak lagi perancanganku...
banyak lagi persiapan dan persediaan yang perlu dibuat...
sebagai bekalan untuk disana...
semoga Allah panjangkan umurku..aminn....

sememangnya masa itu tetap berlalu, takkan pernah berhenti..
itulah hakikat yg sesiapa sahaja mengetahui...
sesungguhnya demi masa..manusia dalam kerugian...
ku mengharapkan dengan pertambahan umurku ini...
akan menambahkan ketakwaan ku pada Pencipta ku..
bertambah kematangan ku untuk mengharungi ombak tsunami dunia...
moga aku tidak tergolong dalam golongan yang rugi...

semestinya aku perlu tegas dengan diriku sendiri...
tegas untuk mengubah diriku supaya jadi yg lebih baik...
moga aku diberikan kekuatan untuk itu semua...
terkadang aku terfikir....
aku sentiasa menjaga hubungan dengan manusia...
tetapi adakah aku menajaga hubunganku dengan Allah swt...
aku sentiasa berlaku baik dengan manusia lain...
tetapi aku menzalimi diriku sendiri...
aku terlalu sibuk membaja hati insan lain..
sehingga aku lupa bahawa hatiku ini sentiasa kering dan kesakitan....

Ya Allah, moga dengan umur yang diberiMu ini,
tidak ku siakan..
moga bertambah rezeki dariMu..
moga aku sentiasa dalam Redha Mu...amin


~Happy Birthday to NORHARIZAM BINTI ABD MAJID, 10.10.08~

Wednesday, October 8, 2008

Nama, Rupa dan Hakikat

Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya.
Satu perkara yg hanya ada nama maka ia tdk akan mendatangkan faedah atau kesan.

Jika menyebut api, maka itu bukanlah api, tetapi percakapan tentang api.
Percakapan tentang api bukanlah api dan ianya tdk akan mendatangkan faedah walaupun kita bercakap tentang api berjuta kali.

Jika kita lukiskan gambar api, maka itu juga bkn api, tetapi itu adalah rupa api. Rupa api tdk akan memberi kesan panas kepada kita. Ianya tdk akan mendatangkan kesan panas kpd sesiapapun yg menyentuhnya.

Api yg kecil tetapi ianya adalah api,maka ia blh digunakan utk membakar kayu api dan seterusnya blh digunakan utk memasak makanan atau memanaskan badan. Jika api itu api maka ia tentu merah menyala dan ia mesti panas. Jika ia hanyalah rupa api, maka ia tdk akan panas dan ianya tdk akan blh digunakan utk memasak makanan atau memanaskan badan.

Perkataan dan rupa tidak mendatangkan faedah sepertimana perkataan dan rupa api. Kita mesti mendapatkan hakikat api. Kita mesti mendapatkan api yg betul. Api yg betul mesti panas dan blh digunakan utk memasak makanan. Jika api itu tdk panas maka iu bknlah api.

Warna atau rupa gula adalah putih. Gula mempunyai rasa yg manis dan jika ia dimaskkan ke dalam secawan teh, maka teh itu akan menjadi manis. Jika`gula' itu mempunyai rupa spt gula tetapi ia tdk manis, maka sudah tentu ianya adalah bkn gula. Ia mungkin kaca atau garam.

Setiap perkara mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Agama juga mempunyai nama, rupa dan hakikatnya. Nama dan rupa agama adalah mudah utk dilaksanakan, tetapi ianya tdk mempunyai kesan dan faedah yg telah dijanjikan oleh Allah SWT. Kita blh memberitahu semua manusia bahawa agama kita aadalah agama Islam dan nama kita adalah nama orangIslam, tetapi itu tdk bermakna bahawa kita mempunyai hakikat agama Islam di dalam diri kita.

Untuk menzahirkan rupa Islam kita blh menukar pakaian kita kepada pakaian Islam. Kita blh melakukan srta merta. Tidak perlu mengambil usaha yg lama untuk mengubah rupa kita kepada rupa Islam. Di dalam beberapa mingu kita blh mempunyai janggut, berserban dan memakai jubah yg panjang. Kita akan kelihatan seperti seorang yg beragama.

Pakaian kita boleh mirip dgn pakaian Nabi s.a.w. Apabila kita blh bercakap tentang agama , membaca Al-Quran dgn baik dan blh berbahasa Arab, maka kita tentu akan kelihatan seperti org yg mempunyai agama yg sempurna.. jika org lain menyangka bahawa kita mempunyai agama tetapi kita sendiri tidak beranggapan begitu maka itu adalah kurang bahaya. Apa yg lebih bahaya adalah apabila kita telah menyangka bahawa diri kita telah mempunyai agama yg sempurna.Apabila kita mempunyai perasaan seperti ini maka kita tidak akan berusaha lgi untuk membawa hakikat agama yg sebenarnya di dalam diri kita.

Pakaian, serban dan janggut kita telah membuatkan kita menyangka bahawa kita telah ada agama. Pada hakikatnya kita baru mempunyai rupa agama tetapi agama yg sebenarnya belum masuk lagi ke dalam diri kita.Usaha yg menekankan kepada rupa agama dengan memberikan kepentingan kepada pakaian, janggut, serta purdah tdk akan boleh bertahan lama.Apabila dilanda dengan dugaan atau ujian daripada Allah SWT segala rupa agama itu akan hilang dalam sekelip mata..

kita boleh menukar rupa kita kepada rupa agama apabila kita mendengar ceramah agam yg bersemangat. Kita tidak boleh mendapat hakikat agama hanya dengan mendengar ceramah agama. Ceramah agama yg bersemangat akan dapat menimbulkan keinginan di dalam diri kita untuk mendapatkan agama.

Untuk hakikat agama datang dalam kehidupan kita, kita perlu membuat kerja agama dengan cara betul dan dengan bersungguh-sungguh. Usaha untuk mendapatkan hakikat agama akan mengambil masa puluhan tahun.Hakikat agama tidak akan datang dengan tiba-tiba di dalam beberapa hari. Hakikat agama akan datang perlahan-lahan.

Sebelum hakikat agama datang dalam kehidupan, kita perlu mendapatkan hakikat iman. Untuk mendapatkan hakikat iman, sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah mengambil masa membuat usaha mempertingkatkan iman selama lebih kurang tigabelas tahun. Setelah sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mendapat hakikat iman maka barulah hakikat agama datang di dalam kehidupan mereka.

Amalan agama yg pertama datang dalam kehidupan mereka adalah solah.Walaupun kita ingin membawa agama yang sempurna di dalam kehidupan kita tetapi kita telah lupa untuk berusaha mendapatkan asas agama iaitu hakikat iman atau hakikat kalimah Lailahaillallah. Usaha yg kita buat pada masa ini hanyalah untuk meniupkan keinginan kepada agama, menimbulkan kesedaran bahawa agama itu, penting dan menimbulkan fikir tentang pentingnya iman dan agama. Segala kuliah, forum, ceramah dan muzakarah yg kita adakan hanyalah untuk maksud ini. Selepas kuliah dan ceramah, keinginan dan semanagat kepada agama semakin bertambah tetapi oleh kerana `usaha' tidak dibuat dan masa tidak dilapangkan untuk membuat usaha maka amalan agama hanya tinggal di dalam semangat,fikir, risau dan keinginan sahaja.

Kesan dari ceramah dan kuliah agama yang bersemangat , kita akan mendapat rupa atau bentuk amalan agama tetapi bukan hakikat agama.Agama dikatakan mempunyai hakikat hanya apabila amalan agama itu mendatangkan kesan dan faedah kepada yang mengamalkannnya. Kesan atau faedah dari amalan agama yang mempunyai hakikat atau `roh' seperti solah ialah solahnya boleh menarik bantuan Allah SWT serta boleh menyelesaikan semua masalah dunia dan akhirat.

Solah yang mempunyai hakikat akan menyebabkan keinginan untuk melakukan maksiat berkurang.Apabila solah mempunyai hakikat maka ia dapat mencegah kita dari melakukan dosa dan maksiat. Apabila kita hanya mempunyai rupa dan amalan agama, maka ianya tidak akan memberi faedah kepada kita sepertimana rupa api tidak akan member faedah kepada kita sehinggalah rupa api itu bertukar menjadi hakikat. Jikalah rupa amaln agama tidak boleh memberi faedah di dunia tentulah ianya tidak boleh mendatangkan faedah di akhirat.

Apakah faedah solah apabila solah itu ada hakikatnya?

AllahSWT berfirman yg bermaksud:`Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solah. Sesungguhnya itu beratkecuali mereka yang kusyuk hatinya.' (Al – Baqarah:45)

Allah SWT berfirman lagi yg bermaksud:`Sesungguhnya solah itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar' (Al-Ankabut: 45)

Jika solah kita tidak boleh mendatangkan faedah sepertimana dijanjikan oleh Allah SWT, maka solah itu hanyalah rupa sahaja. Ia belum mempunyai hakikatnya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan solah yang dikatakan solah oleh Allah SWT . Bersolah sahaja tidak mencukupi. Kita perlu mendapatkan hakikatnya, barulah solah itu memberi kesan dan faedah kepada kita di dunia dan akhirat.


"Petikan dari buku "Enam perkara asas kecemerlangan diri" karangan DrNasoha."

Sunday, October 5, 2008

TIME TO SPEED up!!

ALHAMDULILLAH...

habis sudah puasa, raya pun sudah...moga ada kesempatan untuk puasa 6, insyaAllah...
walaupan pelbagai rintangan untuk balik kampung hari tu, tetapi syukur sampai dengan selamat...dapat jugak tamrin balik kampung, hampir 12 jam dalam bus dari penang-kelantan,huhu...tima kasih ya pakcik2 bus, kerana very takecare about safety, betul la tu, biar lambat asal selamat...

Pagi raya ke empat, aku dah ada kat penang, huhu, sedih pun ada, takut pun ada, huhu, sebabnya aku ni boleh dikira org paling awal la kot, datang kat usm ni...huhu...

emm sebenarnya, tu semua tak penting, perasaan buat sementara waktu je, yang lebih ptg sebenarnya, aku sekarang ni dah berada di fasa terakhir semester 7, tak lama lg nak final exam,,,huhu...persediaan macam mn???tanya la diri sendiri..???....Bermaknanya disini, ni la sisa2 kehidupan kampus aku di usm, lepas ni tak da dahhhhhhhh....habis exam...balik kampung...latihan mengajar...lepas tu GRAD..insyaAllah....kalu hidup lagi...jejak la lagi kot usm ni...nak sambung master plak...kalu diizinkan Allah.....

Disebabkan aku dah berada di fasa terakhir ni, jadinya...kena la aku merancang, merancang untuk berjaya, bukan untuk gagal yaaaa....emmm walaupun ambik 3 paper je, dan hanya 2 paper je aku exam...tak bermakna aku boleh goyang kaki....assignment banyak oiiiii...tak cukup tangan cik dibuatnyaa.....

Dalam pada tu, aku jugak tengah berada dalam keadaan yang tunggu masa je nak resign, eheh bukan resign dari U deh, resign dari MPPUSM,emm jadinya lepas ni ada la plk PRK..tengah tunggu, tak sabar nak berkempen untuk adik2 pulak....jaga2.....huhu

kalu diikutkan, tanngungjawb tu memang la lebih dari masa yang Allah bagi...tetapi, apapun itu tetap tanggungjawab yg perlu dilaksanakan..tetapi sekadar termampu dah la....

semoga Allah permudahkan segala urusan...amin...


`tengah kelaparan~

Wednesday, September 24, 2008

SABAR DAN SAKIT

Rasulullah SAW pernah bersabda;

'' barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika kau sakit, janganlah segera meminta sembuh"

Rasulullah bersabda lagi;

"Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutuskan dua Malaikat kepadanya, seraya berkata, "lihatlah kalian apa kata hamba-Ku". Jika dia berkata "Alhamdulillah", maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika Aku mematikannya, kumasukkan dia ke Syurga. Dan jika aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik dari dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya. Dan aku hapuskan pula keburukannya."

ya Allah, maha hebatnya PemberianMu

jadikan aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang bersabar dengan ujianMu....

Sesungguhnya dugaan yang meyinggah itu
pelita bagi orang yang arif,
menyedarkan yang murtad,
memperbaiki org mukmin
dan menghancurkan org yg lengah

"tidak akan merasa manisnya iman sebelum dia ditimpa musibah, rela dan sabar"

p/s beruntunglah sesiapa yg mendapat ujian ini di bulan yang mulia ini.....

Saturday, September 20, 2008

moga bukan ini yang terakhir....

Ramadhan...
sedar tak sedar...
sudah berada di fasa terakhir...
moga bukan ini yang terakhir untuk diriku,
ayah dan ibuku, keluargaku dan sahabat2ku....

moga dapat menjadi lagu tetamu ramadhan....
moga diberi kesempatan....
moga diberi umur yang panjang....

Thursday, September 11, 2008

Terus SENYUM walau sakit dan perih DIUJI....

Mahasuci Allah, segala puji bagiNya...
kerana kasih sayang dan rahmat Nya aku masih lagi mampu
untuk bernafas....

hatiku terdetik untuk mencoret sesuatu disini...
setelah hari ini kulalui pelbagai peristiwa....

kukira aku sendirian....

tapi aku silap...

ALlah bersamaku...

sahabat2 bersamaku.....

kukira aku sahaja yang merasai...

sekali lagi kusilap...

sahabat2 lain juga merasai.....

hanya cara yang berbeza...

tapi hakikatnya tetap sama....


kuhampir putus asa...

tersungkur hina...

namun Allah sedarkanku kembali....

bahawa Dia masih menyayangiku...

masih mengingatiku....

walau aku sering lupa padaNya.....

Dia masih sudi mengujiku...

masih sudi memberiku pengajaran....

masih mahu mendengar rintihanku....

kerana itu aku mesti tetap SENYUM

dan terus SENYUM....

REDHA dan terus REDHA,

walau sakit, walau perih sekalipun....


ya Allah....

moga segala kesakitanku itu...

penghapus dosa2 ku....

semoga segala urusanku dipermudahkanmu....

semoga segala UjianMu itu mampu kuharungi

dengan sabar dan menambah takwa padaMu...

semoga diriku tergolong dalam golongan yang diredhaiMu....amin.....



Sunday, September 7, 2008

With Iman....





With Iman comes knowledge of the meaning of existence,


With Iman comes beliefing reward and punishment!


With Iman comes awareness of the right and the wrong,




With Iman comes the journey to Ka'bah where people throng!


With Iman comes gratitude for the mercy & blessings,


With Iman comes contentment with little, or nothing!


With Iman come acceptance of the highs & lows,


With Iman comes patience in life's ups and downs !

With Iman comes the difference of the good and the bad,


With Iman comes respectfor the young and the old!


With Iman comes fearof the day of judgement,


With Iman comes repentance and steadfastness in prayer!


With Iman comes obedience to the ordainment of Allah,


With Iman comes surrender to the decree of the hour!




With Iman comes judgement between the evil and the good,


With Iman comes adaptabilityto the everchanging livelihood!


With Iman comes humilityof the soul from within,


With Iman comes kindness to fellow humans & kith & kin!


With Iman comes appreciation of creation and beauty,''




With Iman comes the strife to attain levels of purity!


With Iman comes love of Allah the supreme,


With Iman comes following Rasul's (SAW) preaching!


With Iman comes lodgingof this life so temporary,


With Iman comes desirefor heaven as final dwelling!


Thursday, September 4, 2008

Kini Aku Merasai....

kalu dulu aku di alam remaja...

masih mencari2 indentiti diri....

masih meraba jalan mana pilihan hati...

seronok dibuai impian dan mimpi

masih mentah untuk melakukan segalanya sendiri.....



kini aku dewasa...

awal kedewasaan yang menuntut kematangan

hakikatnya aku kini merasai...

alam yang penuh tanda tanya...

terlalu banyak keputusan penting

yang perlu ku memilih sendiri....

yang bakal menentukan nasib hidupku.....



bagai sesaat yg lepas.....

aku masih kanak2 riang

tiada kerut diwajah

tiada rungsing dijiwa...

hanya tau gelak tawa

bersama teman setiaa....



aahh....biarkanlah zaman itu dimamah usia...

ditinggalkan dalam khazanah yang berharga

yang bernama sejarah....



kini aku di zaman dewasa...

terlalu banyak perlu diatur..

perlu ditambah, ditolak, dibahagi dan dikali...

agar ianya tidak menjadi infiniti....

supaya aku teguh pada landasan yang betul....

mencari kehidupan yang bernilai dunia dan akhirat....amin....



p/s jangan sia2 usia muda,...muda hanya sekali.....

Sunday, August 31, 2008

aku tidak kuat ya Allah...bantulah aku ya Allah....



Semakin aku ingin larii...


semakin kuat dia menghampiri...


semakin ingin cuba elak...


makin kuat dia memberontak...





aku tidak kuat lagi...


tidak kuat lagi Ya Allah...


aku tidak mampu untuk melawannya sendiri....


Ya Allah..bantu diriku ya Allah...


jangan kau biarkan diriku menentukan nasibku sendiri...


walaupun sesaat ya Allah....





"tidak Engkau membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"..


ku yakin dengan janji mu itu ya Allah....


ujianmu ini untuk menguji kesabaranku...


kutahu....


namun ku tak mampu untuk bersabar tanpa taufiq dan hidayahMu ya Allah...


bantulah aku ya ALLAh...


aku hina Ya Allah..


aku banyak Dosa....


ampunkanku Ya Allah....





panjangkan umurku ya Allah..


moga aku dapat menjalani ibadat puasa ini dengan sempurna...


menyuci segala kotoran yang ada dalam hati ini...


meyembuhkan hatiku yang sakit kerana terlalu banyak noda2 hitam...


moga ramadhan ini akan melahirkan diriku yang suci dari segala dosa....


moga kudapat manfaatkan bulan ini dengan sepenuhnya....amin...
p/s sungguh2lah diri menyucikan dosamu...
sungguh2lah hati membersihkan segala noda hitam...
moga ampunan milikmu......amin......

Thursday, August 28, 2008

SalamRamadhan..

Cukuplah ALlah bagiku.....

Ya Allah...ampunkan hambamu...kerana sering lupa padaMu...sedang Kau tidak pernah sesaat tinggalkanku....

Tuesday, August 26, 2008

sedihnya....tak dapat p pendang!!

mengeluh pulak ke aku ni???
emmm....

mungkin takde rezeki aku kali ini...
tak pa la, aku redha.....
Allah merancang untuk memberi yang lebih baik dari itu....

aku juga kenalah merancang...
untuk masa terdekat ni
mesti fokus pd latest program ANDAI KAU TAHU...
makanan tak settle lagi, cenderahati entah kemana....
emm kena run ni...
jangan cepat melatah ya cik ej....

dalam pada tu...
kena prepare utk test...
labwork electronik....

minggu ni semua kena settle.......

pada bakal2 fasi yang akan ke MRSM pendang
tahniah dan selamat berjaya...
tinggallah kenangan indah disana...
moga semuanya berjalan seperti yang dirancang...amin...
pada semua penggerak Team Bounding...
minta maaf ya....Terpaksa tarik diri last minute..
disebabkan hal yang tak dapat dielakkan...

sedih tapi terpaksa...
kita hanya merancang...
Allah jua yang menentukan....


~aku redha~

Monday, August 25, 2008

layakkah aku utk kecewa???

kecewakah aku....
patutke aku kecewa....
siapa aku untuk rasa begitu.....

tidakkah itu semua salah aku....
aku punca segala-galanya...
tapi patut ke aku menyalahkan diri....
meletakkan diri kearah kebinasaan....

atau mungkin ini satu permulaan baru dalam hidup aku.....
signal for me to speed up.....
hint for me to be more focus?????
emmmmm......maybe......

atau mungkin ini balasan dari Allah untukku....
atas segala dosa2 ku yg banyak....
atau mungkin ini dugaan untuk aku....
menguji tahap kesabaranku...
kebergantunganku padaNya...

atau mungkin jugak semua diatas????

emmmm......
persoalannya..
mungkin hatiku sudah mati dengan perasaan kecewa itu.....
atau mungkin terlalu banyak titik2 hitam dalam hatiku ini...
sehingga cahaya ilmu itu tidak mahu menembusi....
haruske aku membiarkannya begitu.....
sesekali tidak!!!!!

yang pasti
aku tidak akan penah putus asa...
tidak akan aku berhenti untuk berusaha...
tidak akan aku berhenti berharap dan berdoa...
tidak akan sesekali berhenti menyucikan hati ini.....
sungguh aku tidak akan berhenti....

kerana aku tau....
tuhanku satu...Allah swt...
Dia yang menciptaku....
Dia mengetahui apa yg ada dalam diri dan hatiku....
Dia memahami ku lebih dari diriku sendiri.....
Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
sentiasa ada dikala aku duka dan suka....
Dia yang Maha menerima taubatku...
Dia yang memberi ketenangan pada hatiku...
walau gelap mana hatiku...
Dia akan memberi sinarnya....

jadi layakkah aku untuk kecewa....
sudah pasti tidak!!!!
sedangkan ku tahu...
cukuplah Allah bagiku.....

Ya Allah..tetapkan diriku,hatiku dalam jalan yg diredhaimu....
peliharalah aku ya Allah...
peliharalah aku dari perasaaan yang tak layak untuk aku milikki....
peliharalah aku dari fitnah dunia....
ampunkan dosaku..
terangilah hatiku dengan cahaya ilmumu....amin.....



~kujadikan kekecewaan itu
bagai siraman air keatas logam yg sedang terbakar.....
ia mengukuhkan, meneguhkan, dan menjadikan logam itu makin kuat.....
moga hatiku juga begitu.....~

~ku yakin dengan janji ALlah~

Sunday, August 24, 2008

fokusss!!!

hari ni tanggal 24hb 08 08,
aku baru je kembali dari kampung halaman, setelah hampir sepuluh hari aku beruzlah di kampung sendiri.....

10hari bagaikan sehari je aku rasa, belum puas lagi aku menatap wajah tenang bondaku,
wajah gigih ayahandaku...baru je sampai, aku sudah terasa rindu pada mek dan ayah......

ku pulang ke kampung untuk mencari ketenangan, mencari ruang sedikit untuk diriku dan keluarga sambil aku berfikir untuk mengatur hari2 penuh keringat aku di usm....

kini ku datang Usm, membawa semangat baru yang ku kumpul dari kata2 kedua ibubapaku yang keterima dari dugaan Allah padaku......."fokus"...itulah perkataan yang dapat aku gambarkan, menjadi titip mula yang akan ku atur bermula esok.....moga Allah permudahkan segala urusanku.....

sebelum ini aku terlalu memikirkan....
sehingga aku alpa pada janji Tuhan....
penah aku menangis teresak2 kerana terlalu memikiran sesuatu yang tidak perlu kusebut disini......seketika aku terus solat, ku panjatkan doaku... biar ALlah tunjukkan jalan....tiba2 ku rasa ketenangan menyelinap di sanubariku....dan ku buka surat cinta dari Allah....ku buka ikut hati....ku baca tafsirnya....antara bait2 kata yang kutemui....."..sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka.Allah itu maha Mendengar dan Mengetahui.." al taubah 103...aku tersentak....bukan kali pertama tapi setiap kali ku buntu pasti Surat itu lah yang ku buka, kitab suci Al-quran, kalam dari Allah dan tiap kali itulah aku menemui jawapan diatas kebuntuan ku......terima kasih ya Allah...kerana sudi memujuk diri ini......

ku baca lagi surat itu....aku menangis, menangis kerana merasakan Allah terlalu dekat denganku...aku menangis kerana aku kesal, yang aku sering lupa padaNya....tiba2 ku temui sepotong ayat yang terlalu indah, janji Allah yang pasti..."Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" (al Taubah 111)....ya Allah adakah aku tergolong dari hambamu yang itu....sudikah aku menjualnya....aku tidak mengetahui....tapi Allah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku.....

bermula detik itu....ku kumpul kekuatanku..ku tak ingin berpaling lagi, tapi aku harus meneruskan sisa2 yg berbaki......dan kini ku bawa kesini....moga ku istiqamah dengan semangat ini, moga ia tidak hanya semangat....tapi aku mampu utk realisasi, untuk menterjemahkan dalam diary hidup aku...

aku perlu fokus.....jangan biarkan anasir2 luar mempengaruhi hidupku....aku perlu yakin...yakin dengan janji Allah, yakin dengan perancangan Allah....aku perlu sabar, sabar dengan dugaan yg dtg menyinggah....aku perlu kuat,kuat untuk melawan nafsuku.....

"ya Allah aku berlindung padaMu dari hasutan syaitan laknatullah"

~semangat baru ku~

Monday, August 11, 2008

wahai diriku.........

wahai diriku...

hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya...
agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya..

wahai diriku...
insafi kekerdilan,
kelemahan,
kealpaan,
dan kesilapan dirimu.....

wahai diriku...
ketahuilah...
hatimu itu keras,
khusyu'mu kurang dalam
syukur dan redhamu

wahai diriku...
dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain
kau terlupa membaja taman hati dirimu sendiri,
agar ianya sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,

wahai diriku....
adakah kau merasa terpikul dengan amanah ad-deen ini
tidakkah engkau tahu kau di bawah perintah-Nya
kenapa kau perlu mengeluh......

wahai diriku,
seringkah kau mencari jalan...
agar dapat kau hadiahkan sesuatu pada-Nya....
diriku..terlalu banyak kurang dan salahmu,
diriku..tunaikan solatmu dalam khusyu' dan tenang
muhasabahlah dirimu dikala sunyi...
selamilah kalam2 al-Quran yang kau perjuangkan...
padanya ada bekalan untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini diriku,......

wahai diriku....
bagaimana pula dengan amalan sunat mu....
sesungguhnya diriku...
amalan sunat ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu....
pada qiamulail di keheningan malam..
bersama bisikan doa dan munajat mu....
diiringi esak airmata keinsafan dan keikhlasanmu.....
kau akan temui kemanisan taqarrub dibawah duli kebesaran-Nya.....
disitu ada bekalnya.....

wahai diriku.....
lazimlah awal dirimu dengan al-Mathurat.....
pasti kau akan mengenal siapa dirimu sebagai daie....

wahai diriku.....
pada tawadhu'.....
pada ukhwah fillah....
pada infaq fi sabillah....
pada muhasabah diri....
pada zikir selawat....
adalah ketenangan dan kekuatanmu wahai diriku.....

wahai diriku...
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja....
yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati....
hati yang turut mati...
tak mungkin menyembuhkannya hati yang sakit....
apatah lagi menghidupkan hati yang mati.....

wahai diriku.....
amanahlah kau dihadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu
namun rasalah kekerdilan dirimu dihadapan kudrat dan iradat-Nya....

wahai diriku...
PASAKKAN KEYAKINANMU UNTUK SATU PERUBAHAN
kalu bukan hari ini....bila?
kalu bukan sekarang...bila?

~wahai diriku.....
~sibukkan dirimu dengan kebaikan...
supaya kau tidak disibukkan dengan kebatilan~
~sayanglah dirimu....wahai diriku~
~hariz^m~

Sunday, August 10, 2008

mimi kau pergi jua.....

bila memandangnya....aku teringat akan dirimu...wahai mimi kucingku............





Inilah dunia....


setiap pertemuan ada perpisahan,


hakikatnya,


perkampungan disanalah yg kekal abadi....




cerita ini ku tulis tanda ingatanku pada kucing kesayanganku mimi.....


mimi, kau pergi jua....


aku merelakan pemergianmu


walaupun hatiku terpaksa,


kerana megenangkan kematianmu yg tragis...


kau ditabrak manusia rakus,


tanpa belas kasihan,


kerana kau hanya binatang tak boleh berkata2...


kau menghembuskan nafasmu terakhir disana...




mimi, walau telah agak lama kau pergi...


namun wajahmu masih lagi melekat difikiranku,


gerak gerimu buatku ceria dikala duka...


walau kau hanya mampu mendengar


tapi kau sangat memahami diriku...




hampir 10 tahun kita bersama,


maafkan aku mimi..


seandainya selama aku memliharamu,


aku tidak menjagamu sebaiknya..


janganlah kau mengadu diakhirat nanti


atas dosa2ku terhadapmu,


maafkan aku mimi...


tetapi jadilah penolongku nanti ya mimi....




mimi, andainya ada binatang peliharaan di syurga nanti,


aku akan memilihmu sebagai temanku..


moga kita berjumpa disana ya....




sungguh mimi, aku merinduimu


setiap sudut dirumahku,


ku melihatmu terbaring tido sperti selalu,


aku tdk mampu menahan sebak didada


aku menangis kerana mu mimi...




namun mimi, tima kasih


kerana sudi menemaniku


dalam aku menjalani kehidupan dunia ini,


bakamu akan ku jaga,


sperti aku menjaga mu,




dugaan sekecil ini pun aku sudah terasa perih


macam mn dgn dugaan yg besar...


ya Allah hnya kau yg mengetahui..


janganlah diuji hambamu ini


diluar jangkaannya..


sesungguhnya aku percaya dengan kata2Mu ya RAbb..






~mimi sayang,kita jumpa nnti ya~


Saturday, August 9, 2008

aku ingin menjadi sperti dia....

aku ingin menjadi sperti dia,
seorang mujahidah luar biasa,
lantang bersuara menegakkan yang hak dan yg batil...

aku ingin menjadi sperti dia,
sentiasa berhekmah bila berbicara,
peribadinya sudah cukup menggambarkan segala,
buat manusia teringat pada Pencipta

aku ingin menjadi sperti dia,
sentiasa ceria walau dugaan melanda,
kerana baginya setiap yg berlaku ada hikmahnya...
Allah jua tempatnya mengadu....

Namun dia juga manusia biasa,
ada kelebihan dan kelemahan,
tanda dia juga adalah hamba biasa,
kudoakan istiqamahnya dalam perjuangannya...
kudoakan kebahagianya dunia dan akhirat...
kudoakan ku juga mampu menjadi sepertinya....

Allah jua yang mengetahui...sedangkan aku tidak mengetahui....

Sememangnya dalam diari seorang pejuang,
tiada masalah yng tdk merumitkan,
ujian yng tdk melemahkan,
dugaan yng tdk menyusahkan,
bahkan itu semua dijadikan batu lonjatan,
untuk lebih hebat....

pejuang tepu dengan dugaan...
cuma sesekali airmata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba,
berdepan dengan belaian Pencipta,
sebagai tanda ingatanNya,

~terus senyum walau payah dan susah diuji~
~hanya dengan Taufik dan HidayahMu sahaja yang dapat membimbingku ya Allah~

maaf ku pinta....


lama dah tak post tulisan kat blog ni....mungkin malas atau kekangan masa yg tak mengizinkan....

hari2 yang dilalui, rasanya sungguh penat dan meletihkan...kalu dulu senang ke sana ke mari naik PGV kini terpaksa jalan kaki...tarbiyah dari ILLAhi, aku terima dengan redha....

nak je rasa berhenti dari semua ni, tapi...aku tahu ini semua perancangan dari ya RABB, aku kena teruskan perjuangan ni...walau perih...walau terseksa...

mungkin sahabat2 perasan yg ana sekarang dah jarang datang meeting...semua meeting la MPP ke, yang lain2 lagi la...ana nak mintak maaf sekiranya ada yang terasa hati, terbeban ke dengan sikap ana ni...mungkin sahabat2 anggap ana sedang problem sekarang ni.....ana tahu amanah yg ana pikul sekarang...dan ana cuba lakukan yg ana termampu...ana tak suka dipaksa...

ana pun tak da jawapan atas sikap ana ni.... mungkin ana belum kuat lagi, dan masih mencari penyesuaian diri dengan apa yang ana lalui kini.....kerana ana masih baru dalam bidang kesibukkan yg "melampau" ni...

ana tidak harapkan bantuan sesiapa tapi cukuplah sokongan sahabat2 semua.....

~satu rintihan~

p/s pd gayah, tima kasih atas segala pertolongan, ej sgt menghargai..ej harap gyh dapat terima ej seadanya, kerana soal hati hanya Allah je tau....

Saturday, August 2, 2008

ingin ku titipkan sebuah cerita
pada sesiapa yang sudi untuk membaca,

aku hanya insan biasa, yang punya harapan dan cita2,
dilahirkn dalam keluarga biasa,
tiada berharta,

sejak kecil aku punya cita luarbiasa,
namun aku tiada usaha dan daya upaya,
kerana aku daif dan sentiasa leka,....

tercampak kini aku di USM kampus sejahtera
bakal menjadi guru biasa,
namun ku tak berhenti di situ sahaja,
inginku sambung jadi lecturer.....

banyak liku, cabaran dan dugaan untuk berjaya,
ujian itu aku anggap perkara biasa,
yang datang kerana aku sebagai hambaNya,
untuk menguji keimanan dan kesabaran,...

namun terkadang, aku sering lupa,
lupa yang dunia ini hanya sementara,
pentas lakonan semata-mata,
tempat ku bercucuk tanam segala,
agar aku dapat menikmati hasilnya di akhirat sana..

aku hanya ingin jadi orang biasa
namun aku tidak mengetahui,
sedangkan Dia lebih mengetahui,..
aku pasrah dengan apa yang aku lalui kini,
namun layakkah aku untuk bergelar daie..

Ya Allah, ku panjatkan mu doa,
ku serahkan segala urusan ku padamu,
hidupku matiku hanya untukmu,
tabahkan hati ini,
kuatkan semangat dalam diri,
tambahkan keimananku,
agar diri ini kuat untuk hadapi segala mehnah dan tribulasi
agar diri ini mampu menjadi seorang daie sejati,

moga suatu hari,
dapat ku luahkan segala yang terbeku dhati,
kerana sehingga kini hanya Allah yang mengetahui..
moga aku tetap di jalan ini,
jalan yang diredhaimu ILLAHI...

aku ingin kembali
dalam keadaan suci....
ampunkan ku ya RABB..
ampunkan segala dosaku...


~petang yang damai~
~mendamaikan jiwa yang kaco~
~menenangkan hati yang bergelora~
~aku hambaMU~

Tuesday, July 29, 2008

Antara Dua Tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya. “Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis..

Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan.

Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.”


Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

P/s original from PMIUSM.blogspot.com

Kau Yang Sederhana


Kau Yang Sederhana,

Walau Akademik mu tak tinggi mana,

Walau pekerjaanmu tak glamor,

Namun budi pekerti mu buatku terpesona,



Kau Yang Sederhana,

Tapi semangatmu luar biasa,

tak pernah luntur dek masa,

bahkan sentiasa mara menuju cita.


Walau Kau Yang Sederhana,

Tapi hati mu sentiasa Kaya,

sentiasa menolong sesiapa,

tak kira suka dan duka...



Kau Yang Sederhana,

Tak kisah apa manusia kata,

tapi kisah apa yang Allah kata,

moga kau tetap pada jalanNya...


Kau Yang sederhana,

ku doakan mu kebahagiaan

walau dimana kau berada

ketahuilah walau kau sederhana

kau tetap istimewa.



Wednesday, July 23, 2008

Teringat Dosa-Dosa Lalu......

Teringat Dosa-Dosa Lalu.....

hatiku merasa pilu,

sebak terasa malu,

padaMu Penciptaku.



Teringat Dosa-Dosa Lalu....

terasa hinanya diriku,

layakkah aku mendambakan syurgaMu,

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku.



Teringat Dosa-Dosa Lalu..

aku menangis tersedu,

aku kalah pada nafsu,

aku malu pada diriku.



Teringat Dosa-Dosa lalu

Ya Allah berikan masa untukku,

menyuci dosa dan noda ku,

agar hati ku tenang saat berjumpa dengan MU



Ampunkan diri ini TuhanKu..

banyaknya dosaku..

tapi ku tahu,

luas lagi keampunanMu,

Tuhanku, aku hambaMu...

Tuesday, July 22, 2008

Lelaki INIKAH yang DICARI

JADILAH LELAKI SEPERTI INI


Jadilah seorang lelaki

yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepadaAllah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,\
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Jadilah seorang lelaki

Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Jadilah seorang lelaki,


Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Jadilah seorang lelaki,


Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang lelaki,


Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,


Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah






--tentunya lelaki ini idaman setiap wanita yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat----

Monday, July 21, 2008

Aku hamba MU


Aku sembah-Mu Tuhan

aku tidak meminta pahala

Aku sembah-Mu

atas dasar aku adalah hamba

Patut aku sebagai hamba-Mu

kerana Engkau Tuhanku,

penciptaku

Kelemahanku didalam ibadah

ku harapkan kemaafan-Mu

Kekurangannya aku harap dengan rahmat-Mu


Di waktu aku lupa

ingatkanlah aku,

Ketika aku buat dosa

sedarkanlah aku,

agar aku bertaubat,

Dan terimalah taubatku,

Jika aku buat dosa lagi

ingatkan lagi agar aku bertaubat

terimalah lagi taubatku…

Tuhan,

Hidup ini adalah terlalu seni

Kerana seninya payah untukku hidup yang bersih lagi murni

Berilah aku hidayah dan taufik-MU selalu

Agar aku pandai hidup yang begitu seni

Adakalanya aku buat salah tapi aku sendiri tidak tahu

Kalau bukan petunjuk-Mu

tidak mungkin aku hidup didalam keadaan yang murni


Jika bukan taufik-Mu

tidak mungkin aku dapat selarikan yang lahir dengan yang batin

Biarlah lahir menunjukkan yang batin

Sungguh susah Tuhan hendak selarikan sikap lahir dan batin

Kecuali dengan pertolongan-Mu dan pimpinan-Mu

Pimpinlah aku Tuhan mengharungi kehidupan ini

Hidup ini banyak sangat liku-likunya,

mudah sahaja tergelincirDengan itu selamatkanlah aku

Tetapkanlah aku di jalan yang diredhai-MU…amin.



..hariz^m...

...hidup ini hanya pentas lakonan....

Tips Interview 2

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga
***************************************

GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus,

ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.

Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai,

apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga,

bolehkah anda melakukan kerja tersebut,

atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?


Jangan bimbang. Ana berikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.


Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda. Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut,

bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.


Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman. Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.


Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa. Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah. Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi.


Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.


Persediaan Mental

****************


Persediaan adalah kunci kejayaan.


*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.

*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.

*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.

*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.

*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.


Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon. Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.


Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik. Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.


Tingkahlaku semasa temuduga


1. Semasa hendask masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "selamat pagi" atau "selamat petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.


2. Janganlah hulurkan tangan anda utk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat grakan dahulu yg ianya hendak berbuat demikian. Jelaskan kepada penemuduga prinsip anda jika anda tidak mahu berjabat tangan dengannya.


3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dgn sempurna serta tegakkan badan.


4. Jangan anda cuba hendak mengalihkan kerusi yg disediakan itu.


5. Jangan anda letakkan barang2 atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.


6. Jangan goyang2kan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat2 dan lain2 kertas di atas meja penemuduga itu.


7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.


8. Janganlah anda menjawab soalan2 dgn tergopoh-gapah. sebaliknya jawablah dgn tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yg anda beri itu hendaklah tepat. Anda tidak harus bercakap panjang lebar dan menggunakan bahasa kasar.


9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli2 panel yg menemuduga itu lebih drpd seorang maka arahkan jawapan2 anda kepada Ketua Panel. Beliau biasanya individu yg duduk di tengah.


10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yg tertentu dari masa ke semasa tetapi jgnlah selalu menggunakannya.


11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedasng bercakap dang jgn sekali-kali berbalah dgnnya.


12. Jangan merokok atau mengunyah apa2 di dalam mulut.


13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata2 yg tidak benar semasa dlm temuduga. Jika anda berbohong, anda akan terjerat akhirnya.


14. Jika anda tidak tahu jawapan yg disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus-terang yg anda tidak tahu jawapannya.


15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dari apa yg sepatutnya.


16, Jangan berbincang apa2 masalah peribadi anda semasa temuduga.


17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dgn ringkas dan tepat berkenaan dgn pekerjaan.


18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.


19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yg benar, tetapi janganlah membesar2kan perkara itu.


20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas2 yg bersabit dgn pekerjaan itu, masa yg dijangka kena bekerja dan gajinya yg dibayar pada permulaan.


21. Bersedialah utk memberitahu kadar gaji yg anda inign. W/bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.


22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yg sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh dtg lagi ke pejabatnya utk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yg sesuai baginya.


23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.


24. Anda boleh meminta kebenaranutk menanyakan beberapa soalan. Temuduga merupakan komunikasi 2 hala.


25. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu. Nyatakan harapan anda agar diberi peluang utk bekerja di organisasi tersebut.



p/s: begitulah berakhirnya tip-tip temuduga yang dapat dikongsi bersama, banyak betul perkataan jangan, tapi tak pa, jangan gagal dalam interview sudah, huhu, ok g.luck to all candidates who are going to be interviewed.

Sunday, July 20, 2008

Tips nak interview

Ramai yang dah habis belajar, mungkin masa ni tengah mencari-cari peluang pekerjaan.
Ana nak berkongsi tip-tip yang mungkin boleh diamalkan untuk sesiapa yang firts time nak p interview, ini pun ana ambik dari sahabat ana jugak....moga dapat sedikit membantu sesiapa yang memerlukan.....

Persediaan

1. Selidik seberapa banyak yg dapat tentang pekerjaan yg anda pohon itu. Sumber2 yg boleh membantu anda ialah:
* guru2 kerjaya di sekolah
* Kaunselor kerjaya
* Pegawai Bimbingan Kerjaya di Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
* Mereka yg bekerja di dalam pekerjaan yg dipohon.
* Bahan2 penerangan kerjaya yg boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
* Ibubapa, saudara mara dan rakan.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan2 lain sebagaimana yg dikehendaki bagi pekerjaan yg anda pohon itu. Jgn semata2 bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yg berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yg berkaitan ataupun diberi 1 ujian utk menilai pengalaman, kemahiran, sikap serta kecekapan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara2 berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI2 DATANG LAMBAT.

5. Anda pakailah pakaian yg sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yg terlampau berwarna-warni atau menjolok mata, berselipar, menggunakan minyak wangi dan alat solek yg berlebihan.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki. Bagi perempuan, hendaklah kelihatan kemas. Kasut anda hendaklah bersih.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah pemohonan anda itu mengandungi segala butir2 yg tertentu seperti yg dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan2 dgn iklan dan kandungan suran pemohonan anda itu.

8. Bawalah bersama2 anda sijil2 asal sekolah dan universiti, dokumen2 asal dan surat akuan asal utk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen2 ini mengikut susunan yg dikehendaki dan janganlah digulung. Adalah dicadangkan dokumen yg terbaru diletakkan di hadapan.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah denganhati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain2 butir mengenai 2 orang yang benar2 mengenali anda tetapi bukan saudara-mara anda, yg akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

bersambung......