Saturday, January 2, 2010

Aku PasTi........

Perjalanan beribu batu,
bermula dengan langkah satu...
Alhamdulillah, syukurku padaMu Tuhan,
kerana aku masih diberi kesempatan,
diberi peluang untuk masih bernyawa dibumiMu ini....

Aku tidak tahu dimana perlu aku mulakan...
namun aku pasti...segalanya telah ditetapkan...
cuma masa yang menentukan
dan takdir yang perlu aku terima.....

BAhang kesibukkan makin terasa,
sehingga aku lupa hari dan masa...
entah bila pula aku dapat menulis begini,
kerana aku tahu....
aku pasti
aku akan terlalu sibuk
dengan kerja2 sekolah ku...

perlukah aku menangih simpati...
menunjukkan yang aku lemah..
atau menampakkan segala kekurangan...
sungguh aku pasti...
tiada siapa yang peduli...
kerana masing2 sibuk dengan kehendak sendiri..
yang pasti...aku perlu berusaha sendiri...
dan aku pasti aku mampu melakukan
walaupun seorang diri..
kerana cukuplah Allah penolongku....

Jalan yang berduri..
menjanjikan kemanisan dikemudian hari...
jalan itulah yang perlu aku tempuhi...
walaupun disakiti, dianiayai..
diberi pelbagai cabaran....
tapi aku tetap perlu teruskan...
demi sebuah cita2 dan jihadku didunia ini...
biarlah Tuhan saja yang menilai...
baik buruk apa yang terjadi...

Moga kekuatan dalam diri..
sentiasa ada dihati.
agar jiwaku kuat menghadapi..
segala onak dan ranjau berduri...
kerana JIHAD ku pasti..
mencari redha ILLAHI.......

Thursday, December 31, 2009

SElamat daTang New Year...HIJRAH 1431, MASIHI 2010


Terasa begitu cepat berlalu, tirai 2009 kini melabuh tirai, datang pula 2010..kenangan 2009 yang penuh dengan suka duka, riang tawa, tangis gembira....

sesungguhnya 2009..terlalu banyak perkara yang telah berlaku, terlalu banyak peristiwa yang telah aku lalui...kenangan itu akan ku simpan rapi dan kubawa sebagai pengajaran bagiku mengharungi 2010....

Tuhan..
panjangkanlah umurku,
murahkan rezekiku,
lapangkanlah dadaku,
kuatkanlah hatiku,
tabahkan diriku,
pandanglah diriku,
berikanku kesempatan...
berikanku peluang...
agar aku dapat menebus kesalahan dulu...
di tahun baru ini....

Azamku hanya satu, dari dulu, kini dan sehingga nafas terakhirku...
"Hanya redhaMu kuharapkan, Hanya keampunanMu yangku dambakan"
"Perjuanganku belum berakhir,selagi nafasku belum terhenti, akan aku berusaha, berusaha mencari sinarMu...moga tahun ini, memberi sinar baru untukku, menambah pahala, menebus dosa..memberi dan menerima"


SELAMAT TAHUN BARU
LANGKAH BERIBU, BERMULA DENGAN SATU..
MULAKAN HARI INI DENGAN SEMANGAT BARU...
SEMANGAT YANG JITU
SEMANGAT YANG TAK PERNAH LUNTUR
WALAU DUGAAN DATANG BERIBU....

Wednesday, December 16, 2009

aku KONVO

walaupun sudah agak lama berlalu, tetapi kenangan ini, akan terpahat selamanya di sudut memori kehidupan ku....terima kasih buat semua yg telah mencipta kejayaanku...
Dengan izinNya jua.. moga kejayaan ini menjadi inspirasi aku mencipta lebih byk kejayaan di masa hadapan...aminnn

Friday, December 11, 2009

Temuduga lagi...??!!


Hari ini, merupakan hari jumaat yang begitu indah, aku seperti biasa, turun ke sekolah menghabiskan sisa2 kerja yang berbaki...hari isnin depan merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum aku pulang bercuti ke semenanjung....

Terasa tidak sabar lagi untuk pulang, melepaskan rindu pada insan2 yang ku sayang, terasa nikmat kepulangan ku kali ini....namun saat 9.22 pagi aku menerima satu panggilan...
namun begitu belum sempat ku angkat, handphone aku dah kong!! aku lupa nak charge laaa....huhu

Pukul 11 lebih aku keluar lunch, kat sarawak kul 11.30 dah rehat kalau hari jumaat...
dalam perjalan pulang dari lunch aku merima panggilan dr abgku, mengatakan dia menerima panggilan dari pihak yayasan TAR...terkejut aku...kata abgku, yayasan dah call aku, tapi tak dapat...aku pasti, mesti yg tadi ( aku pakai dua handphone, hehe)....


Abg aku suruh aku call balik yayasan katanya berkaitan temuduga dermasiswa...
aku call...emmm terkejut jugak.. Subhanallah....Allah merancang begitu baik untuk ku...
aku telah mendapat panggilan temuduga untuk dermasiswa yayasan TAR pada 21 Disember ni, kebetulan aku balik, alhamdulillah, tima kasih ya Allah


Rakaman tima kasih buat Wan syu dan wana, kerana menolong akak mengambil cop TNC dan tolong post borang tersebut, jasamu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya....
doakan akak dapat dermasiswa tu ok...

Pada adik2 ku yang masih menuntut, bagi dapat first class ok, nanti ptptn tak perlu bayar...
budget 2010.

"semoga hari itu berjalan dengan lancar, amin"

emmm....nak study apa ya utk interview?????
kebetulan berada di sekolah TAR dapat pulak interview TAR, huhu

Wednesday, December 9, 2009

Kerana dia pilihan dan takdirku....


Aku tahu, dalam hidup ini pasti ada dua pilihan…yang baik atau sebaliknya…
Kerana Allah menciptakan sesuatu itu berpasangan….
Tinggal manusia membuat pilihan….
Namun begitu takdir Allah juga yang menentukan…

Aku tahu, aku bisa membuat pilihan yang lebih hebat dari apa yang aku miliki kini….
Namun siapakah aku untuk mengatakan pilihanku kini tidak hebat….
Kerana Allah jua yang memberikan….

Kalu benar pilihanku itu sebagai satu dugaan untukku….
Maka aku redha, aku terima seadanya…
Kerana aku telah serahkan takdirku kepada yang ESA
Aku pasti tidak mampu lari kemana…
Kerana telah tersurat sejak azali…
Dia adalah takdirku….

Sesungguhnya…
Aku yakin
Awan tidak akan selalu mendung
Pasti cerah akan mendatang…
Kepahitan yang aku lalui itu
Sebenarnya satu penawar bagiku…
Untuk menjadi insan yang lebih baik…

Semoga hati ini tabah, sabar dan yakin dengan takdir yang telah tercatat untukku..
Aku menerima dia seadanya, seperti dia menerimaku seadanya…..
Kerana dia adalah pilihanku…
Kerana dia juga takdirku….


“TATKALA HATI BERBICARA”

####Ya Allah cukuplah Engkau bagiku….saat aku membaca surat cinta dariMu, ternyata Kau mendengar rintihanku…tima kasih atas kata2 yang telah Engkau berikan


“Dan TuhanmMu menciptakan dan memilih apa yang Dia kehendaki, Bagi mereka (manusia) tidak ada pilihan. Mahasuci Allah dan Mahatinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan” Al-Qasas ayat 68


Cukuplah Allah bagiku….

Monday, December 7, 2009

Mampukah aku Tuhan...


Selama hampir dua bulan aku berada di Sarawak, mengharungi kehidupan sebagai seorang guru baru biasa…walau belum lagi mula mengajar…namun bahangnya makin hari, makin aku terasa….

Kalu masa praktikal, gugup ketika di “observe” oleh pensyarah…sekarang aku gugup menggalas pelbagai tanggungjawab…mampukah aku Tuhan….

Aku sering tertanya pada diri, mampukah aku melakukan semua itu…cukupkah ilmu aku untuk aku persembahkan kepada pelajar2ku nanti…mampukah aku menjadi guru pujaan mereka…mampukah aku mencipta kejayaan pelajar2ku…mampukah aku……

Bila aku kenangkan kembali….zaman persekolahan aku dulu sudah pasti agak berbeza dengan zaman persekolahan sekarang, dan pastinya aku masih ingat cirri-ciri guru yang menjadi pujaanku sehingga kini…yang telah banyak berjasa padaku sehingga aku mampu untuk mengikut jejak langkahnya sekarang….Namun tidak pernah aku sangka…peritnya menjadi seorang guru…


Setakat yang aku tahu, kini aku diamanahkan untuk mengajar subjek fizik tingkatan 5, mathematic tingkatan 5 dan matematik tambahan ting 4…selain itu menjadi guru kelas ting 4.. bagi seorang yang baru seperti aku, sudah pasti aku sedikit terbeban kerana tangunggjawab besar memegang kelas peperiksaan….tak ditambah lagi dengan jawatan2 lain yang bakal aku pegang nanti…Guru oh Guru, susahnya menjadi seorang pendidik….

Namun aku tahu, aku akur, aku benar2 pasti..yang Allah sedang mengujiku…Allah tahu kemampuanku…dan aku berpegang pada janjiNya…Allah tidak akan membebani sesorang itu diluar kemampuannya….jadi aku mesti teruskan perjuangan ku, kerana ini cita2 ku semenjak dulu…dan aku pasti pengalaman alam persekolahan ku dulu pasti akn banyak membantu diriku disini…kerana pada masa dahulu, aku juga dalam kalangan mereka….

Apapun berlaku, aku akan cuba sedaya upayaku, menjadi seorang pendidik yang benar2 mendidik…dan semoga Allah sentiasa merahmatiku, dan menjadikan perjuanganku ini jihad untukku…semoga ilmu yang kusampaikan menjadi saham untukku sampai akhirat kelak…ameen



"aku yang mengharap"

HARIZ^M