Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, July 29, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

~ sepanjang 5bulan perkahwinanku...
pernahku menangis kerana dia..
memandang mukanya tidak aku mampu...
kerana makin sebak rasa dihati...
namun suami ku mengerti...
ku dipaksa memandang tepat kemukanya..
kupejamkan mata...
ku gagahi untuk memandangnya...
bila ku muka mata..kulihat kejujuran dimukanya..
kulihat ada sinar diwajahnya...
membuatkan hatiku lembut kembali..
kata maaf darinya..
buat aku bertambah sebak...
kerana sebagai seorang isteri..
aku tahu..aku yang perlu mengalah...
tetapi..dia tau..kerana dia suamiku...
dan aku isterinya...
Moga hari2 yg mendatang...
mampu untuk aku tempuhi dengan tenang....~

Wednesday, July 28, 2010

Semoga Hidayah Allah itu untukmu…..

Entah mengapa hari ni rasa sangat la down…
Entah apa aku mengajar…entah apa2…
Mungkin emosi tidak stabil mempengaruhi pengajaranku…
Mungkin jugak aku tak sempat untuk bersedia sepenuhnya…
Emmm tapi apapun…aku akan cover balik nanti…

Tapi itu bukan persoalannya dan tema yang mahu aku huraikan disini…
Tapi ada cerita yang lagi sedih dari tu…

Sedih rasanya bila diri ini tidak mampu untuk mengatakan..
“ya mmg wajib awak pakai”
Tau pakai apa…
Pakai tudung la…..

Emmm bila student aku datang dekat aku tanya…

“Cikgu saya nak tanya pasal tudung,
Apa trend tudung remaja terkini cikgu..
Muka saya sesuai tudung mcm mn…
Saya tergerak hati nak pakai tudung la cikgu…”

Ya Allah, hatiku terdetik perasaan serba salah…
Namun aku cuba menjawab sebaik mungkin agar dapat menyenangkan hatinya
Dan tidak membantutkan niatnya itu….
Dalam hatiku…moga hidayah Allah itu milikmu…
Rupanya majority students yg aku ajar tu ramai tak bertudung…
Emm sedih rasa hatiku…..

Tapi aku hormati mereka…
Kerana aku percaya..
Mereka masih belum bersedia..
Tapi dalam hati kecil mereka..
Masih ada rasa…tetapi tak tau bila…

Sebagai guru…aku hnya mampu berdoa…
Semoga suatu hari mereka akan tau…
“Tudung itu wajib untuk org perempuan beragama islam..
Kerana rambut itu mahkota wanita…yang merupakan aurat yang perlu ditutupi…
Memakai tudung tak salah hendak mengikut trend,,tapi biarlah cukup syarat2 menutup auratnya itu….

Mampukah kita basuh dosa2 satu urat rambut itu..jika tidak dengan izin Allah…inikan pula berjuta2 urat rambut….percuma je dapat dosa setiap hari…tak perlu buat apapun…”

Aku yakin mereka sudah tau semua tu…tapi hanya mereka je mampu untuk berubah…
jika kita tau itu adalah dosa..tapi kita buat jugak…
memang besar la lagi dosa tu…waallahualam..

Kalaulah aku mampu untuk mengatakan semua itu pada mereka…

Pelajar2 ku sayang…
teguran cikgu ini….kerana cikgu sayang pada kamu…
Usah tunggu kamu dewasa untuk berubah…
Jika terdetik dihati untuk berubah…
Berubah lah segera..
Takut2 nanti syaitan pulak yg meracun jiwa…
Jangan tunda niat baikmu itu…
Kerana mati itu juga tak dapat ditunda dan tidak mengira siapa…
Kamu remaja atau dewasa…
Beringat2lah….

~Ya Allah..lindungilah diri ini dari perkara2 dosa dan maksiat…ampunilah dosa2 silamku…dosa2 terdahuluku…sesungguhnya…hanya padaMu aku memohon dan berserah…amin……

Friday, July 16, 2010

Perlukah aku menangis.....


Perlukah aku menangis..
menampakkan kelemahanku...

perlukah aku menangis
untuk menyatakan aku dalam kesedihan dan kesakitan...

perlukah aku menangis
untuk menuntut kebahagiaanku..
menuntut hak yang sepatutnya aku milikki..

ya Allah...
sememangnya airmata ini tidak boleh lagi aku bendung...

seperti apakah kesudahan episod kehidupanku ini...
bimbinglah diri ini Tuhan...
agar tidak lagi aku terpesong jalan..
peliharalah diri ini dari hanya mengingati dunia...
dari segala fitnah didalamnya...

Biarlah airmata yang kuhabiskan ini...
semata2 kerana takut akan segala dosaku...
bukan semata2 takut kehilangan dunia..

Tuhan, andainya semua ini adalah penghapus dosaku..
aku redha dengan kehendakMu...
andainya semua ini adalah dugaan untukku...
maka kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya...
kerana sehingga saat ini...
aku masih mencari sinarmu...
sinar nikmatnya iman yang masih belum aku rasai sepenuhnya....

Tuhan...ku biarkan pelayaran hidupku ini...
dengan kehendakmu...
ku biarkan segalanya untukMu menentukan...
kerana Kau lebih mengetahui..apa yang terbaik untukku...
semoga aku masih lagi dalam pandanganMu...
semoga aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang sentiasa mengingatiMu....


p/s: sepertikah apakah hidup yang aku mahukan?///Allah jua yang lebih mengetahui....

Wednesday, July 14, 2010

Sampai Syurga...

Ku membenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu..............................

p/s..dedikasi untuk suamiku..
aku lemah tanpa kamu..
hanya kamu yang terbaik untuk diriku,,,

Monday, July 12, 2010

Sewaktu ketika aku seorang pelajar....

aku start citer
Masa aku form3...
aku jadi minah rempit...
huhu..p sekolah aku naik motor honda..
fuh rempit...7.20+ pagi baru turun dari umah,..
10minit kemudian sampai sekolah,..cun2 orang tengah baca doa aku sampai...
tapi aku p rempit g sekolah je tau...

motor tu banyak berjasa pada aku...
emmm jasa motor tu jugak la aku dapat PMR 5A2B2C..
time tu mmg aku dah puas hati dah dgn result aku tuh...
maklumlah..dulu2 aku mmg malas belajar...

masuk form4..
aku still rempit..huhu
tapi seminggu selepas itu..
aku ditahan oleh pak polisi da...
dengan motor2 aku kena angkut masuk balar...
nasib baik aku tak ditahan reman...
time tu mmg sedih gila...
mcm mn nak p sekolah ni....
seminggu gak motor aku dalam lokap...
kesnya sebab takda lesen dengan tak pakai topi keledar..huhu
mmg patutpun aku kena tangkap...
haha....

sementara itu...
disebakan result PMR aku ni kira cantik la jugak..
aku dimasukkan di kelas 4 Gemilang (4sains1)
ambik semua subjek kritikal...
emm semua benda baru bagi aku...

sambung balik yg motor tadi...
disebabkan sudah serik nak naik motor
aku pun p sekolah dengan ayahandaku..
kebetulan ayahanda lalu jalan yg sama..
baliknya aku naik bus(paling tak suka tunggu bus!buang masa aku je)
masa tu timbul kesedaran dalam diri aku nak belajar sungguh..
entah mengapa aku tiba2 lak jadi terlebih rajin(serius i cakap lu..)
masa bonceng sekolah dengan ayahanda ku...
aku mesti baca nota kecik atas motor..
sayu bila ingat balik...
bila dah sampai sekolah,,
salam dengan ayahanda buat aku kuat utk belajar..

emmm...aku pegang pada kata2 cikgu aku..
bukan senang nak senang
dan bukan susah nak susah...

ujian pertama form4
aku paling gembira...
apa tak nya...
i dapat no 1 u dalam semua2 pelajar tu..
tak pernah g dalam hidup tu...huhu
start dari itu...
aku berazam tak akan ada org dapat ambik tempat aku tu...
disebabkan azam tu la aku mmg belajar sungguh2..
kalu exam tu mmg 3-4 pagi jugak aku tido...
emm alhamdulillah sepanjang 1tahun itu akulah yang memegang taktha itu...
(bukan bangga tapi puas)

naik form 5..
masih lagi aku membonceng ayahandaku..
aku tidak memilih utk tinggal diasrama
kerana rumahku sudah cukup selesa utk belajar
ibu dan ayahku mmg sgt memahami...
merekalah sumber ilhamku...
kerjaku dirumah hanya belajar...
mmg jarang sekali aku turun ke dapur..
semua hidangan sudah terhidang (itu pasal tak pandai sgt masak sekarang...hehe...)
hidupku masa tu hanya berkisar tentang aku dan buku...
pasal cinta?..
masa tu mmg aku tak layan cinta2 ni
walau dalam hatitu ada rasa..
tapi keinginanku untuk berjaya itu lebih kuat...
aku jadikan buku itu cintaku...
emmm takhta no 1..mmg takda sape yang boleh rampas..sampai SPM tiba....


Bila dikenangkan kembali kisahku masa menghadapi SPM
memang sayu je rasa hati..
namun itulah pengorbanan...
kebetulan masa aku SPM..tengah Puasa
aku mmg pegang pada prinsip..
jika aku belajar lebih..aku dapat lebih...
sebab ALlah tahu setakat mana usaha aku...
setakat itulah Dia akan balas...
emmm jadi masa SPM tu kalu ada paper esok...
mmg malam tu aku tak tido...terus sambung dengan sahur dan subuh,,,
peliknya..masa ambik exam,,,mmg aku tak ngatuk,,,tp penuh yakin...

ingat lagi masa nak exam bio...
malam tu mmg aku buat hafalan habis2an
mulut aku bercakap, telinga aku mendengar, tangan aku menulis(itu cara hafalan yang bagus ya murid2 ku, tiru gaya cikgu nii..)
sampai mak aku pun tak boleh tido, duk dengar aku menghafal...

pendekkan citer, masa nak ambik exam SPM, aku dah nangis esak2 dah kat umah,,malam tu mmg aku tak boleh tido, aku buat solat hajat semoga Allah makbulkan doaku...mak aku cakap, sabar,,pergi dulu ambik result....

SubhanaAllah, maha suci, Allah sahaja la yang tahu perasaan aku ketika itu...terlalu byk perkara yg bermain dikepala...yg kelakarnya aku tak tau pulak aku ada hutang dgn sekolah, slip SPM aku kena tahan...namun begitu...dapat aku selesaikan disitu jugak sebab aku dapat special punya layanan...sebab apa...Sebab aku telah mendapat 8A1B..fuh targetku tercapai...alhamdulillah..dan paling mengembirakan kerana aku adalah best student sekolah aku tuh...

mak dan ayah orang yg paling gembira menerima berita itu...tidak sia2 pengorbanan mereka..tidak sia2 usahaku...



P/s: sekadar coretan masa silamku...buat tatapan anak2 muridku, anak2ku nanti...tidak mudah untuk berjaya, tidak susah jugak untuk gagal...

Sudah terlalu lama....

Sudah terlalu lamanya kuabaikan blog ku ini...
bukan aku sengaja...
mungkin mood untuk menulis hilang seketika...
namun...
hari ni, rasa tidak tertanggung lagi...
perlu aku luahkan disini...
agar ringan beban dihati..

tidak pernah ku duga..
sudah hampir 9bulan aku berkerja...
bergelar guru biasa,,.
dari seorang dara..
sudahpun bergelar isteri...
terlalu banyak dugaan yang perlu aku lalui...
namun Allah sentiasa ada...

Walau berjauhan dengan suami,,
dengan keluarga...tapi hati aku perlu juga kuat...
kerana disini rezekiku...
pernah juga terasa bosan dengan semua...
namun apakan daya Allah itu lebih mengetahui....

Sudah terlalu lama rasanya disini...
sungguh..jika Allah izinkan
pasti aku mahu pulang...
suamiku memerlukanku disana..
semoga dia juga tabah
seperti mana aku disini,,,

inilah cita2ku
sejak aku dibangku sekolah lagi
inilah jalan hidupku
suratan Illahi untukku..
aku tidak mahu merungut
juga mengeluh,,,
aku tahu..
Allah juga tahu
aku mampu...
risauku cuma satu...
mampukah aku menjadi isteri solehah..
jika berterusan begini...
suamiku sayang..ku tahu engkau redha aku disini...
namun sebagai isteri,,aku perlu disisimu...
ya Allah..kuatkan hatiku...
semoga kami mampu hadapinya bersama2....