Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 26, 2011

buah hati cinta kami




Alhamdulillah, syukur ku panjatkan padaMu Tuhan..
puteraku selamat dilahirkan pada 18.12.2011 jam 7.23pg..secara czer..

tidak akan pernah ku lupakan saat cemas itu,..
saat bertarung nyawa utk melahirkan puteraku..
tidak ada apa yg lain dalam hatiku selain ingin melihat dia selamat dilahirkan..

contraction yg berlaku sejak 2 hari sebelum itu
tiba ke saat pukul 1 pagi malam 17hb..
air ketubanku tiba2 pecah..
habis katil basah..huhu...

aku dibawa ke labour room..
jalan masih lagi 3 cm..
risau sgt masa tu..
kerana doctor mengatakan jantung anak ku tidak berape elok..
Ya Allah..hanya Allah je la yg tau perasaan ketika itu...

Suami aku dibenarkan masuk utk menemaniku...
sakit makin terasa..contraction makin kerap berlaku..
"sayang kuatkan..sayang kuat.."..
kata2 itulah yg keluar dari mulut suamiku..
masa berlalu tak kami sedari..berjam2 sudah menahan sakit..
fikiran ku ketika itu hanya fikirkan baby ku..

Doctor mengesahkan jantung baby ku semakin lemah
sudah 5 jam berlalu..jalan dah buka 6 cm..
baby ku dah berak dalam perut sikit...
sakit sudah tak ku endahkan..
yg penting anakku..
menangis aku bukan sebab sakit..
sebab aku terlalu risau akan babyku...
tak sanggup aku kehilangannya..
biar aku sakit..
asalkan baby ku selamat...

disebabkan keadaan makin kritikal..
dan mungkin lama lagi mahu menunggu jalan buka 9cm..
doc mengambil keputusan utk czer..
aku pasrah..aku redha..
asalkan anak aku selamat..
suami aku juga begitu..
terus aku disiap2 utk ke bilik bedah..
badan ku terus menggigil..
bukan kesejukkan...
tapi tindakbalas badanku..
apabila diketahui akan dibedah..
ku kuatkan jugak..
demi anakku...

aku mengucap 2 kalimah syahadah..
aku berserah pada Allah saat itu...
aku diberi suntikan epidural..
tak terasa sakit ketika disuntik ditulang belakang...
mungkin ketika itu fikran ku hanya memikirkan anakku...
aku dibius separuh badan..

aku sedar apa yang berlaku..
cuma aku tidak rasa sakit,.
aku sedar saat anak aku diambil dari perutku..
dan aku rasa sgt bahagia dan hilang semua sakitku..
saat aku mendengar tangisan anakku...
ya Allah..indahnya perasaan ketika itu...

anakku dibersihkan..
nurse menunjukkan padaku..
anakku putera..
diberinya anakku mencium pipiku..
sedangkan ketika itu..
aku masih lagi "dijahit" oleh doc2..
terus anakku dibawa ke wad 2
untuk pemantauan selanjutnya...

badanku masih lagi menggigil..
hampir sejam pembedahan itu berlaku..
alhamdulillah semuanya selamat...
itulah takdir untukku...
rezeki yg Allah bg untukku..
aku redha..
aku syukur...
kerana kini aku sudah bergelar seorang ibu...
indahnya perasaan menjadi seorang ibu...

~semoga segala kesakitan yang ku alami..
menghapus segala dosa2ku yg dulu...~

Saturday, November 12, 2011

mendung akan berarak pergi jua...bersabar lah...


"rasa sangat bahagia melihat bayi, keindahan ciptaan Allah"
~ibu tak sabar nak jumpa anak ibu...~


sekadar motivasi diri...
dalam mencari kekuatan dan ketabahan
menghadapi liku2 hidup yang tidak pernah sepi
diuji dan diuji...

Sememangnya begitulah hidup..
tanpa ujian dariNya..
pasti hidup ini membosankan..
namun ketahui wahai diri...
ujian itu tanda Allah masih memandang dirimu..
maka syukurlah..redhalah dgn segala ujian yg dtg..
pasti mendung itu tidak selamanya...
cerah akan kembali menyeri..
berbaik sangkalah kepada Penciptamu..

Allah berikan hujan..
kerana dia mahu hadiahkan pelangi utkmu..
maka bersabarlah...

tidak ada alasan
utk mengatakan kita tidak bahagia..
sedangkan Allah
telah menyediakan segalanya
utk kita mencipta bahagia...

Carilah bahagia itu..
kerana semua manusia berhak bahagia...

Tuesday, October 25, 2011

'Menghitung Detik Itu"...


Lamanya tak update blog ni kan...
memang sesawang dan sampai ke lutut dah ni...huhu
apapun...
sedar tak sedar 2011 dah hampir nak melabuhkan tirai...
dan sedar tak sedar juga..kini aku sedang menghitung detik itu...
detik menunggu kelahiran anak sulung kami...

InsyaAllah 21.12.2011 due ku...
dan hari ni genap 8 bulan...
anak ibu....

Sesungguhnya..
terasa diri cukup istimewa dan terima kasih ya Allah..
kerana memberi peluang untukku menikmati saat2 ini...
sungguh saat ini takkan dilupakan dalam hidupku...

Ya Allah..
permudahkanlah segalanya...
lindungilah anakku..
selama dia bereada dalam rahimku...
panjangkanlah umurnya...
berikanlah dia kesihatan yang sempurna,,,
bentukklah dia dengan rupa yang baik dan elok...
permudahkan kehamilannya dan kelahirannya nanti...
agar aku dapat melahirkannya dengan mudah, selamat dan normal...

Ya Allah...
jadikan anakku ini...anak yang soleh/solehah..
taat pada ibubapa..
taat pada perintahMu dan rasulMu...
amin ya Rabb...

Wednesday, March 9, 2011

~sekadar CORETAN hatiku~

kecelaruan di hati,,menyebabkan diri ini terasa ingin menulis...
ingin meluahkan sesuatu, yang tidak berupaya diluahkan dgn kata2,
hanya tulisan yang mampu mengubati...

benarlah kata-kata yang pernah ku baca,,,,(tak ingat buku apa)...apa yang diingini oleh seorang gadis adalah suami...dan bila dia memiliki suami..dia mahu segalanya....

adakah hal itu sedang berlaku dalam diriku....
memang tidak dinafikan...
aku juga manusia biasa...
punya hati dan keinginan...
yang membezakankan manusia cuma iman dan taqwa...

perlukah aku menurut kata nafsu...
sehingga membuatkan hati ku tidak tenang...
sedangkan aku tahu..
nafsu itu kalu dituruti...
makin menggila jadinya...

tidakkah aku mengetahui...
bahawa dunia ini hanya sementara....
segala permasalahan yang berlaku di atas dunia ini..
insyaAlLah,..ada manusia lain yang akan menolong
malah Allah juga akan sentiasa bersama...

Tapi mana mungkin semua itu berlaku di alam kubur kelak...
siapa yg akan menolong...
hanya iman dan amal baik yg akan di bawa...

Jadi kenapa!!!
kenapa hati ini masih lagi tidak tenang dgn permasalahan dunia
yang sebenarnya remeh berlaka...
cukuplah mati sebagai peringatan wahai diri!!

redhalah dgn apa yang kau miliki...
sesungguhnya... Allah memberi apa yang kau hajati..
cuma kadang2 diri ini tidak mengerti dan mudah lupa...
berbaik sangkalah pada ALlah ya Rabb...
sesungguhnya setiap yang berlaku...
pasti ada hikmat di sebaliknya...

Jadi..
tiada guna bersedih hati...
dek masalah dunia yang terseberapa ini..
belajar lah untuk memberi lebih dari menerima...
insyaAllah disitu ada kebahagiaan....

Diriku...
carilah akhirat...kelak dunia akan menuruti mu...
semoga hatimu bertambah tenang...
mendung tidak akan berpanjangan...
cerah akan datang jua...

semoga diri ini mendapat kemenangan dunia dan akhirat...

~sekadar coretan utk motivasikan diriku, semoga aku tabah menghadapi segala dugaan darinya, dan semoga baja2 yang aku tuai di dunia ini...dapat ku rasai..diakhirat kelak...amin....semoga aku mampu jadi seorang isteri solehah, dan wanita yg sempurna...amin..~

Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul..

salam maulidur rasul ku ucapkan kepada umat islam di seluruh dunia...selawat dan salam kepada rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua dapat menjadi sebaik2 umatnya...amin,,,

Wednesday, February 2, 2011

serasi membawa bahagia....

sudah sebulan lebih tidak meng"update" blog kesayanganku ini...
bukannya takda masa...tapi asyik bermuka buku je...sampai blog pun dah terabai...

terlalu banyak yang berlaku sepanjang sebulan ini...belum terlambat lagi kot nak ucapkan selamat tahun baru 2011...walaupun hari ni dah masuk bulan 2...huhu

sekejap sgt masa berlalu..

dalam masa yang sama..sudah 2 bulan lebih kami duduk sebumbung..
"serasi membawa bahagia"
itulah ungkapan yang mampu ku ungkapkan...
byk sgt dah suka duka...
kisah cinta..
kisah sedih yg kami cipta...
kalau dua tahun...
dua puluh tahun...mcm mana la agaknya kan..

dengan izinMu Tuhan,,,
kami terus bahagia dgn dunia kami...
semoga hidup kami diberkati olehNya...