Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

GENAP-9 BULAN


sedar atau tidak sedar....
begitulah masa...
sama ada kita mengira atau tidak....
masa tetap akan berlalu..
sungguh manusia itu rugi kerana masa....

Esok genaplah 9 Bulan usia perkahwinan kami...
sungguh ku rasa baru je semalam kami diijabkabulkan...
tapi usah tertipu dgn masa...
kerana masa tidak pernah menipu....

kalau diikutkan 9 bulan mengandung...
sudah pasti sekarang membilang hari untuk melahirkan
baby dah sudah matang..
dah mahu tengok dunia....
tapi ALLAh merancang yang terbaik untuk kami
bukan masanya lagi kami menerima cahaya mata
mungkin di suatu ketika...
dimana kami betul2 bersedia..
hanya Allah yang mengetahui...

Seawal usia 9 bulan ini...
sudah pasti masih lagi dalam tempoh
percubaan bagi kami...
moga2 cubaan itu sesuatu yang sanggup kami tempuhi..

Kebahagiaan itu
perlu dicipta...
jika kami memilih bahagia...
insyaAllah apa2 yang mendatang...
pasti akan bahagia...
jika kami memilih derita...
maka jika yang indah pun...
terasa buruk belaka...

pilihan ditangan kami...
dengan izinNya...
moga KEBAHAGIAAN DAN KENIKMATAN rumahtangga itu
menjadi milik kami...
untuk selamanya dunia dan di akhirat...

Monday, December 6, 2010

ini yg terbaik bagi ku...Kami sudah bersatu!

ALHAMDULILLAH..SYUKUR KE HADRAT AllAH..PENCIPTA SEKALIAN ALAM...sungguh ini yang terbaik bagi..terima kasih ya Allah...kerana telah memberi kesempatan ini...

dengan izin yang maha ESA, berkat doa dan usaha akhirnya kini aku kembali ke sisi suamiku yang tercinta...ternyata angan-anganku sudah menjadi nyata....tiada kata2 yg dapat ku gambarkan ketika mengetahui..yg aku akan kembali ke malaya...terlalu byk memikirkan sesuatu yg tak pasti...tapi yg pasti...berakhir sudah episod PJJ ku...

Sekarang masih dalam tempoh percutian...aku telah ditempat di SMK BERAPIT BM PULAU PINANG, perbezaan yang amat ketara aku rasa...

Dari sesi pagi, kini sesi pagi dan petang
Dari pengurusan semuanya islam, kini pengurusan semuanya bukan islam
Dari pelajar majoriti melayu, kini pelajar majoriti China...

hanya Allah yg tahu getar di hati...
tapi ini yg terbaik untukku...
insyaAllah aku mampu..jika aku mahu...
moga Allah permudahkan segala urusanku....


Sepanjang tempoh cuti sekolah ini...
aku dan suami..
banyak habiskan masa di rumah sewa kami yg baru...
alhamdulillah..
sewanya tak mahal..
rumah selesa dan agak besar untuk 2org...
kami telah habiskan hampir 10k untuk beli barang2 umah...
emmm....duit insyaALlah boleh di cari..kebahagiaan tidak mampu dibeli....

Kini aku menghabiskan masa,
menjadi suri rumah sepenuh masa.....
baru ku tahu erti pengorbanan...
erti perkongsian yang sebenar...
terima kasih pada suamiku, yang byk membantu menguruskan rumah ni....

semoga rumahtangga kami diberkati olehNya...
amin...

~`````setiap pagi..wajib bersarapan dengan suami..
hantar suami p kerja kat depan pintu..
salam dan cium tangan suami..
dan satu kucupan singgah kat pipiku....
semoga kami istiqamah...

itulah bahagia...
semoga setiap apa yang aku lakukan..hanya kerana Allah...
dan hanya untuk menjamin kesejahteraan rumah tanggaku..

Saturday, November 6, 2010

semoga istiqamah mengamalkannya.....

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2. Membacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaaila ahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati



`ya Allah berikan aku kekuatan utk mengamalkannya..semoga aku tergolong dari kalangan yng sedikit...amin....

sesungguhnya...keempat2 itu terlalu ringan utk dibaca...tetapi kenapa mulut itu terlalu berat utk membaca...sedangkan ganjarannya terlalu besar.....ingatlah wahai diri....kamu tidak membawa harta dan apa2 saja ke sana...amalan itulah yang kamu bawa...apa yang kamu ada utk saham akhirat mu??...inginkah kamu menjadi muflis disana?!...semoga kita semua saling mengingati....

Friday, November 5, 2010

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



sumber: Amar Sufi


* ya Allah..ampunkanlah segala dosa2ku...hambaMu ini terlalu byk dosa dan khilafnya...sesungguhnya ya Allah...aku tidak layak mengdambakan syurgaMu...namun ya Allah...ku tidak sanggup ke neraka Mu...mana mungkin ku dapat bertahan dari seksa neraka itu..sedangkan terik matahariMu sudah tidak mampu aku bertahan.....ampunkanlah dosaku Tuhan...ku ingin menjadi hambaMu yang taat dan sentiasa mengingatiMu...amin...-

* sesungguhnya mati itu pasti..khiamat itu pasti...apakah nasibku nanti...baikkah atau sebaliknya...ya Allah...jangan biarkan diri ini mencelakakan diri sendri...redhaMu yg ku harapkan...

Sunday, October 31, 2010

Sudah Setahun..............

Pejam celik--pejam celik....rupanya 29.10.2010 genaplah setahun aku menjejak kaki di bumi kenyalang ni...rasa begitu pantas masa berlalu....w/bagaimana pun...terlalu bnyak dugaan, suka duka..tangis tawa sepanjang perjalanan itu....

Tidak mampu aku hadapi semua itu...jika tiada kekuatan diberikan olehNya...dan pertolongan dari sahabat2 yg seangkatan dengan ku...itu semua datang dariNya...terima kasih ya Allah...

Walau berjauhan dengan org tersayang..tetapi semangat dari kawan2 disini...buat aku mampu bertahan...sampai ke hari ni.......

Semoga musim ke dua ini...aku mampu jadi guru yg lebih dedikasi...guru yg serba boleh....

Namun begitu...aku berharap sgt..dapat berpindah ke Pulau Pinang...
kerana sebagai seorang isteri..tempatku disisi...
pilu mengenangkan suamiku yang ditinggalkan....
semoga kami berdua bersbar dgn ujian ini.........

doakan semoga kami dapat bersama seperti pasanagan lain.......
inginku lakarkan kisah cintaku..............

Thursday, September 30, 2010

Pilunya hati.....

pilunya hati bila diri ini diperlakukan bagai manusia yang takder perasaan...
kenapa masih ada manusia yang tak punya jiwa dan hati terhadap manusia lain...
tidakkah dia mengerti, memahami masalah manusia lain...
kenapa masih ada manusia yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin...

ohh...
tidakkah dia memahami...
perasaan seorang insan yg berjauhan dengan keluarga dan suami...
manusia itu mmg manusia kejam...
tidak layak untuk dihormati...

biarla...
mungkin ini ujian untukku..
menguji kebergantunganku kepada Allah
supaya aku lebih dekat padaNya...
ujian penghapus dosa2 silamku...

Aku serahkan segala urusanku kepada Allah untuk menentukan..

ya Allah...
andainya aku teraniaya...
maka tunjukkanlah aku kebenaran itu...
sesungguhnya aku berpegang pada janji2MU..

Ya Allah..
kuatkan hati ini...
hilangkan kebencian dihati...
hilangkan segala amarah ini...
kerana cukuplah Engkau bagiku...
jadikan hambamu ini...
hamba yang sentiasa bersyukur....


~Allah tahu apa yang terbaik untukku...
Allah sedang menguji kesabaranku...
Allah masih lagi menyanyangiku...
walau aku seringkali lupa padaNya...
Allah masih lagi mahu memandang diriku yang hina ini...
ujian ini..tanda kasih sayang dariNya...~

AKu redha...walau hatiku pilu dan terkilan...

Tuesday, September 21, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


~ suamiku..terima kasih atas ridhomu..
sungguh berjauhan denganmu bukan kemahuanku mahupun dirimu...
namun Allah lebih mengetahui dan mengerti hikmah disebalik semua ini...~

Syair Seorang Perindu...

kasihku...
SEMALAM KAU DATANG LAGI,
membawaku..
BERSAMA MIMPI INDAH bersamamu..
Lantas mengajakku
berbicara...
tentang erti rindu.

sayangku..
SAMPAI BILAKAH KITA HARUS BEGINI…..
DIPERMAINKAN OLEH MIMPI…..
DIPERTEMUKAN DI ALAM FANTASI
SEDANGKAN DIRI INI…..
TERLALU RINDUkan saat pertemuan denganmu..
saat yg kita nanti2 kan..

ku redha dengan kejauhan ini...
walaupun terlalu menyeksa jiwa...
yang akhirnya menjadikan aku
seorang perindu...,
rindu untuk bersama dan hidup denganmu...

~kasihku...dalam setiap nafasku..ada kamu..
dalam tiap detik waktuku..ada kamu...
hanya kamu sang suami yang dirindui...~

Sunday, September 19, 2010

Hanya mampu mengandung airmata....

tatkala hati tiada lagi arah utk dituju..
tatkala jiwa ini tidak mampu menahan resah didada...
disinilah tempatku meluahkan rasa..
menjadi wadah utk aku berbicara...
moga ia menjadi doaku kepada yang ESa...
sungguh aku hanya mampu mengandung air mata...

Tuhan..
sudah hampir setengah tahun aku berjauhan dengan si dia...
si dia yang menjadi pelengkap kehidupanku..
yg menutup kelemahan dan auratku...
sungguh pada mulanya...
aku masih mampu...
mampu utk hidup seperti biasa..
seperti zaman bujangku dahulu kala..

Namun..
setelah 6bulan bergelar isteri pada si dia..
aku sudah tidak mampu Tuhan...
aku ingin sekali berbakti padanya
meluahkan cintaku padanya
memberikan segala kasihku pada sang kekasih...
tetapi...semua itu terbatas...
kerana aku berjauhan darinya...

Aku redha..dia pun redha...
namun kami tetap insan biasa..
punya kelemahan dan kekurangan..

Ya Tuhan...
permudahkan urusanku..
moga aku masih mampu hadapi saat sukar ini...
saat berjauhan darinya...
doakan kami...
doakan kami dapat hidup dan tinggal bersama.....

Wednesday, September 15, 2010

Apalagi yang dicari....

Apalagi yang dicari..,
dalam hati seorang insan..
tidakkah sudah cukup
kerana sudah engkau memiliki hati itu...
menjadi pemaisuri disitu...
kenapa perlu dicari lemahnya..
kerana hati itu pasti tidak sempurna seperti mana kau jua...

Apalagi yang dicari..
sedangkan derita atau bahagia itu adalah pilihan...
kenapa perlu memilih sengsara..buruk sangka..
sedangkan engkau boleh memilih bahagia..

sudah!
tidak perlu menjadi manusia tamak..
penuh dengki dan iri hati..
cukupla apa yang engkau miliki...
kerana tidakkah kau tahu...
mati itu pasti..
neraka itu pasti...
seksa itu pasti...
kenapa dunia juga perlu engkau rebuti...
sedangkan akhirat itu jika engkau taati..dunia akan menyusuri...

Cukupla...
apalagi yang dicari...
syukurla apa yg engkau miliki..
tatkala dia pergi..
pasti engkau tau untuk hargai...

sempurnakan hidupmu
menjadi insan yang berbakti..
kerana sudah tidak ada apa lagi yang perlu kau cari
selain dari redha Illahi...

sembuhkan penyakit hatimu itu segera..
jangan ia menjadi bara...
kerana mungkin jika tidak dirawat
akan menjadi api yang membakar jiwa...
muhasabahlah...
dunia hanya sementara...
jadilah insan yang bahagia...
usah memilih sengsara!!!!!!


~hanya diri ini yang mengerti~

Sunday, August 29, 2010



Sekadar peringatan untuk diriku, dan semua isteri di luar sana...pilihlah anda ingin menjadi permata atau kaca...pilihan sebenar ditanganmu....hayatilah sedikit pengkongsian ini...muhasabah diri...moga kita semua dijauhi...

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".



1.Wanita Ananah

wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.



2.Wanita Mananah

wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3.Wanita Hananah

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.



4.Wanita Hadaqah

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.





5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.



Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah

banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam


p/s: Diakhir zaman ini..hal2 disebutkan itu, sudah lali menjadi halwa telinga ku, adakah aku sebahagian darinya?,,ya Allah,,jauhilah diri ini, dari sikap2 yang dinyatakan itu...sungguh tiada daya upayaku selain mengharapkan pertolongan darimu...
redha dari suamiku..adalah redha dariMu...aku ingin dan aku berusaha menjadi isteri solehah dan taat pada Allah dan suami...apalagi yang kucari dalam hidup yg fana ini...selain itu...kerana aku ingin hidup akhirat yang kekal abadi....amin...

Tuesday, August 24, 2010

MANdi WAjiB!!

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan...



Kepada umat islam..
selamat menjalani ibadat puasa..
semoga puasa menjadi satu wadah perjuangan untuk kita lebih dekat padaNya...
sama2 kita rebut segala nikmat, dan ganjaran yang dijanjikan Illahi untuk hamba-hambaNya....

Thursday, July 29, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu…..



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

~ sepanjang 5bulan perkahwinanku...
pernahku menangis kerana dia..
memandang mukanya tidak aku mampu...
kerana makin sebak rasa dihati...
namun suami ku mengerti...
ku dipaksa memandang tepat kemukanya..
kupejamkan mata...
ku gagahi untuk memandangnya...
bila ku muka mata..kulihat kejujuran dimukanya..
kulihat ada sinar diwajahnya...
membuatkan hatiku lembut kembali..
kata maaf darinya..
buat aku bertambah sebak...
kerana sebagai seorang isteri..
aku tahu..aku yang perlu mengalah...
tetapi..dia tau..kerana dia suamiku...
dan aku isterinya...
Moga hari2 yg mendatang...
mampu untuk aku tempuhi dengan tenang....~

Wednesday, July 28, 2010

Semoga Hidayah Allah itu untukmu…..

Entah mengapa hari ni rasa sangat la down…
Entah apa aku mengajar…entah apa2…
Mungkin emosi tidak stabil mempengaruhi pengajaranku…
Mungkin jugak aku tak sempat untuk bersedia sepenuhnya…
Emmm tapi apapun…aku akan cover balik nanti…

Tapi itu bukan persoalannya dan tema yang mahu aku huraikan disini…
Tapi ada cerita yang lagi sedih dari tu…

Sedih rasanya bila diri ini tidak mampu untuk mengatakan..
“ya mmg wajib awak pakai”
Tau pakai apa…
Pakai tudung la…..

Emmm bila student aku datang dekat aku tanya…

“Cikgu saya nak tanya pasal tudung,
Apa trend tudung remaja terkini cikgu..
Muka saya sesuai tudung mcm mn…
Saya tergerak hati nak pakai tudung la cikgu…”

Ya Allah, hatiku terdetik perasaan serba salah…
Namun aku cuba menjawab sebaik mungkin agar dapat menyenangkan hatinya
Dan tidak membantutkan niatnya itu….
Dalam hatiku…moga hidayah Allah itu milikmu…
Rupanya majority students yg aku ajar tu ramai tak bertudung…
Emm sedih rasa hatiku…..

Tapi aku hormati mereka…
Kerana aku percaya..
Mereka masih belum bersedia..
Tapi dalam hati kecil mereka..
Masih ada rasa…tetapi tak tau bila…

Sebagai guru…aku hnya mampu berdoa…
Semoga suatu hari mereka akan tau…
“Tudung itu wajib untuk org perempuan beragama islam..
Kerana rambut itu mahkota wanita…yang merupakan aurat yang perlu ditutupi…
Memakai tudung tak salah hendak mengikut trend,,tapi biarlah cukup syarat2 menutup auratnya itu….

Mampukah kita basuh dosa2 satu urat rambut itu..jika tidak dengan izin Allah…inikan pula berjuta2 urat rambut….percuma je dapat dosa setiap hari…tak perlu buat apapun…”

Aku yakin mereka sudah tau semua tu…tapi hanya mereka je mampu untuk berubah…
jika kita tau itu adalah dosa..tapi kita buat jugak…
memang besar la lagi dosa tu…waallahualam..

Kalaulah aku mampu untuk mengatakan semua itu pada mereka…

Pelajar2 ku sayang…
teguran cikgu ini….kerana cikgu sayang pada kamu…
Usah tunggu kamu dewasa untuk berubah…
Jika terdetik dihati untuk berubah…
Berubah lah segera..
Takut2 nanti syaitan pulak yg meracun jiwa…
Jangan tunda niat baikmu itu…
Kerana mati itu juga tak dapat ditunda dan tidak mengira siapa…
Kamu remaja atau dewasa…
Beringat2lah….

~Ya Allah..lindungilah diri ini dari perkara2 dosa dan maksiat…ampunilah dosa2 silamku…dosa2 terdahuluku…sesungguhnya…hanya padaMu aku memohon dan berserah…amin……

Friday, July 16, 2010

Perlukah aku menangis.....


Perlukah aku menangis..
menampakkan kelemahanku...

perlukah aku menangis
untuk menyatakan aku dalam kesedihan dan kesakitan...

perlukah aku menangis
untuk menuntut kebahagiaanku..
menuntut hak yang sepatutnya aku milikki..

ya Allah...
sememangnya airmata ini tidak boleh lagi aku bendung...

seperti apakah kesudahan episod kehidupanku ini...
bimbinglah diri ini Tuhan...
agar tidak lagi aku terpesong jalan..
peliharalah diri ini dari hanya mengingati dunia...
dari segala fitnah didalamnya...

Biarlah airmata yang kuhabiskan ini...
semata2 kerana takut akan segala dosaku...
bukan semata2 takut kehilangan dunia..

Tuhan, andainya semua ini adalah penghapus dosaku..
aku redha dengan kehendakMu...
andainya semua ini adalah dugaan untukku...
maka kuatkanlah hatiku untuk menghadapinya...
kerana sehingga saat ini...
aku masih mencari sinarmu...
sinar nikmatnya iman yang masih belum aku rasai sepenuhnya....

Tuhan...ku biarkan pelayaran hidupku ini...
dengan kehendakmu...
ku biarkan segalanya untukMu menentukan...
kerana Kau lebih mengetahui..apa yang terbaik untukku...
semoga aku masih lagi dalam pandanganMu...
semoga aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang sentiasa mengingatiMu....


p/s: sepertikah apakah hidup yang aku mahukan?///Allah jua yang lebih mengetahui....

Wednesday, July 14, 2010

Sampai Syurga...

Ku membenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu

Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu..............................

p/s..dedikasi untuk suamiku..
aku lemah tanpa kamu..
hanya kamu yang terbaik untuk diriku,,,

Monday, July 12, 2010

Sewaktu ketika aku seorang pelajar....

aku start citer
Masa aku form3...
aku jadi minah rempit...
huhu..p sekolah aku naik motor honda..
fuh rempit...7.20+ pagi baru turun dari umah,..
10minit kemudian sampai sekolah,..cun2 orang tengah baca doa aku sampai...
tapi aku p rempit g sekolah je tau...

motor tu banyak berjasa pada aku...
emmm jasa motor tu jugak la aku dapat PMR 5A2B2C..
time tu mmg aku dah puas hati dah dgn result aku tuh...
maklumlah..dulu2 aku mmg malas belajar...

masuk form4..
aku still rempit..huhu
tapi seminggu selepas itu..
aku ditahan oleh pak polisi da...
dengan motor2 aku kena angkut masuk balar...
nasib baik aku tak ditahan reman...
time tu mmg sedih gila...
mcm mn nak p sekolah ni....
seminggu gak motor aku dalam lokap...
kesnya sebab takda lesen dengan tak pakai topi keledar..huhu
mmg patutpun aku kena tangkap...
haha....

sementara itu...
disebakan result PMR aku ni kira cantik la jugak..
aku dimasukkan di kelas 4 Gemilang (4sains1)
ambik semua subjek kritikal...
emm semua benda baru bagi aku...

sambung balik yg motor tadi...
disebabkan sudah serik nak naik motor
aku pun p sekolah dengan ayahandaku..
kebetulan ayahanda lalu jalan yg sama..
baliknya aku naik bus(paling tak suka tunggu bus!buang masa aku je)
masa tu timbul kesedaran dalam diri aku nak belajar sungguh..
entah mengapa aku tiba2 lak jadi terlebih rajin(serius i cakap lu..)
masa bonceng sekolah dengan ayahanda ku...
aku mesti baca nota kecik atas motor..
sayu bila ingat balik...
bila dah sampai sekolah,,
salam dengan ayahanda buat aku kuat utk belajar..

emmm...aku pegang pada kata2 cikgu aku..
bukan senang nak senang
dan bukan susah nak susah...

ujian pertama form4
aku paling gembira...
apa tak nya...
i dapat no 1 u dalam semua2 pelajar tu..
tak pernah g dalam hidup tu...huhu
start dari itu...
aku berazam tak akan ada org dapat ambik tempat aku tu...
disebabkan azam tu la aku mmg belajar sungguh2..
kalu exam tu mmg 3-4 pagi jugak aku tido...
emm alhamdulillah sepanjang 1tahun itu akulah yang memegang taktha itu...
(bukan bangga tapi puas)

naik form 5..
masih lagi aku membonceng ayahandaku..
aku tidak memilih utk tinggal diasrama
kerana rumahku sudah cukup selesa utk belajar
ibu dan ayahku mmg sgt memahami...
merekalah sumber ilhamku...
kerjaku dirumah hanya belajar...
mmg jarang sekali aku turun ke dapur..
semua hidangan sudah terhidang (itu pasal tak pandai sgt masak sekarang...hehe...)
hidupku masa tu hanya berkisar tentang aku dan buku...
pasal cinta?..
masa tu mmg aku tak layan cinta2 ni
walau dalam hatitu ada rasa..
tapi keinginanku untuk berjaya itu lebih kuat...
aku jadikan buku itu cintaku...
emmm takhta no 1..mmg takda sape yang boleh rampas..sampai SPM tiba....


Bila dikenangkan kembali kisahku masa menghadapi SPM
memang sayu je rasa hati..
namun itulah pengorbanan...
kebetulan masa aku SPM..tengah Puasa
aku mmg pegang pada prinsip..
jika aku belajar lebih..aku dapat lebih...
sebab ALlah tahu setakat mana usaha aku...
setakat itulah Dia akan balas...
emmm jadi masa SPM tu kalu ada paper esok...
mmg malam tu aku tak tido...terus sambung dengan sahur dan subuh,,,
peliknya..masa ambik exam,,,mmg aku tak ngatuk,,,tp penuh yakin...

ingat lagi masa nak exam bio...
malam tu mmg aku buat hafalan habis2an
mulut aku bercakap, telinga aku mendengar, tangan aku menulis(itu cara hafalan yang bagus ya murid2 ku, tiru gaya cikgu nii..)
sampai mak aku pun tak boleh tido, duk dengar aku menghafal...

pendekkan citer, masa nak ambik exam SPM, aku dah nangis esak2 dah kat umah,,malam tu mmg aku tak boleh tido, aku buat solat hajat semoga Allah makbulkan doaku...mak aku cakap, sabar,,pergi dulu ambik result....

SubhanaAllah, maha suci, Allah sahaja la yang tahu perasaan aku ketika itu...terlalu byk perkara yg bermain dikepala...yg kelakarnya aku tak tau pulak aku ada hutang dgn sekolah, slip SPM aku kena tahan...namun begitu...dapat aku selesaikan disitu jugak sebab aku dapat special punya layanan...sebab apa...Sebab aku telah mendapat 8A1B..fuh targetku tercapai...alhamdulillah..dan paling mengembirakan kerana aku adalah best student sekolah aku tuh...

mak dan ayah orang yg paling gembira menerima berita itu...tidak sia2 pengorbanan mereka..tidak sia2 usahaku...



P/s: sekadar coretan masa silamku...buat tatapan anak2 muridku, anak2ku nanti...tidak mudah untuk berjaya, tidak susah jugak untuk gagal...

Sudah terlalu lama....

Sudah terlalu lamanya kuabaikan blog ku ini...
bukan aku sengaja...
mungkin mood untuk menulis hilang seketika...
namun...
hari ni, rasa tidak tertanggung lagi...
perlu aku luahkan disini...
agar ringan beban dihati..

tidak pernah ku duga..
sudah hampir 9bulan aku berkerja...
bergelar guru biasa,,.
dari seorang dara..
sudahpun bergelar isteri...
terlalu banyak dugaan yang perlu aku lalui...
namun Allah sentiasa ada...

Walau berjauhan dengan suami,,
dengan keluarga...tapi hati aku perlu juga kuat...
kerana disini rezekiku...
pernah juga terasa bosan dengan semua...
namun apakan daya Allah itu lebih mengetahui....

Sudah terlalu lama rasanya disini...
sungguh..jika Allah izinkan
pasti aku mahu pulang...
suamiku memerlukanku disana..
semoga dia juga tabah
seperti mana aku disini,,,

inilah cita2ku
sejak aku dibangku sekolah lagi
inilah jalan hidupku
suratan Illahi untukku..
aku tidak mahu merungut
juga mengeluh,,,
aku tahu..
Allah juga tahu
aku mampu...
risauku cuma satu...
mampukah aku menjadi isteri solehah..
jika berterusan begini...
suamiku sayang..ku tahu engkau redha aku disini...
namun sebagai isteri,,aku perlu disisimu...
ya Allah..kuatkan hatiku...
semoga kami mampu hadapinya bersama2....

Saturday, June 26, 2010

Kerana dia takdirku....

ternyata dialah takdirku....

Saturday, May 22, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG......

Buat suamiku,..

Selamat Hari Lahir...

sepatutnya ini kali pertama ku menyambutnya bersamamu..

namun, apa daya ku, Allah tidak mengizinkan....

aku berjauhan darimu...

beribu2 batu..

Namun sayang..hanya ini yang aku mampu lakukan...

dari jauh ku mengirimkan

Sebiji kek harijadi mu...



bersama dengan 6kuntum mawar merah kegemaranku...


dengan ucapan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG<>

semoga kau menyukainya...

Sayang,.. kudoakan diri mu sentiasa dibawah rahmatNya..

dikurniakan rezeki yang halal

dan sentiasa sabar melayan kerenah isterimu ini..

salam sayang penuh kerinduan, dari isterimu dikejauhan....

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMIKU

~MOHD NOOR BIN SAID~

Friday, May 14, 2010

Bila terasa rindu pada mu suamiku sayang...


..apa la agaknya sys rindu tu ya..

Apa agaknya khabarmu disana
disini ku sedang dibelenggu rindu
beginikah rasa seksa perpisahan
sungguh anehnya hidup berasingan...

Hati terasa bagai tertinggal disitu
meskipun pudar jauh beribu batu
sesaat seperti setahun lamanya
semasa kau tiada
apa yang terdaya...

Bila terasa rindu
kusebut namamu
dengan harapan
kau kan muncul dalam tidurku

Bila terasa rindu
ku bayang wajahmu
dalam anganku
dan barulah ku terasa bagai disembuh....

Jauh sekali hidup disini berbeza
beribu kali lagi ku selesa disana
tak sabar menanti detik kepulangan
namun hingga itu apa yang termampu..........

Bila terasa rindu
kusebut namamu
dengan harapan
kau kan muncul dalam tidurku

Bila terasa rindu
ku bayang wajahmu
dalam anganku
dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas difikiran
untuk meminggirkan saja
segala pencarian disini
tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
bekalan andainya hari sukar mencabar...

~miss u so much hubby~

Thursday, May 6, 2010

WALIMATUL 'URUS ku...kad kenangan sepanjang hayat





Kenangan paling bahagia dalam hidupku....
semoga kebahagian ketenangan ini berpanjangan amin.....

Monday, May 3, 2010

Weekend Bersama Suami...

30hb.04.10, hari paling bahagia bagiku..
aku pulang ke penang..
menghabiskan masa bersama insan yg sudah lama aku rindui..
terasa begitu tenang hatiku...
sungguh ketenangan lepas kawen ini
adalah sesuatu yang tak boleh nak ucap dengan kata2...

Walau terlalu banyak kerja aku tinggalkan disarawak...
tapi hari ku bersama suami tetap bahagia...
walau apapun pangkat ku..
dirumah akulah adalah isterinya...
aku perlu akur dan terima kehendaknya...
kerana dia jannahku...

Emm aku bahagia...
sungguh aku bahagia bersamamu sayang...
sampai berjumpa lagi...

Tuesday, April 20, 2010


Sayang...telah suratan takdir dan janji ILLahi...
mencatatkan dirimu untukku....
aku redha menerimamu seadanya..
seperti kau menerimaku seadanya..

Kejauhan ini, membuatkan kita bertambah kuat..
walau kini aku sudah merasa bias kerinduan..
sakit penderitaan...
namun kau tetap tenang...menenangkan diriku..
sungguh aku kagum denganmu suamiku...
kau sungguh tenang dalam semua perkara..
tidak sepertiku...
melatah dan tidak sabar...

sayang....
coretan cerita ini...
ingin ku kongsi dengan mu...
juga untuk peringatan diri ini...
kerana kita terlalu muda dalam alam baru ini...
moga ianya menjadi pedoman untuk kita...
untuk bertambah bahagia dan tabah menghadapi segala yang mendatang....
sayang...kau kan sentiasa dihatiku...
ku mencintaimu di setiap nafasku.....

hayatilah kisah ini....


Di Dalam Dunia Yang TIDAK PATUT Ini


“Saya susah hati,” kata Nasir.

“Kenapa?” saya menoleh ke arahnya.

“Bulan depan saya akan menyertai ‘kelab ustaz’!” ujar beliau.

“Kelab Suami Doktor ke?” saya bertanya.

“Ya. Tak lama lagi Insya Allah,” kata Nasir lagi.

Alhamdulillah. Welcome to the club, akhi!” saya teruja dan menumpang gembira.

Di kalangan rakan yang mengenali, istilah ‘Kelab Suami Doktor’ itu sinonim dengan saya. Hingga ada yang secara lurus bendul mahu mendaftarkan diri dengan organisasi yang hakikatnya hanya gurauan sesama kami sahaja.

Saya menumpang kereta Nasir untuk pulang daripada menjalankan sebuah program latihan siswazah. Perjalanan sejam menuju ibu kota tidak kami sia-siakan kerana walaupun sama-sama tinggal di Kuala Lumpur, peluang berjumpa dan berbual bukan selalu diperolehi.

Satu bentuk usrah barangkali.

“Mengapa susah hati?” saya teringat balik kepada soalan asal Nasir.

“Macam-macam cerita yang saya dengar. Trauma barangkali. Malah sekarang ini pun sudah ketara sibuknya bakal isteri saya,” cerita beliau.

“Oh begitu. Anta pun apa kurangnya. Jurutera atau doktor, sibuknya lebih kurang sahaja” saya cuba mengendurkan persepsi Nasir.

“Selain apa yang ada dalam buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga, apa yang boleh ustaz nasihatkan saya? Nasihat ringkas dan padat untuk saya pegang” pinta Nasir.

“Hmm… ana menimbang-nimbang permasalahan yang sampai ke pengetahuan. Rasanya, kebanyakan kita mempunyai tahap toleransi sekadar lima tahun sahaja. Selepas lima tahun, mula berantakan, bermasam muka, tak bertegur sapa, malah membelakangkan semua hasil mahsul Tarbiyah hingga tergamak bermain kayu tiga,” saya memulakan kisah.

“Berat tu, ustaz. Apa penyelesaiannya?” Nasir kelihatan sedikit resah.

“Tidak semudah itu untuk memberi penyelesaian. Tetapi sekurang-kurangnya ustaz boleh cadangkan satu petua penting” saya menambah.

“Apa dia?” beliau bertanya.

“Kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup ini!” saya cuba membuat rumusan yang
mudah saya dan Nasir ingat tatkala melayari kehidupan berumahtangga.

Mungkin pelik bunyinya.

Memang SEPATUTNYA adalah sesuatu yang diperlukan untuk kita menetapkan matlamat, tetapi ia juga boleh menjadi racun yang memusnahkan kehidupan berumahtangga tatkala SEPATUTNYA menjadi sesuatu yang dipertahankan melebihi APA YANG PATUT.

“Sepatutnya, awak sebagai isteri kenalah…” ayat ini boleh dituturkan oleh sang suami dari pagi ke pagi.

“Awak sebagai suami, sepatutnya…” balas si isteri pula.

Sukar untuk sebuah rumahtangga berdiri dengan aman apabila terlalu banyak SEPATUTNYA yang diperjuangkan. Jika di dalam Bahasa Inggeris, SEPATUTNYA itu adalah sebuah EXPECTATION. Kita meletakkan banyak jangkaan dan jangkaan itulah yang kemudiannya berubah menjadi kekecewaan.

Semasa mula berumahtangga, dengan pemikiran yang ideal tentang Bait Muslim, kita merancang pelbagai benda.

Misalnya, si isteri bercita-cita untuk si suami menjadi Imam Mithali dalam sebuah rumahtangga. Mengimamkan solat, memberi tazkirah dan membacakan hadith kepadanya setiap hari dan pelbagai impian yang indah lagi sempurna.

Bukan sahaja dalam soal ibadah dan amalan Islam di dalam rumahtangga, si isteri juga mahu suaminya menjadi seorang menantu yang diidam-idamkan oleh ibu bapanya. Menantu yang boleh diharap, yang pandai mengambil hati mertua dan terpercik pujian kepadanya kerana bijak menemukan calon suami yang begitu.

Itulah impiannya.

Impian yang kemudiannya mula memberanakkan pelbagai SEPATUTNYA di sepanjang pelayaran rumahtangga.

Suami pun sama juga.

Beliau mengidamkan sebuah kehidupan yang teratur, tidak perlu lagi bersusah payah ke dapur seperti di alam bujang yang serba kurang. Isteri dikahwini dengan 1001 harapan agar dapat berperanan dengan cemerlang, malah bayangan ibunya sendiri yang bermujahadah membesarkan beliau dan seisi keluarga menjadi kayu ukur untuk menilai pencapaian isteri yang dinikahinya itu.
Harapan.

Tempat kelahiran banyak SEPATUTNYA apabila satu demi satu harapan itu tidak kesampaian.

“Tapi ustaz, bukankah SEPATUTNYA itu perlu supaya kita boleh muhasabah tahap masing-masing?” soal Nasir kepada saya.

“Betul. Namun jika kita bercakap tentang soal survival rumahtangga, SEPATUTNYA itu juga memerlukan muhasabah yang khusus. Periksa balik dari semasa ke semasa, mungkin ada beberapa SEPATUTNYA yang perlu kita uzurkan. Terutamanya suami” saya menambah.

“Misalnya?” Nasir tidak puas hati.
“Macam yang anta katakan tadi, anta mengharapkan agar isteri anta menjadi menantu yang baik kepada ibu bapa anta. Namun selepas lima tahun berumahtangga, isteri anta masih tidak mesra dengan mertuanya. Tetapi dia masih seorang isteri yang baik.

Bincangkanlah hal ini dengan isteri. Ruang untuk beliau membuat perubahan, memerlukan anta untuk mengundurkan beberapa SEPATUTNYA. Kalau anta masih mahu mempertahankan expectation di awal perkahwinan dahulu, takut-takut yang dikejar tidak dapat ketika yang dikendong berciciran. Reality check, kata orang kampung ana!” saya menyambung lagi.

“Hmm. Takut saya. Ustaz sendiri masa baru-baru kahwin macam mana ustaz amalkan bab SEPATUTNYA ini?” soal beliau.

“Di awal perkahwinan, kami tinggal berjauhan. Ana di Belfast dan isteri di Galway, kemudiannya Letterkenny. SEPATUTNYA selepas kahwin kami dapat bersama sepuas-puasnya, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Malah selepas mendapat tahu yang isteri mengandung, SEPATUTNYA ana yang turun ke Galway atau naik ke Letterkenny

melawat isteri. Tetapi hujung minggu adalah kemuncak kesibukan ana. Maka Ummu Saif yang turun naik bas pergi ke Belfast dalam keadaan sarat mengandung. Apa nak buat?” saya membuka cerita.

“Tahan ke?” Nasir seakan-akan tidak yakin.

“Kami berkahwin semasa usia lebih kurang anta dan bakal isteri. Tidak sampai seminggu selepas akad nikah, Ummu Saif sudah memulakan rotation beliau sebagai doktor junior yang menjalani tempoh housemanship yang sangat menekan. Kerja separuh mati, balik rumah sudah tidak punya sisa tenaga untuk buat apa-apa. Sebagai suami, ana ada banyak SEPATUTNYA yang boleh ditimbulkan. Tetapi menyedari akan realiti, banyak SEPATUTNYA yang ana buang” saya mengimbau kisah lama.

“Misalnya?” soal Nasir.

“Ana kemas rumah, ana masak dan bawa makanan ke hospital. Dan jika dua-dua sudah terlalu letih untuk balik, kami bermalam sahaja di Doctor Rest yang sempit itu. Esok paginya ana bawa bekas-bekas makanan kotor itu balik ke rumah untuk dibasuh. Cuba untuk bahagia dengan keterbatasan yang ada,” saya berkongsi kisah dengan bakal suami doktor yang seorang ini.

“Sampai bila proses membuang SEPATUTNYA itu perlu dibuat?” Nasir cemas.

“Sampai MATI. Sampai terkambus di liang lahad!” saya menjawab ringkas.

“Suami sahaja?” Nasir gelisah.
“Kalau perempuan daripada zaman batu sampai zaman hutan batu mampu bergadai nyawa beranak, beranak dan beranak, mengapa lelaki hari ini yang sudah tidak mengangkat pedang di medan jihad tidak mampu untuk BERJIHAD menjaga rumahtangga? Manja sangatkah perawan akhir zaman sekarang?” saya cuba menyuntik semangat.

“Beratnya jadi suami. Mesti mampu sabar sampai ke mati!” ulas Nasir. Pendek.

“Sabar itu di permulaan sahaja. Insya Allah ia akan naik taraf menjadi redha” saya menokok.

“Susah saya nak bayangkan macam mana suami sabar dan redha sampai ke kubur” Nasir jujur memberitahu.

“Sebab itu ramai anak menjadi pening melayan ibu yang tua selepas kematian ayah!” saya terkenang kisah seorang teman.

“Kenapa?” Nasir tidak faham.

“Hebatnya seorang suami dan ayah, dia mengundurkan banyak SEPATUTNYA hingga dibawa ke kubur. Tolak ansur ayah itu menjadi pakaian yang menghijab kekurangan si isteri yang juga ibu kepada anak-anak mereka berdua. Apabila ayah sudah tiada, barulah kelemahan-kelemahan si ibu muncul menjadi ‘perangai’ yang meletihkan anak-anak. Lepas ayah mati, baru nampak rupa emak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.” saya mencukupkan penjelasan.


“Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka” [al-Baqarah 2: 186]

Suami yang menjadi pakaian isteri itu menyembunyikan kelemahan-kelemahan si isteri dengan penuh sabar dan redha hingga dibawa mati bersama ke kubur, sampai anak tidak nampak kelemahan ibu mereka sepanjang ayah ada bersama. Dia dikebumikan bersama banyak SEPATUTNYA yang dibawa mati tanpa rasa terkilan.

“Inikah maksudnya ERTI HIDUP PADA MEMBERI bagi seorang suami, ustaz?” tanya Nasir.

“Ya. Ia bukan slogan. Tetapi sumber kekuatan diri,” saya menyetujui beliau.

“Dari manakah kekuatan itu mahu dicari?” Nasir melangsaikan pertanyaan.

“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang banyak hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita berjaya untuk benar-benar percaya, bahawa kita hanyalah HAMBA kepada-Nya. Hamba tidak layak meminta-minta dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan kepada peranan, dan syukuri setiap
yang diterima, biar sekecil mana pun ia” saya selesai berkongsi pandangan.

“Ustaz rasa saya mampu?” Nasir menoleh ke arah saya.

“Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu. Insya Allah!” saya tersenyum.

Kami sama-sama sepi.

Merenung hutan belantara yang luas terbentang di kiri dan kanan lebuh raya. Hutan tebal yang menyembunyikan 1001 isi dan rahsia, seperti sebuah perjalanan rumahtangga yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari muka.

Selamat berumahtangga, Nasir.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com
68000 AMPANG

P/S: Selamat berumahtangga kepada semua yang telah lama dan bakal berumahtangga. Kembara rumahtangga menuntut pengorbanan dan kesabaran yg tinggi. Natijahnya,ketenangan org berkahwin tak sama dgn org bujang. Maha benarlah firman Allah S.W.T dan sabda Rasullullah S.A.W (berkaitan dgn alam perkahwinan) .


"Terima kasih kepada Abu Saif, yang berkongsi kisah ini...kalau ikutkan SEPATUTNYA...
terlalu banyak yang SEPATUTNYA itu perlu aku dapat...
SEPATUTNYA tematku adalah disisi suamiku hari ini...tapi disebabkan dunia yang tak patut ini...suamiku redha aku berjauhan dengannya"

ahhhh kalau diikutkan dengan SEPATUTNYA ini..memang hidup ini tak akan pernah bahagia....

jadi biarlah apapun berlaku...aku terima suamiku seadanya....
kerana dia jannahku...
dia penenang jiwaku...

Ya Allah..redhakanlah ikatan ini, titipkanlah kebahagiaan kepada kami,peliharalah diri kami dari syak wasangka...kami mohon pertunjukmu untuk kami layari bahtera ini mengikut landasan MU..aminnn

Sunday, April 11, 2010

jiwa ku bukan di sini....

Ya Allah kuatkan diri ini...
supaya masih lagi mampu bertahan....
sungguh aku perlukan kekuatan itu...
kerana kini aku sudah lemas dengan airmata...
aku sudah tewas dengan pujuk rayu hatiku sendiri...

Dimana aku ditugaskan...
disitu lah aku semadikan keringatku sebaik mungkin..
walaupun dikatakan aku tidak menyumbang apa2
aku redha Tuhan...

Jiwa aku bukan disini...
kerana hidupku bukan disini....
sepatunya aku disamping insan2 tersayang disana...

oh Tuhan...permudahkan segala urusanku....
rinduku pada mereka tidak dapat kubendung lagi...
aku ingin pulang...
aku ingin bahagia disana...

Sunday, April 4, 2010

Jemputan Raja Sehari...





kepada teman2 dan sahabat yang mengenali...sudilah datang merai...hadiahkan doa kebahagiaan kepada kami....

Sayang..kita terpaksa berjauhan....


Saat kita disatukan 14.03.2010


Abang,
Inilah dugaan...
moga kita tabah hadapinya...

Saat cinta baru saja bersatu...
aku terpaksa meninggalkan diri Mu...
walaupun terlalu berat hatiku...
tetapi tuntutan kerja lebih memerlukanku..

Abang..
rinduku padamu,
hanya Allah jua yang mengetahui..
airmataku tidak mampu membawa ku pulang bersamamu..

Abang..
redhakanlah aku disini..
janganlah ada sangsi dihatimu...
kerana kini aku sah menjadi milikmu...
tiada siapa mampu menghalangnya lagi..

Abang..
percayalah...
hati dan diri ini adalah hak mu...
kerana dirimu adalah suamiku...
semoga aku mampu menjadi bidadari di hatiMu...

Abang..nantikan kepulanganku...

Friday, March 19, 2010

Jika benar aku dianiayai...



Tuhan...
jika benar aku dianiayai....
maka tunjukkanlah kebenarannya....

jika benar aku berada ditempat yang betul...
maka tunjukkanlah aku kebenarannya...

Jika ini ujianMu...
maka kuatkan hatiku...
agar aku mampu menghadapinya...

Oh Tuhanku...
lindungilah aku dari manusia2 zalim...
sesungguhnya...
aku serahkan segalanya kepadaMu....
segala urusan ku, ku sandarkan..
padaMu untuk menentukan...
Hidupku, matiku...
jodohku, rezekiku...
segala2nya telah ku serahkan padaMu...

andainya diri ini lemah.....
andainya diri ini tidak mampu lagi bertahan....
maka Tuhanku....
berikan aku kekuatan...
berikan aku kesabaran
berikan aku ketabahan...
kerana aku tidak mampu menghadapinya seorang diri...

Aku yakin Tuhanku...
segalanya pasti ada kesudahan...
awan tidak selalunya gelap...
bila mendung sudah pergi..
cerah pasti menjelma...



pesanan buat diriku....

hidup seperti roda...
kadang2 diatas...
kadang2 dibawah....
jika kita diatas ingatlah
orang yang berada dibawah.....

jika kita dibawah...
ingatlah kita tidak sendirian...
Allah sentiasa bersama.....

Wednesday, March 10, 2010

Rasa yang tidak terungkap....


"aku ingin lari dari sengsara ini...aku ingin memilih utk bahagia"



Sudah lama ingin ku mencatat sesuatu disini...
namun kekangan masa yang menghimpit..
buat aku sering kali tewas...
sehingga tidak mampu aku menyapu habuk2 yang melekat di blog ku ini...

Namun, kugagahi jua..
demi meluahkan rasa yang tidak terungkap oleh kata2
supaya fikiran ku tak terbeban dan berlegar disudut yang sama...

Penat, aku sudah terlalu penat..
menjalani rutin biasa..
buat aku bosan dan hilang punca..
terasa 10 tahun bekerja...
walaupun hanya 6bulan sahaja...

sesungguhnya keseronokan kerja itu..
bukan milikku lagi...
mungkin aku perlu sendiri mencari..
mencari dan terus mencari...

tidak pernah aku terfikir untuk terus hidup begini
berjauhan, kesepian..kerinduan..
emosi ku terseksa sedangkan kerja ku menimbun setiap masa...
ahhh tiada sudahnya begini...

Yang pasti..hidup aku akan berubah tidak lama lagi...
bahagia atau derita...
itu pilihanku sendiri...
aku yang memilih..
aku juga yang menanggungnya...

Semoga hari selepas 14hb.03 nanti..
mengubat segala sengsara...
memadamkan segala rindu dendam yang membara..
menjadi titik permulaan
semoga aku lebih bahagia
dan tenang sebagai hambaNya

Bahagia atau derita...
adalah pilihan...
pilihlah....

Wednesday, February 17, 2010

Cuti2...CNY...cuti lepas tensionnnn!!!!

Disebabkan sekolah ku hanya mengambil cuti NY 3 hari, terpaksalah aku menghabiskan cuti yang pendek itu di sarawak bersama teman2 cikgi yang lain, huhu...sebenarnya banyak tempat kami dah jalan2...tapi hari ni je baru rasa nak snap gambar, huhu...jadi kat bawah ni gambar2 kami masa jalan kat sarawak...sape2 nak dtg sarawak...mai laaaa.....

agak2 kat mana ni...huhu...baru habis makan time ni....


ni kak ZUE, aku yang ambik gambar ni, sengaja sengetkan..huhu..cantikkan view dia....


ni pulak EIDA...emm aku rasala...mmg sesuai tempat ni...jadi tempat raikan cinta dengan suami nanti....hehehe


ni SUE..tukang bawa keta mlm tu...tima kasih Sue bw kami.....


best jugak bergambar ni kan..kat sini baru kul 7 tuu..tapi dah gelap sgt...


mcm duk singapore pun ada...emm best2...

lepas habis bergambar kat tempat kami p mkn kat kg depan waterfront tu, kami pun cadang la nak balik terus...ya la..tadi dah p shopping sakan dah...huhu, perut pun dah kenyang....tapi entah..tiba2 pulak si Sue tu..tersesat jalan...maklumlah..bukan org kuching..tengah2 duk cari jalan kuar tu..terjumpa plak Funfair kat area pending tu...apa lagi...jom p Funfair....huhu SET!...tapi sebelum tu..kami p cari masjid dulu...solat magrib dan isyak dulu...lepas tu kami teruskan projek kami ke funfair...huhuhu...kat bawah ni gambar kami kat funfair...rasa mcm budak2 balik la....mintak2 la takda students ku yg nampak...cikgi2 dia tengah seronok....hehe


Yang Penting HEpi...dah tak ingat dah LUsa sekolah...huhu


Benda alaf kat belakang tu la yang aku dan member2 naik...fuh gila punya...
rasa nak terpelanting je..punya lah hipHop...serik..tak nak naik g!!


Action...


Berposing sebelum kena pusing dengan benda alaf tu..siap ada org buat suffle atas tu..fuh nak terpelanting rasa...hilang habis tension aku....


Lepas habis p funfair, kami terus balik...lepas semua tension...lega....


P/s: menghabiskan sisa zaman2 bujang ku....HUHUHU

Tuesday, February 16, 2010

Macam-macam dugaan datang.....

Ya Allah...
tak tertanggung rasanya dugaan ini...
sesungguhnya aku merancang...
kau jua yang menentukan...

Dalam meniti hari untuk pulang ke kg...
temuduga SPP pulak menyinggah..
ahhh aku keliru...
sememang aku sudah lama menunggu temuduga itu...

Sekali lagi aku diuji...
temuduga tersebut akan berlangsung pada hari cutiku...
terpaksa la tiket ku pada 21 mac aku BURN
dan terpaksalah aku pulang awal kesini...
belum puas melepas rindu...
tuntutan kerja buat aku terpaksa...
ooo dugaan...

Namun aku tahu, pasti semua ini ada hikmahnya...
aku yakin...
semuanya akan berjalan dengan lancar...
walaupun banyak lagi dugaan yang datang
yang tak perlu aku nyatakan...
tapi aku tahu..
Allah sedang menguji kesabaranku...
aku redha Tuhan...
semoga hari itu aku mampu melakukan...
dengan izinMu jua...
segalanya bakal berlaku....

Friday, February 12, 2010

Rinduku tidak terbendung...

Terlalu pantas masa berlalu..
hingga aku lupa apa yang pernah aku lalui...
dan kini cuti datang lagi...
aku tidak mampu pulang ke kg..
kerana kekangan kerja yang berlambakan...

sungguh rinduku tidak terbendung lagi..
setiap hari menghitung hari..
ingin pulang bersama orang-orang yang kusayangi...
sungguh aku tidak sanggup berpanjangan begini..
keputusan sudah aku buat..
aku nekad tidak lama disini....

Setiap hari yang datang dan pergi sungguh bermakna bagiku...
baru ku tahu erti sebenar rindu...
aku tidak mampu untuk mengatakan tidak...
kerana fokusku terganggu...
fikiran ku sudah lama pulang..
hanya jasad masih disini
menanti hari dan tika..
tibanya saat itu 12.03.10...

Moga aku mampu bertahan...
mengharungi saat2 berjauhan
segala cubaan dan rintangan..
sungguh aku rindu....

Tuesday, February 9, 2010

Tuhan....berikan aku keyakinan sepenuhnya


Aku tidak mahu memulakan sebuah ikatan
dalam aku masih ragu dan curiga...
aku tidak mahu memulakan hidup baruku
dengan rasa terkilan dan kecewa...
Aku tidak mahu Tuhan...

Patutkah aku menoleh ke belakang
sedangkan aku tahu tidak mungkin itu berlaku
selain dari kehendakNya...

Patutkah aku terus menanam rasa ragu dihati
sedangkan saat itu tidak lama lagi...
patutkah aku membiarkan airmata berterusan
tanpa memikirkan keputusan..?

Aku keliru, aku binggung....
betulkah keputusan ku ini...
betulkah??

Ya Tuhan..
aku mohon pertunjukMu
aku mohon belasMu
moga aku diberi kekuatan
menerima segala kritikan
menerima segala tohmahan
menerima segala kemungkinan..
kerana ku tahu...
takdir ini telah Kau tentukan...


Aku tidak mampu untuk berlari kemana2
kerana disitulah tempatku..
disitu jua lah untung nasibku...
aku perlu yakin...
aku perlu betul2 yakin...
kerana hatiku telah lama berkata..
dialah pilihanku...
pilihan hatiku...
pilihan hidupku...
.....................................................................................


"rasa hati tidak pernah menipu..biarlah takdir itu untukku"
aku redha Tuhan, aku redha.....

Thursday, January 21, 2010

Sejenak renungan, kiamat makin hampir!!!

SMS dari seorang teman..

Assalamualaikium...wbt

Renungkan

27.11.09 (Jumaat) - Aidil adha

18.12.09 (Jumaat) - Awal Muharram

25.12.09 (Jumaat) - Hari Krismas

01.01.2010 (Jumaat) - Tahun Baru masehi

26.02.2010 (Jumaat) - Mulidur rasul

02.04.2010 (Jumaat) - matinya yesus kristus (kristian)

28.06.2010 (Jumaat) - Hari wesak

27.08. 2010 (Jumaat) - Nuzul AlQuran

05.11.2010 (Jumaat) - Deepavali

10.09.2010 (Jumaat) - Aidil fitri

adakah hari kiamat semakin hampir dan berlaku pada hari jumaat?

HANYA ALLAH SAJA YANG MAHA MENGETAHUI..
Dengan keadaan bencana Alam yang semakin dasyat dan keadaan perangai manusia yang semakin terbalik.

MUNGKIN Kiamat semakin hampir..

maka ingat mengingatilah kita agar tidak leka walaupun sesaat untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Semoga kita sama-sama diampunkan dosa dan ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada di hari pembalasan nanti.

"pesanan ini telah ku ambil dari laman web sekolahku..sama2lah kita renung..terlalu banyak peringatan yang telah Allah tunjukkan untuk kita...tapi kita masih juga tidak peduli..sedangkan hakikatnya kiamat sudah terlalu hampir dengan kita...bagaimanakah nasib kita nanti???...muhasabahlah, bertaubatlah, selagi kita diberi peluang dan ruang..."


YA ALLAH, AMPUNKAN DOSA-DOSA KU...aminnn

Wednesday, January 20, 2010

Usah dipeduli...Kerana Allah Jua Yg Mengetahui...


Wahai hati...
Engkau telah membuat pilihan...
mengapa masih ada ragu...
setelah sekian lama engkau menunggu..

Wahai hati...
usah dipeduli kata orang...
usah dicemburui kebahagiaan manusia lain...
kerana engkau juga berhak bahagia...
hanya perlu memilih yang mana engkau suka...
suka atau duka...
bahagia atau sengsara...

Wahai hati..
ketahuilah..Allah telah menetapkan dia untukmu..
hatimu dengan hatinya adalah satu..
dirimu dan dirinya adalah satu..
usahlah ditakuti...
usahaah diragui lagi...
kerana semua itu
hanya mainan perasaanmu semata2

Terimalah dia seadanya...
seperti mana dia menerimamu seadanya..
dia juga manusia biasa..
sepertimu jua...
yang juga berhak untuk bahagia...

Teruskan niat suci itu
semoga hari itu terlerai segala fitnah
tertutup segala pintu dosa
terbuka luas pintu rahmat...

Wahai hati..
hari2 yg datang
pasti akan disulami dugaan bermacam2
kerana Allah sedang menguji kamu dan dia...
setabah mana, sekuat mana ikatan janji itu...

Wahai hati...
usah dipeduli..Kerana Allah jua mengetahui...
apa yang terbaik untuk hambaNya..
dan Allah telah memilih dia
sebagai pelindungmu...
maka redhalah wahai hati...


"Segala rasa dihati, hanya Allah yang mengetahui, mampukah aku menghadapi...
tapi aku pasti, dialah yang terbaik untukku..."

HiPoKRitkAH AKU???


Senyumku tidak seindah dulu...
kerana disebaliknya ada tangisan yang tidak bersuara
ada esak yang tidak dapat diluahkan..

dalam kesucian..
ku pasti masih ada debu-debu dosa
yang membalut setiap genap hatiku...
sehingga kemanisan kurasai
makin pudar dan pergi...

perlukah aku berterusan begini...
membiarkan hatiku terus sakit
dan akhirnya mati....

hipokritkah aku...
bila hanya membuat tidak tahu..
pada perubahan diri yang pasti
makin hari, makin dimamah usia...

hipokritkah aku..
bila meletakkan diri
pada tempat yang selesa..
padahal aku tahu...
terlalu banyak khilaf yang aku lakukan...

hipokritkah aku..
meninggalkan istiqamahku
kerana tuntutan masa
yang melampau yang aku sendiri belum selesa...

Tuhan...
berikan aku kekuatan...
untuk mengubah diri kearah kebaikan..
biarlah pahit, biarlah sakit,
aku tidak peduli...

walau setinggi gunung dosaku..
walau sebanyak mana kesalahanku..
aku nekad untuk menebusnya
dengan segala kebaikan dan doaku..
agar tidak ada lagi rasa hipokrit dihati...
agar aku dapat menafas lega..
meniti hari-hari yang datang dan pergi...


"Wahai Hatiku, raja segalanya...usahlah hipokrit...
muhasabahlah...ambillah kesempatan yg diberi..
bertaubatlah atas segala kekhilafan diri..."
...Semoga kebahagiaan milikmu pasti...

AKU INGIN KEMBALI>>>

KERANA AKU SEORANG GURU biasa….



Setiap pagi aku melangkah gagah…
Membawa bersama segala yang berkaitan…
Difikiran tiada apa lagi yang aku fikirkan…
Hanya untuk mengharungi rutin harian..
Sebagai pendidik anak bangsa dan Negara..

Langkahku atur perlahan-lahan…
Diawal pagi aku mulakan
Tugas sebagai guru tingkatan…
Terkadang keringat menitis didahi..
Namun aku tidak peduli..
Ku teruskan jua demi tugas yang diberi….

Akulah pelakon didalam kelas
Menjadi tumpuan setiap pasang mata yang memandang..
Tiada sedikit rasa gentar…
Kerana semangatku tidak pernah longlai
Niatku memberi segala ilmu yang ada….

Tugasku bukan berakhir dikelas sahaja
Banyak lagi yang menanti dimeja…
Hanya menunggu masa
Untuk aku uruskan segalanya….

Kini aku mengerti
Pengorbanan seorang guru biasa..
Yang telah mencipta pelajar luar biasa…
Kalau dulu aku tidak menghargai jasamu guruku…
Cukuplah hari ini aku memanjatkan doaku untukmu
Walau dimana pun engkau berada..
Terima kasih cikgu…
Kerana hari ini aku juga guru biasa..
Yang sudah mengerti erti seorang guru sepertimu…..

Biar sepahit mana tugas guru sepertiku…
Namun ku tahu…
Tugas inilah yang paling mulia disisiNya..
Jadi cukuplah Allah bagiku..
Untuk menilai segalanya…
Kerana sesungguhnya..
Hidupku, matiku,..
Hanya untukMU….

Thursday, January 14, 2010

Kami Di Uji lagi...


Dalam kesibukkan yang melanda,
hatiku mengeluh resah...gelisah
dengan hari yang makin mendatang,
walau tidak tergambar diluaran...
namun dihati..hanya Allah yang mengerti....

Ujian datang tanpa henti...
dugaan datang dan pergi....
kini kami diuji lagi...

Namun kutahu ujian ini pasti ada sebabnya...
membuat diriku....yakin dan percaya...
bukan mudah untuk memikul tanggungjawab...
bukan mudah untuk memulakan dunia baru...
oh Tuhan...berikan aku kekuatan...

kami ingin mengubah diri,
agar menjadi hamba yang sejati,
bebas dari maksiat hati...
dan segala fitnah dunia yang sering dihadapi

Permudahkanlah urusan kami Tuhan..
agar segalanya dapat kami harungi...
dengan ketabahan dan keikhlasan...
semoga ianya mematangkan kami...
dalam meniti liku2 kehidupan baru..
yang bakal kami tempuhi...

Hanya doa kami panjatkan..
agar hasrat dihati menjadi kenyataan
kerana ketenangan kami harapkan..
dan kerana redhaMu kami dambakan..

Oh Tuhan...bantulah kami
mengharungi saat2 ini...
agar kami tidak kecundang...
dengan gelombang perasaan...
dalam menghadapi segala yang Engkau berikan...

"AKU YANG MENGHARAP"

Tuesday, January 12, 2010

Rezeki datang tanpa diduga....


Tiada apa yang perlu aku ucapkan selain memanjatkan rasa syukurku padaMu Tuhan...
kerana sesungguhnya pertolonganMu itu datang dalam keadaan yang tidak pernah aku jangka....

penat lelahku tidak sia2, doaku dimakbulkanNya...terima kasih Tuhan..
kerana Kau masih memandangku, NikmatMu tiada batasannya, kasih sayangMu menjalar serata dunia...

Hari ini aku mendapat satu berita gembira, walaupun bunyinya agak biasa, namun penuh bermakna buatku, usahaku selama 4 tahun bergelumang ilmu di USM akhirnya berbaloi jua...pekerjaan yang aku impikan sudah digengaman...namun begitu HUTANG BELAJAR belum masih aku langsaikan...

Alhamdulillah, dengan keberkatan dan keikhlasan, akhirnya ada yang masih mahu memandang, sesungguhnya rezeki itu datang tanpa aku duga....
Semalam aku mendapat surat dari yayasan TAR, alhamdulillah...dugaan semasa aku menghadiri temuduga itu telah membuahkan hasil...aku menerima hadiah dari Yayasan untuk melunaskan HUTANG belajar aku dulu...
sungguh aku bersyukur...kerana ALLAh telah memilihku...
menjadi salah seorang insan bertuah...

Rezeki itu memang tidak diduga....