Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 15, 2010

Apalagi yang dicari....

Apalagi yang dicari..,
dalam hati seorang insan..
tidakkah sudah cukup
kerana sudah engkau memiliki hati itu...
menjadi pemaisuri disitu...
kenapa perlu dicari lemahnya..
kerana hati itu pasti tidak sempurna seperti mana kau jua...

Apalagi yang dicari..
sedangkan derita atau bahagia itu adalah pilihan...
kenapa perlu memilih sengsara..buruk sangka..
sedangkan engkau boleh memilih bahagia..

sudah!
tidak perlu menjadi manusia tamak..
penuh dengki dan iri hati..
cukupla apa yang engkau miliki...
kerana tidakkah kau tahu...
mati itu pasti..
neraka itu pasti...
seksa itu pasti...
kenapa dunia juga perlu engkau rebuti...
sedangkan akhirat itu jika engkau taati..dunia akan menyusuri...

Cukupla...
apalagi yang dicari...
syukurla apa yg engkau miliki..
tatkala dia pergi..
pasti engkau tau untuk hargai...

sempurnakan hidupmu
menjadi insan yang berbakti..
kerana sudah tidak ada apa lagi yang perlu kau cari
selain dari redha Illahi...

sembuhkan penyakit hatimu itu segera..
jangan ia menjadi bara...
kerana mungkin jika tidak dirawat
akan menjadi api yang membakar jiwa...
muhasabahlah...
dunia hanya sementara...
jadilah insan yang bahagia...
usah memilih sengsara!!!!!!


~hanya diri ini yang mengerti~

0 comments: