Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 20, 2009

Erti sebuah pengorbanan......

Wahai Ibu dan ayahku...
doakan anak mu disini...
mohon ampun aku hulurkan
kerana tidak dapat pulang beraya dikampung,
sedih pilu tetapi inilahi erti sebenar bagiku......

namanya PENGORBANAN...
walaupun hatiku sebak menahan rasa kerinduan..
namun aku mesti teruskan juga
demi untuk mencari rezeki d perantauan...

Ibu, ayah...
walaupun anakMu jauh dibumi kenyalang...
namun tidak sesaat fikiran ini
melupakan dirimu disana...
terima kasih ibu...
terima kasih ayah...
kerana sebuah PENGORBANAN jugalah
aku telah berada di sini....






Wednesday, November 18, 2009

Masih ada ruangkah untuk ku TUHAN...


bila aku terkenang kembali...

noltalgia zaman kanak-kanakku

zaman remaja ku....

aku termenung hampa...

terlalu banyak dosaku Tuhan...


layakkah aku mendambakan syurgaMu yang manis itu...

sedangkan hatiku penuh dengan segala noda hitam

diriku terlalu hina....

aku malu Tuhanku....

malu untuk berdepan denganMU.....


Tuhanku..pimpinlah aku

menghadapi hidup ini...

aku tidak mahu menjadi manusia hipokrit

yang mulia dipandang manusia

tetapi terlalu hina di sisiMu

aku tidak mahu menjadi manusia yang hanya inginkan dunia

tetapi aku melupakan akhirat yang akan datang

yang diantara duanya terlalu singkat

bagai siang dan malam....


oh Tuhanku...

masihkah aku diberi ruang..

diberi waktu untuk sucikan segala nodaku....

segala dosa-dosaku....


Tuhanku..

pandanglah aku...

kasihanilah aku..

pimpinlah diri ini...

kuatkan mujahadahku....

tingkatkan imanku...

tambahkan ketaqwaanku...

agar aku tidak tersesat jalan lagi....

agar aku terus memburu redhaMu...


Tuhanku...

andainya hidupku ini membawa kesesatan bagiku

aku rela mati

asalkan mati ku itu dalam redhaMu

dalam keadaan aku bersih dari segala dosa2 silamku...

dan matikanlah aku

dalam kalimah la ila ha ila ALLAh......


ya Tuhanku...

kuatkanlah semangatku

untuk terus bertaubat padaMU...

kerana hanya itu dapat aku lakukan

untuk menagih keampunanMu

atas segala kekhilafanku

menaniayai diriku sendiri

mengudang kermurkaanMu...

Tuhan..ampunkanlah aku....

berikan lah aku waktu..........aminnnn


''tiada yang lebih bermakna dalam hidup seorang

hamba selain mengharapkan redha dari Penciptanya,

dan aku adalah salah seorang darinya"

HARIZ^M


Monday, November 16, 2009

Aku sudah cuba…namun aku masih tidak mampu….


Sudahku cuba Tuhan…
Namun aku masih belum cukup tabah untuk hadapi semua ini..,
Tolong aku Tuhan..
Aku tidak mampu bertahan…

Adakah ini akhirnya sebuah mimpi
Yang dulu begitu indah ku rasakan
Rupanya kenyataan ini
Ternyata begitu pahit untuk ku telan

Ya Allah, jika aku hambaMu
Yang teraniaya..
Maka kabulkan doa ku…
Jauhi la aku dari sifat hasad dan dengki…

Tuhan, aku hamba MU..
Kesihanilah aku….
Tolonglah aku di sini..
Kerana saat ini…
Aku begitu lemah..
Aku derita…
Aku sengsara…
Hanya Engkau dapat mengetahui
Apa yang terbuku dihati….

Ya Allah..
Aku ingin pulang…
Pulang di tempat dimana ada kebahagiaanku…
Aku sudah cuba untuk tetap berada di sini
Namun aku tewas dengan perasaanku sendiri…
Hatiku belum masih di sini…
Jiwaku kosong…
Senyumanku tidak lagi seperti dulu…

Tuhanku….
Bantulah hambaMu ini…
Aminnn.

Wednesday, November 11, 2009

Wahai Hati

Wahai hati
Usahlah kekanan dan kekiri
Tetaplah pada jalan yang satu
Jalan menuju kebahagiaan abadi

Wahai hati
Usah mengikut kehendak sendiri
Tengoklah sekeliling
Buruk engkau hindari
Yang baik engkau teladani


Wahai hati
Tidak perlu kau kisah
Dengan kata2 manusia
Kerana itu bukan penentu bahagia
Tapi kisahlah dengan kata Allah
Kelak kau mendapat merasai nikmatnya…

Wahai hati
Ketahuilah perjuangan itu pahit
Kerana syurga itu manis
Mujahadah itu berat
Kerana darjatnya terlalu tinggi…

Wahai hati
jangan biar ianya kering
apatah lagi mati,,
basahilah ia dengan sentiasa
mengingati Pencipta
agar hati sentiasa segar
tenang dan bahagia…


Wahai hati
Tetap la sujud
Pada maha Esa
Ingatlah segala nikmatNya
Syukurlah diatas segala kehendakNYA
Jadilah sebaik-baik hati
Kerana hati yang mulia
Sudah pasti disenangi
Manusia dan juga DIA….

“JAGA LAH HATIMU”

Monday, November 9, 2009

Hanya PadaMu aku berserah....

Tuhan,
kehidupanku bagai baru bermula,
walau sudah 23 tahun berusia,
begini rupanya alam pekerjaaan
sudah lama aku dambakan..
rupanya..
tidak seindah mimpi semalam
tidak sewangi yang aku inginkan

Ku pegang pada janjiMu
semua yang berlaku
atas kehendakMu
atas keizinanMu,
aku terpilih kerana aku mampu,
aku terpilih kerana Engkau tahu,
inilah yang terbaik untukku

cita2 jadi nyata,
hanya lakarannya perlu aku corakkan
agar urusan dunia dan akhirat seiringan
hanya padaMu aku berserah Tuhan

langkah demi langkah
kini aku atur
agar tidak terpesong jalan
dalam mencari keredhaanMu Tuhan
moga alam baru ini
lebih membawa aku mengenali Mu
dekat pada MU....

Titik ini baru bermula
noktahnya belum ku tahu di mana
namun di mana jua aku berada
niat ku tetap satu
mencari saham dunia dan akhirat
menagih keredhaan dariNya
mengharap ibadat ku diterima....

Tuhan...
aku tidak ingin merungut
aku tidak mahu mengeluh
biarlah segala keluh kesahku ini
hilang begitu sahaja
diiringi kekuatan dariMu
kerana tanpanya...
pasti aku tersungkur kecewa
oleh kerenah dunia
yang menuntut segala macam
ragam yang ada padanya

Tuhan..
kuserahkan
segala urusanku
hanya padaMu
Tiada sesiapa untukku mengadu
selain padaMu yang satu
cukuplah Engkau penolongku
hidupku, matiku
hanya untukMu

"Aku tidak perlu berharap untuk esok hari
kerana esok
belum pasti untukku"


Hariz^m
STAR

Tuesday, November 3, 2009

AKU DI BUMI KENYALANG

Tidak pernah aku duga,
Ini rupanya perancanganMu Tuhan…
Tidak aku sangka, aku diberi peluang ini….
Menangis dalam gembira…
Suka dalam duka…
Pelbagai perasaan bercampur baur..
Dek menerima panggilan ke SARAWAK…
Mimpikah aku????bagai tidak percaya…
Semua ini adalah kenyataan yang perlu aku redhai….

Tatkala kaki melangkah keluar dari semenanjung…
Hati hiba seketika…
Meninggalkan orang tersayang
Demi sebuah amanah yang diberikan…
Aku perlu nampak gagah…
Walau aku tahu….aku lemah…
Aku perlu nampak gembira…
Walau aku sedang berduka lara….

Cabaran ini aku perlu sahut
Dugaan ini perlu aku tempuh
Kerana aku insan yang dipilihNya
Untuk berada di bumi kenyalang ini
Aku redha Tuhan…
Kerana disini rezekiku dilemparkan…
Disini jua titip permulaanku
Sebagai pendidik anak bangsa…..

Pengalaman ini tidak ada nilainya,
Tidak mampu aku beli dimana-mana,
Akan aku hargai buat selamanya..
Demi mendukung sebuah cita-cita
Bergelar GURU pendidik bangsa…
Rela ku korban apa jua…

Tuhan, tabahkan hatiku
Kuatkan semangatku..
Agar terus membara setiap masa..
Permudahkan segala urusanku di sini
Terimalah pekerjaan ini
Sebagai ibadat untukmu
Moga menjadi saham diakhirat kelak..
Amin….