Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 20, 2010

Usah dipeduli...Kerana Allah Jua Yg Mengetahui...


Wahai hati...
Engkau telah membuat pilihan...
mengapa masih ada ragu...
setelah sekian lama engkau menunggu..

Wahai hati...
usah dipeduli kata orang...
usah dicemburui kebahagiaan manusia lain...
kerana engkau juga berhak bahagia...
hanya perlu memilih yang mana engkau suka...
suka atau duka...
bahagia atau sengsara...

Wahai hati..
ketahuilah..Allah telah menetapkan dia untukmu..
hatimu dengan hatinya adalah satu..
dirimu dan dirinya adalah satu..
usahlah ditakuti...
usahaah diragui lagi...
kerana semua itu
hanya mainan perasaanmu semata2

Terimalah dia seadanya...
seperti mana dia menerimamu seadanya..
dia juga manusia biasa..
sepertimu jua...
yang juga berhak untuk bahagia...

Teruskan niat suci itu
semoga hari itu terlerai segala fitnah
tertutup segala pintu dosa
terbuka luas pintu rahmat...

Wahai hati..
hari2 yg datang
pasti akan disulami dugaan bermacam2
kerana Allah sedang menguji kamu dan dia...
setabah mana, sekuat mana ikatan janji itu...

Wahai hati...
usah dipeduli..Kerana Allah jua mengetahui...
apa yang terbaik untuk hambaNya..
dan Allah telah memilih dia
sebagai pelindungmu...
maka redhalah wahai hati...


"Segala rasa dihati, hanya Allah yang mengetahui, mampukah aku menghadapi...
tapi aku pasti, dialah yang terbaik untukku..."

0 comments: