Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 2, 2010

Aku PasTi........

Perjalanan beribu batu,
bermula dengan langkah satu...
Alhamdulillah, syukurku padaMu Tuhan,
kerana aku masih diberi kesempatan,
diberi peluang untuk masih bernyawa dibumiMu ini....

Aku tidak tahu dimana perlu aku mulakan...
namun aku pasti...segalanya telah ditetapkan...
cuma masa yang menentukan
dan takdir yang perlu aku terima.....

BAhang kesibukkan makin terasa,
sehingga aku lupa hari dan masa...
entah bila pula aku dapat menulis begini,
kerana aku tahu....
aku pasti
aku akan terlalu sibuk
dengan kerja2 sekolah ku...

perlukah aku menangih simpati...
menunjukkan yang aku lemah..
atau menampakkan segala kekurangan...
sungguh aku pasti...
tiada siapa yang peduli...
kerana masing2 sibuk dengan kehendak sendiri..
yang pasti...aku perlu berusaha sendiri...
dan aku pasti aku mampu melakukan
walaupun seorang diri..
kerana cukuplah Allah penolongku....

Jalan yang berduri..
menjanjikan kemanisan dikemudian hari...
jalan itulah yang perlu aku tempuhi...
walaupun disakiti, dianiayai..
diberi pelbagai cabaran....
tapi aku tetap perlu teruskan...
demi sebuah cita2 dan jihadku didunia ini...
biarlah Tuhan saja yang menilai...
baik buruk apa yang terjadi...

Moga kekuatan dalam diri..
sentiasa ada dihati.
agar jiwaku kuat menghadapi..
segala onak dan ranjau berduri...
kerana JIHAD ku pasti..
mencari redha ILLAHI.......

0 comments: