Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 5, 2009

Tuhan seandainya...

Tuhan seandainya telah kau catatkan dia miliku,


Tuhan seandainya telah kau catatkan dia miliku,
Tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami….
Seiringkanlah kami melayari hidup keketepian sejahtera..

Tuhan ku mohon apa yang telah kau takdirkan padaku…
Ku harap dialah yang terbaik untukku,
Kerana kau tahu apa isi hatiku,
peliharalah aku dari kemurkaanMu….

Jika dia Kau takdirkan untukku,…
Permudahkanlah segalanya…
Semoga aku tahu…dia tercipta untuk menemaniku….
Bukakan hatiku menerima dia seadanya….
Aku redha dengan ketentuanMu
Kerana ku serahkan segalanya padaMu Tuhan..

Ya Tuhan ku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dari ingatanku…
Sesunnguhnya Tuhan..
Peliharalah aku dari fitnah dunia ini…
Berikan aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit..
Hilang bersama senja merah
Dan pekat malam…

Ya Tuhan…
Dalam setiap doaku,
kupanjatkan keampunan padaMu..
Ampunkanlah dosaku…
Dosa keluargaku….
Dosa ibubapaku….
Terlalu banyak dosaku Tuhan…
Berikan aku kesempatan
Untuk menebus setiap noda hitam dalam hati ini
Agar aku dapat tenang menghadapMu Tuhan…
Kerana sesungguhnya cinta hakiki hanya padaMu..

0 comments: