Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 11, 2009

kerana aKU INsan BIASA!!

aku tahu, aku mengerti..
aku tidak layak
mengdambakan yang terbaik dariNya...
kerana aku insan biasa...
yang hina lagi penuh dosa...
kusyukku kurang...
aku sering lupa..
sering alpa..
sering tersungkur...
terkandas kecewa....
arus dunia ini...
betul2 buat aku lemas....
hanya dengan mengingatiNya..
hatiku kembali tenang..
jiwaku kembali hidup...
ya Tuhan...
janganlah Kau uji hambaMu ini...
dengan sesuatu yang tidak sanggup
untuk ditempuhi...
seperti mana kau meguji
orang2 terdahulu...
Sesungguhnya...
aku tidak mahu apa2
selain mengharapkan keredhaanNya..
mengharapkan keampunanNya..
Insan biasa sepertiku ini..
hanya mampu mengalirkan
airmata keingsafan..
diatas segala kekhilafan...
sambil dengan sejuta pengharapan..
agar Penciptaku masih mahu
memandangku.............
memberi belas kasihanNya padaku.....
Namun....
aku juga insan biasa...
yang punya cita2
mahu syahid dijalanNya...
mahu hidup bahagia di dunia
dan Di akhirat sana...
mahu menjadi
salah seorang kekasihNya....
Ku panjatkan doa..
agar insan biasa seperti aku ini,
diberi kekuatan luar biasa...
agar aku....
mampu bertahan,
bermujahadah.....!!
melawan kehendak
nafsu muda ku...
dan godaan syaitan
yang ingin sentiasa
melihat aku kalah
dalam medan mujahadahku ini.....
Tuhanku...
berikanlah kesempatan insan biasa
yang penuh noda ini
menyuci segala dosa...
menghapus segala titik2 hitam..
menebus segala kesalahan...
agar insan ini tidak tergolong
dalam kalangan orang yang rugi....
Tuhanku....
tutuplah segala pintu maksiat bgku..
bukalah pintu rahmatMu seluasnya padaku...
dan terimalah taubat dan amalanku...
amin.....Ya Rabbi Alamin......
".......kerana aku insan biasa yang ingin bahagia
dunia dan akhirat......."
Hariz^m

0 comments: