Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, February 28, 2009

Tidak aku pinta....


Dengan namaNya yang maha pemurah lagi penyayang....



Syukurku panjatkan, saat ini aku masih bernafas, diberi lagi pinjaman nyawa...



Dalam kekalutan yang buat aku lemas,

aku masih diberi peluang untuk melarikan diri seketika..

lari dari kekalutan di Kampung Selamat...

yang sememangnya menuntut seribu pengorbanan......



Tuhan...

tidak aku pinta berakhir begini....

tidak aku duga begini jadinya...

namun ku tahu...rencanaMu yang terbaik...

mana mungkin aku tidak merelakan...

kerana itu sudah ditakdirkan untukku....



Tuhan...

Masihkan Engkau sudi memandang hambaMu ini...

yang penuh dengan daki kekotoran....

kelam dengan kegelapan...

Masihkah Engkau sudi tuhanKu.....



Tuhan...

Berikan aku kesabaran...

menanti hari2ku....

meniti liku2 dugaan kehidupan ini....

Berikan aku keteguhan iman...

agar aku tidak terjatuh ke lembah paling hina...,

agar terpelihara aku dari fitnah dunia....



Tuhan....

tiada upayaku selain mengharapkan keredhaan dan keampunanMu....

aku yakin, kebahagiaan itu akan datang jika aku berserah padaMu yang menentukan.....



Tuhan............

tidak aku pinta....

tapi Kau tetap memberi yang terbaik untukku....

tidak ku sangka....

segalanya telah ditakdirkan untukku.......








Wednesday, January 14, 2009

Selamat Berjuang...penyambung rantai dakwah

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan pada Illahi, dalam kesibukkan menjadi seorang guru, aku masih diberi kesempatan waktu untuk bersama dengan mereka...penyambung rantai perjuangan islam.

Pilihan raya kampus USM, bakal tiba, tempoh berkempen yang singkat, tidak bererti kita patut berputus asa, pada adik-adik ku, JORAIHA, HUSNA, HISYAM, SYAWAL, HAFIZ, SUFIAN, teruskan perjuangan...kami disini sentiasa menyokong anda...antum semua telah dipilih kerana antum semua mampu memegang amanah tersebut..IA...

Kepada sahabat-sahabat yang berada di usm mahupun di luar usm, jom ramai2 kita mengundi pada esok hari 15hb.01.09, jangan lupa membawa IC anda....sama2 menyokong calon pro mahasiswa anda! Allahhuakbar.

Tuesday, January 6, 2009

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang, berhabuk sudah blog ini, disebabkan tiada peluang untuk di update....kesibukkan mengatasi segalanya...namun tidak bermakna dilupakan....

Sekarang ini, aku tengah LM kat sek.keb kg Selamat. IA selamat dan sejahtera, internet susah sikit kat sini, sebab tu la tak leh nak update....

sesi sekolah dah mula, maknanya, aku dah start mengajar dah sekarang, buat masa ini aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek mathematics form 1 and physics form4...emm...alhamdulillh...semoga semuanya dipermudahkan...

kepada kawan2 yang seangkatan berpraktikal, selamat menjalankan tugas masing2...jaga diri elok2, jaga iman, jaga peribadi dan tingkah laku..semoga segalanya berjalan seperti yang diharapkan dan dipermudah...senang2 melawat la ana kat sini, buat gayah, nik, maryam, yusra, sue, sajdah, fairos, zira, banyak sgt nak sebut...semua laaa kawan2 ana...semoga semuanya berjaya menjadi cikgu yang disayangi.

buat adik2 ku yang berada di usm, teruskan perjuangan antum semua,...

salam sayang, rindu dari ej buat semua sahabat perjuangan....

Friday, November 7, 2008

Balik untuk mencari keredhaan dan ketenangan....


Hari ini, hari terakhir aku berada di USM...

jika esk masih untuk aku....

aku akan pulang ke kampung....

pulang setelah 4 tahun bergelumang dengan cara hidup di USM.....

pulang ku mencari keredhaan kedua ibu bapa ku....

sebagai sandaran mencari redha ILLAhi....



Aku ingin bersifat dewasa...

matang dalam menilai buruk dan baik....

tanpa terlalu mengikut hawa nafsuku....


aku ingin berubah menjadi baik.....

kerana aku tahu....aku telah menganiayai diri ku sendiri.....

aku meletakkan diriku dalam keadaan kecelakaannnn....


Ya Allah....Engkaulah Tuhanku...

tiada Tuhan selain Engkau wahai Tuhanku....

aku adalah hambaMu,

aku cuba sedaya upaya untuk melaksanakan janji2 ku terhadapMu...

aku berlindung padaMu...

dari perbuatan jahat diriku sendiri.....

aku mengaku akan segala nikmat yang telah Kau kurniakan...

aku juga mengaku segala perbuatan dosaku

oleh itu Tuhanku....kurniakanlah keampunanMu kepadaku...

sesungguhnya tidak ada sesiapa lagi yang boleh mengampunkannya selain Engkau....

dan sesungguhnya Engkau maha pengampun dosa2 besar....


Tuhanku...tutuplah segala pintu maksiat buat diriku, sahabatku dan keluarga ku....

bukakanlah pintu pahala Mu seluas2nya buat kami....

sesungguhnya...kami mengharapkan keredhaanMu...

mengharapkan pertolonganMu...padaMu kami sandarkan harapan....

moga kami masih dalam pandanganMu...masih diberi hidayah dan petunjukMu....


~aku ingin pulang...menyuci dosa dan noda...moga masih punya waktu untukku...ameennnn~

Thursday, November 6, 2008

LM, Latihan mengajar, bersediakah aku?

gambar ini tiada kaitan dgn tajuk.....huhuh


Sedar tak sedar, tinggal berapa hari je lagi, aku berada di usm,


terasa syahdu la plk, kerana lepas ini, tiada lagi kehidupan bergelumang dgn buku,


instead everything going to change


kehidupan yg bergelumang dengan masyarakat,...


no more student life.....




Latihan Mengajar,


sudah pasti cukup berbeza dengan kehidupan kampus...


interaksi antara guru, murid,org kampung..


emm adakah aku sudah betul2 bersedia...




mahasiswa asalnya dari masyarakat,


akan kembali ke masyarakat,


namun betul ke aku sudah siapkan segala kemahiran untuk kembali,


mampukah aku untuk bergelar mahasiswa apex universiti di mata masyarakat...




Terkadang risau jugak memikirkannya,


tetapi sebenarnya, semua itu sudah dalam perancangan ALlah,


tunggu waktu sahaja yang akan melaksanakan...


emmmmm....



Penempatan awal telah diumumkan,


alhamdulillah, aku mendapat sekolah yang kuinginkan...


sekarang ni terpulang kepada sekolah itu,


sama ada mahu menerima aku atau tidak...



Sekiranya, sekolah itu terbaik untukku,


semoga Allah permudahkan segalanya....


murid2 itulah yang akan menjadi pelajar pertama aku..


secara formalnya.....



apapun, persediaan tetap kena dilakukan...


banyak duit gak ni nak guna..


tapi tak pa lah...alah membeli menang memakai...



pada sahabat2 yang bakal LM,..


semoga LM ini menjadi wadah yang terbaik


untuk kita mencurah ilmu,


mengasah skill,


menanam minat,


serta memberi yang terbaik untuk anak2 didik kita nanti...


selamat maju jaya....


semoga dipermudahkan segalanya...


pergi kita nanti, bukan setakat untuk latihan....


tapi kita membawa nama agama, keluarga dan universiti APEX...


semoga kita sama2 menjag dan mengharumkannyaaaa........

Thursday, October 23, 2008

Tetiba je rasa....




Tetiba je…aku rasa putus asa…
Tetiba je aku rasa hiba entah mengapa…
Tetiba je aku rasa ketenangan sudah tidak ku rasa…

Ya Allah…mungkin ini hukuman mu
Atas segala dosaku yg menggunung tinggi…
Andainya ketenangan itu tidak lagi kau hadirkan dihati..
Berikan aku rezeki airmata yg menangis kerana penyesalan atas segala dosa2 ku…
Airmata yg menangis kerana takut akan azab Mu…
Moga nanti akan hadir rasa ketenangan dihatiku….

Aku tidak harus berputus asa dari semua ini…
Kerana aku tahu nikmat, keampunanMu terlalu luas..
Namun aku juga tidak harus selesa dengannya…
Kerana aku hanya insan biasa yang penuh noda dan dosa…
Layakkah aku mendambakan yang terbaik..
Sedangkan usahaku tidak seberapa….

Aku tidak kuat untuk mujahadah kepadaMu…
Aku tidak kuat untuk melawan Nafsuku…
Aku tidak kuat untuk menempis hasutan syaitan….
Berikanlah aku kekuatan ya Allah…
Kerana hanya padaMu aku bergantung harap…

Ya Allah..moga Kau masih sudi memandangku,..
Peliharalah aku dari fitnah dunia…
Dan punca fitnah untuk insan lain….

Ya Allah..aku malu untuk berhadapan denganMu
Kerana dosaku menggunung…
Aku bukan hambaMu yg taat…
Kerana aku sering lupa padaMu…
Aku leka ya Allah…aku lalai dari tangunggjawabku..
Ya Allah moga masih ada waktu untukku
Menyucikan segala dosaku…..

Ya Allah…andaikan kau matikanku…
Matilah aku dalam keadaan iman dan islam,
Dalam keadaan kau ampunkan segala dosa2ku
Dalam keadaan kau redha padaku…amin



~ hanya Allah yg mengerti perasaaan ini~