Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 13, 2010

GENAP-9 BULAN


sedar atau tidak sedar....
begitulah masa...
sama ada kita mengira atau tidak....
masa tetap akan berlalu..
sungguh manusia itu rugi kerana masa....

Esok genaplah 9 Bulan usia perkahwinan kami...
sungguh ku rasa baru je semalam kami diijabkabulkan...
tapi usah tertipu dgn masa...
kerana masa tidak pernah menipu....

kalau diikutkan 9 bulan mengandung...
sudah pasti sekarang membilang hari untuk melahirkan
baby dah sudah matang..
dah mahu tengok dunia....
tapi ALLAh merancang yang terbaik untuk kami
bukan masanya lagi kami menerima cahaya mata
mungkin di suatu ketika...
dimana kami betul2 bersedia..
hanya Allah yang mengetahui...

Seawal usia 9 bulan ini...
sudah pasti masih lagi dalam tempoh
percubaan bagi kami...
moga2 cubaan itu sesuatu yang sanggup kami tempuhi..

Kebahagiaan itu
perlu dicipta...
jika kami memilih bahagia...
insyaAllah apa2 yang mendatang...
pasti akan bahagia...
jika kami memilih derita...
maka jika yang indah pun...
terasa buruk belaka...

pilihan ditangan kami...
dengan izinNya...
moga KEBAHAGIAAN DAN KENIKMATAN rumahtangga itu
menjadi milik kami...
untuk selamanya dunia dan di akhirat...

Monday, December 6, 2010

ini yg terbaik bagi ku...Kami sudah bersatu!

ALHAMDULILLAH..SYUKUR KE HADRAT AllAH..PENCIPTA SEKALIAN ALAM...sungguh ini yang terbaik bagi..terima kasih ya Allah...kerana telah memberi kesempatan ini...

dengan izin yang maha ESA, berkat doa dan usaha akhirnya kini aku kembali ke sisi suamiku yang tercinta...ternyata angan-anganku sudah menjadi nyata....tiada kata2 yg dapat ku gambarkan ketika mengetahui..yg aku akan kembali ke malaya...terlalu byk memikirkan sesuatu yg tak pasti...tapi yg pasti...berakhir sudah episod PJJ ku...

Sekarang masih dalam tempoh percutian...aku telah ditempat di SMK BERAPIT BM PULAU PINANG, perbezaan yang amat ketara aku rasa...

Dari sesi pagi, kini sesi pagi dan petang
Dari pengurusan semuanya islam, kini pengurusan semuanya bukan islam
Dari pelajar majoriti melayu, kini pelajar majoriti China...

hanya Allah yg tahu getar di hati...
tapi ini yg terbaik untukku...
insyaAllah aku mampu..jika aku mahu...
moga Allah permudahkan segala urusanku....


Sepanjang tempoh cuti sekolah ini...
aku dan suami..
banyak habiskan masa di rumah sewa kami yg baru...
alhamdulillah..
sewanya tak mahal..
rumah selesa dan agak besar untuk 2org...
kami telah habiskan hampir 10k untuk beli barang2 umah...
emmm....duit insyaALlah boleh di cari..kebahagiaan tidak mampu dibeli....

Kini aku menghabiskan masa,
menjadi suri rumah sepenuh masa.....
baru ku tahu erti pengorbanan...
erti perkongsian yang sebenar...
terima kasih pada suamiku, yang byk membantu menguruskan rumah ni....

semoga rumahtangga kami diberkati olehNya...
amin...

~`````setiap pagi..wajib bersarapan dengan suami..
hantar suami p kerja kat depan pintu..
salam dan cium tangan suami..
dan satu kucupan singgah kat pipiku....
semoga kami istiqamah...

itulah bahagia...
semoga setiap apa yang aku lakukan..hanya kerana Allah...
dan hanya untuk menjamin kesejahteraan rumah tanggaku..

Saturday, November 6, 2010

semoga istiqamah mengamalkannya.....

Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2. Membacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaaila ahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati



`ya Allah berikan aku kekuatan utk mengamalkannya..semoga aku tergolong dari kalangan yng sedikit...amin....

sesungguhnya...keempat2 itu terlalu ringan utk dibaca...tetapi kenapa mulut itu terlalu berat utk membaca...sedangkan ganjarannya terlalu besar.....ingatlah wahai diri....kamu tidak membawa harta dan apa2 saja ke sana...amalan itulah yang kamu bawa...apa yang kamu ada utk saham akhirat mu??...inginkah kamu menjadi muflis disana?!...semoga kita semua saling mengingati....

Friday, November 5, 2010

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.





✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.





Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.







☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



sumber: Amar Sufi


* ya Allah..ampunkanlah segala dosa2ku...hambaMu ini terlalu byk dosa dan khilafnya...sesungguhnya ya Allah...aku tidak layak mengdambakan syurgaMu...namun ya Allah...ku tidak sanggup ke neraka Mu...mana mungkin ku dapat bertahan dari seksa neraka itu..sedangkan terik matahariMu sudah tidak mampu aku bertahan.....ampunkanlah dosaku Tuhan...ku ingin menjadi hambaMu yang taat dan sentiasa mengingatiMu...amin...-

* sesungguhnya mati itu pasti..khiamat itu pasti...apakah nasibku nanti...baikkah atau sebaliknya...ya Allah...jangan biarkan diri ini mencelakakan diri sendri...redhaMu yg ku harapkan...

Sunday, October 31, 2010

Sudah Setahun..............

Pejam celik--pejam celik....rupanya 29.10.2010 genaplah setahun aku menjejak kaki di bumi kenyalang ni...rasa begitu pantas masa berlalu....w/bagaimana pun...terlalu bnyak dugaan, suka duka..tangis tawa sepanjang perjalanan itu....

Tidak mampu aku hadapi semua itu...jika tiada kekuatan diberikan olehNya...dan pertolongan dari sahabat2 yg seangkatan dengan ku...itu semua datang dariNya...terima kasih ya Allah...

Walau berjauhan dengan org tersayang..tetapi semangat dari kawan2 disini...buat aku mampu bertahan...sampai ke hari ni.......

Semoga musim ke dua ini...aku mampu jadi guru yg lebih dedikasi...guru yg serba boleh....

Namun begitu...aku berharap sgt..dapat berpindah ke Pulau Pinang...
kerana sebagai seorang isteri..tempatku disisi...
pilu mengenangkan suamiku yang ditinggalkan....
semoga kami berdua bersbar dgn ujian ini.........

doakan semoga kami dapat bersama seperti pasanagan lain.......
inginku lakarkan kisah cintaku..............

Thursday, September 30, 2010

Pilunya hati.....

pilunya hati bila diri ini diperlakukan bagai manusia yang takder perasaan...
kenapa masih ada manusia yang tak punya jiwa dan hati terhadap manusia lain...
tidakkah dia mengerti, memahami masalah manusia lain...
kenapa masih ada manusia yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin...

ohh...
tidakkah dia memahami...
perasaan seorang insan yg berjauhan dengan keluarga dan suami...
manusia itu mmg manusia kejam...
tidak layak untuk dihormati...

biarla...
mungkin ini ujian untukku..
menguji kebergantunganku kepada Allah
supaya aku lebih dekat padaNya...
ujian penghapus dosa2 silamku...

Aku serahkan segala urusanku kepada Allah untuk menentukan..

ya Allah...
andainya aku teraniaya...
maka tunjukkanlah aku kebenaran itu...
sesungguhnya aku berpegang pada janji2MU..

Ya Allah..
kuatkan hati ini...
hilangkan kebencian dihati...
hilangkan segala amarah ini...
kerana cukuplah Engkau bagiku...
jadikan hambamu ini...
hamba yang sentiasa bersyukur....


~Allah tahu apa yang terbaik untukku...
Allah sedang menguji kesabaranku...
Allah masih lagi menyanyangiku...
walau aku seringkali lupa padaNya...
Allah masih lagi mahu memandang diriku yang hina ini...
ujian ini..tanda kasih sayang dariNya...~

AKu redha...walau hatiku pilu dan terkilan...