Entah mengapa hari ni rasa sangat la down…
Entah apa aku mengajar…entah apa2…
Mungkin emosi tidak stabil mempengaruhi pengajaranku…
Mungkin jugak aku tak sempat untuk bersedia sepenuhnya…
Emmm tapi apapun…aku akan cover balik nanti…
Tapi itu bukan persoalannya dan tema yang mahu aku huraikan disini…
Tapi ada cerita yang lagi sedih dari tu…
Sedih rasanya bila diri ini tidak mampu untuk mengatakan..
“ya mmg wajib awak pakai”
Tau pakai apa…
Pakai tudung la…..
Emmm bila student aku datang dekat aku tanya…
“Cikgu saya nak tanya pasal tudung,
Apa trend tudung remaja terkini cikgu..
Muka saya sesuai tudung mcm mn…
Saya tergerak hati nak pakai tudung la cikgu…”
Ya Allah, hatiku terdetik perasaan serba salah…
Namun aku cuba menjawab sebaik mungkin agar dapat menyenangkan hatinya
Dan tidak membantutkan niatnya itu….
Dalam hatiku…moga hidayah Allah itu milikmu…
Rupanya majority students yg aku ajar tu ramai tak bertudung…
Emm sedih rasa hatiku…..
Tapi aku hormati mereka…
Kerana aku percaya..
Mereka masih belum bersedia..
Tapi dalam hati kecil mereka..
Masih ada rasa…tetapi tak tau bila…
Sebagai guru…aku hnya mampu berdoa…
Semoga suatu hari mereka akan tau…
“Tudung itu wajib untuk org perempuan beragama islam..
Kerana rambut itu mahkota wanita…yang merupakan aurat yang perlu ditutupi…
Memakai tudung tak salah hendak mengikut trend,,tapi biarlah cukup syarat2 menutup auratnya itu….
Mampukah kita basuh dosa2 satu urat rambut itu..jika tidak dengan izin Allah…inikan pula berjuta2 urat rambut….percuma je dapat dosa setiap hari…tak perlu buat apapun…”
Aku yakin mereka sudah tau semua tu…tapi hanya mereka je mampu untuk berubah…
jika kita tau itu adalah dosa..tapi kita buat jugak…
memang besar la lagi dosa tu…waallahualam..
Kalaulah aku mampu untuk mengatakan semua itu pada mereka…
Pelajar2 ku sayang…
teguran cikgu ini….kerana cikgu sayang pada kamu…
Usah tunggu kamu dewasa untuk berubah…
Jika terdetik dihati untuk berubah…
Berubah lah segera..
Takut2 nanti syaitan pulak yg meracun jiwa…
Jangan tunda niat baikmu itu…
Kerana mati itu juga tak dapat ditunda dan tidak mengira siapa…
Kamu remaja atau dewasa…
Beringat2lah….
~Ya Allah..lindungilah diri ini dari perkara2 dosa dan maksiat…ampunilah dosa2 silamku…dosa2 terdahuluku…sesungguhnya…hanya padaMu aku memohon dan berserah…amin……
Shampoo keguguran rambut
7 years ago
0 comments:
Post a Comment