Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 9, 2010

Tuhan....berikan aku keyakinan sepenuhnya


Aku tidak mahu memulakan sebuah ikatan
dalam aku masih ragu dan curiga...
aku tidak mahu memulakan hidup baruku
dengan rasa terkilan dan kecewa...
Aku tidak mahu Tuhan...

Patutkah aku menoleh ke belakang
sedangkan aku tahu tidak mungkin itu berlaku
selain dari kehendakNya...

Patutkah aku terus menanam rasa ragu dihati
sedangkan saat itu tidak lama lagi...
patutkah aku membiarkan airmata berterusan
tanpa memikirkan keputusan..?

Aku keliru, aku binggung....
betulkah keputusan ku ini...
betulkah??

Ya Tuhan..
aku mohon pertunjukMu
aku mohon belasMu
moga aku diberi kekuatan
menerima segala kritikan
menerima segala tohmahan
menerima segala kemungkinan..
kerana ku tahu...
takdir ini telah Kau tentukan...


Aku tidak mampu untuk berlari kemana2
kerana disitulah tempatku..
disitu jua lah untung nasibku...
aku perlu yakin...
aku perlu betul2 yakin...
kerana hatiku telah lama berkata..
dialah pilihanku...
pilihan hatiku...
pilihan hidupku...
.....................................................................................


"rasa hati tidak pernah menipu..biarlah takdir itu untukku"
aku redha Tuhan, aku redha.....

0 comments: