Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 20, 2010

KERANA AKU SEORANG GURU biasa….



Setiap pagi aku melangkah gagah…
Membawa bersama segala yang berkaitan…
Difikiran tiada apa lagi yang aku fikirkan…
Hanya untuk mengharungi rutin harian..
Sebagai pendidik anak bangsa dan Negara..

Langkahku atur perlahan-lahan…
Diawal pagi aku mulakan
Tugas sebagai guru tingkatan…
Terkadang keringat menitis didahi..
Namun aku tidak peduli..
Ku teruskan jua demi tugas yang diberi….

Akulah pelakon didalam kelas
Menjadi tumpuan setiap pasang mata yang memandang..
Tiada sedikit rasa gentar…
Kerana semangatku tidak pernah longlai
Niatku memberi segala ilmu yang ada….

Tugasku bukan berakhir dikelas sahaja
Banyak lagi yang menanti dimeja…
Hanya menunggu masa
Untuk aku uruskan segalanya….

Kini aku mengerti
Pengorbanan seorang guru biasa..
Yang telah mencipta pelajar luar biasa…
Kalau dulu aku tidak menghargai jasamu guruku…
Cukuplah hari ini aku memanjatkan doaku untukmu
Walau dimana pun engkau berada..
Terima kasih cikgu…
Kerana hari ini aku juga guru biasa..
Yang sudah mengerti erti seorang guru sepertimu…..

Biar sepahit mana tugas guru sepertiku…
Namun ku tahu…
Tugas inilah yang paling mulia disisiNya..
Jadi cukuplah Allah bagiku..
Untuk menilai segalanya…
Kerana sesungguhnya..
Hidupku, matiku,..
Hanya untukMU….

0 comments: