Insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah dunia dan akhirat...
"Tanyalah aku tentang khabar imanku...
kerana diri ini seringkali kecundang dalam meniti arus dunia yang semakin bergelombang"
Jika ada sesiapa yang pinta cintamu, katakan ianya untuk ALLAH,
Jika ada sesiapa yang pinta rindumu, katakan ianya untuk RASULULLAH,
Jika ada sesiapa yang pinta kasihmu, katakan ianya untuk IBU BAPA mu,
Jika ada sesiapa yang pinta keikhlasanmu, Maka berikanlah ia pada yang benar-benar MENGHARGAINYA....
"Jangan ditanya apa yang Islam berikan pada kamu, tapi tanyalah apa yang kamu berikan untuk islam", ingatlah Islam tidak memerlukan kamu, sebaliknya kamu yang benar-benar memerlukan Islam."Berjuanglah habis-habisan untuknya."
"Tidak semua kebaikan datang dengan kebaikan..tidak semua hasanah datang dengan kemuliaan..tidak semua kebahagiaan datang dengan perkara yang kita sukai...sebaik-baik teman adalah sabar...seindah-indah perhiasan adalah doa...lahirnya redha adalah apabila kebahagiaan kita menerima ujianNya sama seperti gembira kita menerima nikmatNYA"
"jika orang lain sibuk mencari keredhaan dunia, sibukkanlah diri kita mencari keredhaan akhirat,.. jika orang lain sibuk mencari keredhaan manusia, sibukkanlah diri kita mencari keredhaan Allah.."
IMAN, itu adalah segala-segalanya.... HIDAYAH ,tinggi nilainya... TAUFIQ, sangat berharga.... anugerahlah kepadaku, agar aku mulia disisimu, TUHAN, kalau bukan petunjuk dariMU, sudah tentu aku tersesat jalan, kalau bukan taufiq darimu, menempuh jalanmu tentu tidak mampu, oleh itupimpimlah aku, dalam hidup di dunia ini, begitulah harapanku padaMU, setiap doaku panjatkan, Engkau dengarlah doaku ini... terimalah permintaanku ini...
0 comments:
Post a Comment