Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 29, 2008

Antara Dua Tangisan

AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.

Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya. “Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis..

Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan.

Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun ALLAH SWT telah berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.”


Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

P/s original from PMIUSM.blogspot.com

Kau Yang Sederhana


Kau Yang Sederhana,

Walau Akademik mu tak tinggi mana,

Walau pekerjaanmu tak glamor,

Namun budi pekerti mu buatku terpesona,



Kau Yang Sederhana,

Tapi semangatmu luar biasa,

tak pernah luntur dek masa,

bahkan sentiasa mara menuju cita.


Walau Kau Yang Sederhana,

Tapi hati mu sentiasa Kaya,

sentiasa menolong sesiapa,

tak kira suka dan duka...



Kau Yang Sederhana,

Tak kisah apa manusia kata,

tapi kisah apa yang Allah kata,

moga kau tetap pada jalanNya...


Kau Yang sederhana,

ku doakan mu kebahagiaan

walau dimana kau berada

ketahuilah walau kau sederhana

kau tetap istimewa.



Wednesday, July 23, 2008

Teringat Dosa-Dosa Lalu......

Teringat Dosa-Dosa Lalu.....

hatiku merasa pilu,

sebak terasa malu,

padaMu Penciptaku.



Teringat Dosa-Dosa Lalu....

terasa hinanya diriku,

layakkah aku mendambakan syurgaMu,

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku.



Teringat Dosa-Dosa Lalu..

aku menangis tersedu,

aku kalah pada nafsu,

aku malu pada diriku.



Teringat Dosa-Dosa lalu

Ya Allah berikan masa untukku,

menyuci dosa dan noda ku,

agar hati ku tenang saat berjumpa dengan MU



Ampunkan diri ini TuhanKu..

banyaknya dosaku..

tapi ku tahu,

luas lagi keampunanMu,

Tuhanku, aku hambaMu...

Tuesday, July 22, 2008

Lelaki INIKAH yang DICARI

JADILAH LELAKI SEPERTI INI


Jadilah seorang lelaki

yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepadaAllah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,\
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Jadilah seorang lelaki

Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.


Jadilah seorang lelaki,


Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.


Jadilah seorang lelaki,


Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.


Jadilah seorang lelaki,


Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.


Jadilah seorang lelaki,


Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.


Jadilah seorang lelaki,

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah






--tentunya lelaki ini idaman setiap wanita yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat----

Monday, July 21, 2008

Aku hamba MU


Aku sembah-Mu Tuhan

aku tidak meminta pahala

Aku sembah-Mu

atas dasar aku adalah hamba

Patut aku sebagai hamba-Mu

kerana Engkau Tuhanku,

penciptaku

Kelemahanku didalam ibadah

ku harapkan kemaafan-Mu

Kekurangannya aku harap dengan rahmat-Mu


Di waktu aku lupa

ingatkanlah aku,

Ketika aku buat dosa

sedarkanlah aku,

agar aku bertaubat,

Dan terimalah taubatku,

Jika aku buat dosa lagi

ingatkan lagi agar aku bertaubat

terimalah lagi taubatku…

Tuhan,

Hidup ini adalah terlalu seni

Kerana seninya payah untukku hidup yang bersih lagi murni

Berilah aku hidayah dan taufik-MU selalu

Agar aku pandai hidup yang begitu seni

Adakalanya aku buat salah tapi aku sendiri tidak tahu

Kalau bukan petunjuk-Mu

tidak mungkin aku hidup didalam keadaan yang murni


Jika bukan taufik-Mu

tidak mungkin aku dapat selarikan yang lahir dengan yang batin

Biarlah lahir menunjukkan yang batin

Sungguh susah Tuhan hendak selarikan sikap lahir dan batin

Kecuali dengan pertolongan-Mu dan pimpinan-Mu

Pimpinlah aku Tuhan mengharungi kehidupan ini

Hidup ini banyak sangat liku-likunya,

mudah sahaja tergelincirDengan itu selamatkanlah aku

Tetapkanlah aku di jalan yang diredhai-MU…amin.



..hariz^m...

...hidup ini hanya pentas lakonan....

Tips Interview 2

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga
***************************************

GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus,

ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.

Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai,

apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga,

bolehkah anda melakukan kerja tersebut,

atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?


Jangan bimbang. Ana berikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.


Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda. Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut,

bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.


Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman. Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.


Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa. Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah. Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi.


Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.


Persediaan Mental

****************


Persediaan adalah kunci kejayaan.


*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.

*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.

*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.

*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.

*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.


Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon. Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.


Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik. Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.


Tingkahlaku semasa temuduga


1. Semasa hendask masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "selamat pagi" atau "selamat petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.


2. Janganlah hulurkan tangan anda utk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat grakan dahulu yg ianya hendak berbuat demikian. Jelaskan kepada penemuduga prinsip anda jika anda tidak mahu berjabat tangan dengannya.


3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dgn sempurna serta tegakkan badan.


4. Jangan anda cuba hendak mengalihkan kerusi yg disediakan itu.


5. Jangan anda letakkan barang2 atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.


6. Jangan goyang2kan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat2 dan lain2 kertas di atas meja penemuduga itu.


7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.


8. Janganlah anda menjawab soalan2 dgn tergopoh-gapah. sebaliknya jawablah dgn tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yg anda beri itu hendaklah tepat. Anda tidak harus bercakap panjang lebar dan menggunakan bahasa kasar.


9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli2 panel yg menemuduga itu lebih drpd seorang maka arahkan jawapan2 anda kepada Ketua Panel. Beliau biasanya individu yg duduk di tengah.


10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yg tertentu dari masa ke semasa tetapi jgnlah selalu menggunakannya.


11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedasng bercakap dang jgn sekali-kali berbalah dgnnya.


12. Jangan merokok atau mengunyah apa2 di dalam mulut.


13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata2 yg tidak benar semasa dlm temuduga. Jika anda berbohong, anda akan terjerat akhirnya.


14. Jika anda tidak tahu jawapan yg disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus-terang yg anda tidak tahu jawapannya.


15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dari apa yg sepatutnya.


16, Jangan berbincang apa2 masalah peribadi anda semasa temuduga.


17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dgn ringkas dan tepat berkenaan dgn pekerjaan.


18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.


19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yg benar, tetapi janganlah membesar2kan perkara itu.


20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas2 yg bersabit dgn pekerjaan itu, masa yg dijangka kena bekerja dan gajinya yg dibayar pada permulaan.


21. Bersedialah utk memberitahu kadar gaji yg anda inign. W/bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.


22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yg sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh dtg lagi ke pejabatnya utk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yg sesuai baginya.


23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.


24. Anda boleh meminta kebenaranutk menanyakan beberapa soalan. Temuduga merupakan komunikasi 2 hala.


25. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu. Nyatakan harapan anda agar diberi peluang utk bekerja di organisasi tersebut.



p/s: begitulah berakhirnya tip-tip temuduga yang dapat dikongsi bersama, banyak betul perkataan jangan, tapi tak pa, jangan gagal dalam interview sudah, huhu, ok g.luck to all candidates who are going to be interviewed.

Sunday, July 20, 2008

Tips nak interview

Ramai yang dah habis belajar, mungkin masa ni tengah mencari-cari peluang pekerjaan.
Ana nak berkongsi tip-tip yang mungkin boleh diamalkan untuk sesiapa yang firts time nak p interview, ini pun ana ambik dari sahabat ana jugak....moga dapat sedikit membantu sesiapa yang memerlukan.....

Persediaan

1. Selidik seberapa banyak yg dapat tentang pekerjaan yg anda pohon itu. Sumber2 yg boleh membantu anda ialah:
* guru2 kerjaya di sekolah
* Kaunselor kerjaya
* Pegawai Bimbingan Kerjaya di Perkhidmatan Pekerjaan, Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat.
* Mereka yg bekerja di dalam pekerjaan yg dipohon.
* Bahan2 penerangan kerjaya yg boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.
* Ibubapa, saudara mara dan rakan.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan2 lain sebagaimana yg dikehendaki bagi pekerjaan yg anda pohon itu. Jgn semata2 bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yg berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yg berkaitan ataupun diberi 1 ujian utk menilai pengalaman, kemahiran, sikap serta kecekapan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara2 berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI2 DATANG LAMBAT.

5. Anda pakailah pakaian yg sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yg terlampau berwarna-warni atau menjolok mata, berselipar, menggunakan minyak wangi dan alat solek yg berlebihan.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki. Bagi perempuan, hendaklah kelihatan kemas. Kasut anda hendaklah bersih.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah pemohonan anda itu mengandungi segala butir2 yg tertentu seperti yg dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan2 dgn iklan dan kandungan suran pemohonan anda itu.

8. Bawalah bersama2 anda sijil2 asal sekolah dan universiti, dokumen2 asal dan surat akuan asal utk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen2 ini mengikut susunan yg dikehendaki dan janganlah digulung. Adalah dicadangkan dokumen yg terbaru diletakkan di hadapan.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah denganhati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain2 butir mengenai 2 orang yang benar2 mengenali anda tetapi bukan saudara-mara anda, yg akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

bersambung......

MOTIVASI TERBAIK IALAH AL-QURAN


Mungkin selama ini kita mencari-cari jawapan untuk persoalan yang kita pun tidak pasti,
Tapi sedarkah kita, Allah itu maha pengasih kerana telah sediakan jawapan yang kita cari tanpa kita pinta pun....

Kekadang kita tertanya, kenapa aku sering gagal dalam meraih apa yang aku inginkan, kenapa hari-hari yang di lalui cukup payah untuk ditempuhi....kenapa diri ini sering diuji dengan kesibukkan, kelaparan, amanah dan dugaan yang silih berganti....kenapa......

Allah ada jawapannya....

Dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3,
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dbiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yag dusta."

Jadi sahabat, dengan jelas Allah menegaskan setiap yang berlaku terhadap kita tak kira la kemiskinan, kesibukkan, hatta kekayaan sekali pun itu adalah tarbiyah langsung dari Allah untuk menguji keimanan hambaNya. Jangan kita lupa dalam KEPAHITAN adanya KEMANISAN, setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya,...yang pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Sekali lagi Allah bagi motivasi kat kita, jadi jangan la kita merungut apabila apa yang kita nak tak dapat walaupun kita dah berusaha kerana Allah tau apa yang baik untuk kita.....

Mungkin jugak kita sering mengeluh kerana terbeban dengan pelbagai tanggungjawab...tapi Allah sudah berjanji dengan kita...

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

So, jangan la pulak kita letak diri kita dalam keadaan yang terbeban, tak tau, tak pandai, tak reti, sedangkan Allah tau kita mampu lakukan.....

Dalam kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya, mungkin sampai satu tahap kita akan rasa putus asa, tertekan, kecewa, dan tertanya apakah yang kita dapat dari semua ini....

Ubat penyakit ini dah lama Allah bagi, sama ada kita nak atau tak je....

Surah Al-Imran ayat 139
"janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman".

Surah Yusuf ayat 87
"....dan jangalah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

Surah Al-taubah ayat 111
"sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untk mereka....."

Subhanallah, maha suci Allah, alangkah sejuk hati hamba2Nya jika baca ayat2 di atas ni, hilang segala tekanan, sedih hati dan putus asa, bertambah2 lah keimanan mereka, dan kerja2 dakwah mereka......

jadi sahabat, marilah sama2 renungkan kembali kenapa kita diutuskan ke dunia ini....
mintalah pertolongan dari Allah dan kepadanya sahajalah kita berharap dan bergantung....

'' Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk'',
-Surah Al Baqarah ayat 45

" jika mereka berpaling( dari keimanan), maka katakanlah; " Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki "Arsy yang agung"
-Surah Al Taubah ayat 129

wallahhua'lam

Renungan Hari ini...

Sekadar Peringatan Untuk Sesiapa yang Celik Hatinya…..

Kemukakanlah soalan-soalan berikut ini kepada diri anda sendiri dan jawablah dengan bijaksana.

1. Tahukah anda bahawa anda akan melakukan perjalanan yang tidak kembali lagi? Apakah anda sudah mempersiapkan bekal yang cukup untuk perjalanan itu?

2. Sudahkan anda membekali diri dengan amal soleh sebagai penenang gelisahmu di kubur?

3. Sudah berapa lama anda hidup dan berapa lama lagi anda akan hidup? Sedarkan anda bahawa setiap permulaan itu akan ada akhirnya, dan akhir dari segalanya adalah syurga atau neraka?

4. Pernahkan anda mengkhayalkan ketika malaikat turun dari langit untuk mencabut rohmu, dan ketika itu anda sedang tidak sedar?
5. Pernahkan anda mengkhayalkan hari itu, ketika hari terakhir dalam hidupmu, ketika anda perpisah dari keluarga, anak-anak, kekasih dan para kerabat? Itulah kematian dengan masa-masa sukar menjelang kedatangannya beserta penderitaannya. Itulah kematian…itulah kematian!!

Apabila anda telah mati, anda pun dibawa ke tempat pemandian jenazah untuk dimandikan, kemudian dibungkus dengan kain kafan. Selepas itu anda di bawa ke masjid untuk disembahyangkan. Selanjutnya anda diusung orang ke kuburan, ke tempat persinggahan pertama alam akhirat. Boleh jadi kuburan itu merupakan taman di antara taman-taman syurga atau sebuah lubang di antara lubang neraka??

"Keselesaan tubuh kerana sedikit makan,

Kedamaian jiwa kerana sedikit dosa,

Ketenangan hati kerana sikit angan-angan,

Keterpeliharaan lisan kerana sedikit bercakap."

Saturday, July 19, 2008

Friends......

FRIENDS..!!

Friends,
We have shared,
The good and the bad times together,
You have been the supporter,
The shoulder,
For me to cry on,
From the bottom of my heart,
I would like to say “Thank You”

Friends,
If we will be apart,
Don’t be sad,
Don’t even drop a tear,
May our memories,
Be keep as diamonds,
Which, it will not fade,
With the passing of time

Friends,
Looking back when we first met,
I cannot forget,
Just remember,
There will always be place,
For you for all my life,

I’ll keep a part of you with me,
And everywhere I am,
There will be..

Friends,
My blessing will always be with you,
No matter where you are…

Thank you for being my friends….

Ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah…

" Bukan akhir dari dunia..melainkan awal suatu kehidupan baru....
kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,
mereka yang disakiti,
mereka yang telah mencari...
dan mereka yang telah mencuba...
kerana MEREKALAH yang sentiasa menghargai
orang yang telah menyentuh kehidupan mereka"

To all my sahabat fillah!

Tuesday, July 1, 2008

Surat terbuka: DISKRIMINASI TERHADAP MAJLIS PERWAKILAN PELAJARPRO-MAHASISWA USM

Majlis Perwakilan Pelajar USM sidang 2007/2008 telahpun menjangkau 9 bulan hayatnya. Pelbagai program yang hebat dan antarabangsa telah pun dibincangkan dan dirancang penuh berstrategi sejak awal memegang tampuk pemerintahan pelajar. Namun, sehingga kini, tiada satu pun projek tersebut seperti Persidangan Mahasisiwa OIC, Apprentice, road tour untuk memperkenalkan USM ke seluruh Malaysia dan sebagainya yang berjaya tetapi sebaliknya hanya tinggal kenangan. MPPUSM yang diterajui oleh Mohd Shukri Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Che Mat hanyalah sebuah badan yang indah khabar dari rupa. Khabar angin yang mengatakan mereka ‘pak turut’ kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dibuktikan sekali lagi di hadapan mata kami barisan pro-Mahasiswa (pro-M) yang diwakili oleh saudara Mohd Azhari, Nur Mastura, Siti Rogayah, Nurul Izzati dan Nor Harizam. Sehingga ke hari ini, setiap portfolio masih tidak mendapat senarai bidang tugas yang sebenar. Walaupun telah diminta beberapa kali, 3 orang NYDP induk memberi alasan tidak pernah dapat duduk bersama untuk membincangkan dan menetapkan tugas setiap portfolio masing-masing kerana terlalu sibuk. Ini merupakan alasan yang tidak dapat diterima sama sekali. Projek-projek yang berjaya dijalankan pun hanyalah projek tradisi yang diberikan oleh pihak HEP untuk membantu menjaga nama MPP seperti Persembahan Amal membantu mangsa banjir , Convex, Minggu Suai Kenal, NRIC, dan Program Jati Diri di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Sepanjang bergelar YB muda setelah 9 bulan ini, tiada satu pun peluang yang diberikan oleh pihak MPP aspirasi kepada pro-M untuk menjalankan tugas dan amanah mereka sebagai perwakilan pelajar kecuali melantik Mastura sebagai pengarah projek untuk Persembahan Amal yang berkonsepkan hiburan. Selain daripada itu, pro-M sama sekali tidak diberi peluang melaksanakan projek walaupun sebagai AJK biasa. Kisah diskriminasi ini bermula sejak awal perlantikan Majlis Tertinggi lagi di mana 2 calon umum pro-M disingkirkan dari memenuhi kerusi teratas. Sebelum malam pengundian bermula bersama dengan TNC HEP, pihak pentadbiran yang diketuai oleh En. Nazru Ismail telahpun memimpin perjumpaan dengan semua MPP Aspirasi termasuk yang datang dari kampus cawangan transkrian di Desasiswa Aman Damai. En Nazru masih sempat berpesan supaya tidak memberi peluang kepada pro-M untuk menang sebarang kerusi yang dipertandingkan pada malam tersebut. Apabila malam perlantikan rasmi yg sebenar tiba, para ‘pelakon’ Aspirasi cekap sekali berperanan. Semua nama yang telah dibincangkan pada malam sebelumnya telah naik dengan mudah walaupun ada satu kerusi dipertandingkan. Walau apapun, tahniah diucapkan atas lakonan mantap MPP Aspirasi kesemuanya. TNC HEP sama sekali tidak tahu menahu tentang agenda hitam tersebut. Beliau berada di Kelantan ketika itu.

Pihak pro-M pasrah dengan ketentuan ini kerana bukan jawatan yang kami kejar. Namun, kekecewaan tetap bertandang kerana konspirasi menjatuhkan MPP pro-M telah dirancang oleh En. Nazru selaku Ketua Penolong Pendaftar di HEP. Apabila kekecewaan ini dilontarkan di dalam Berita Kampus (BK), En Nazru segera mengadakan perjumpaan tergempar pada malam BK diterbitkan. Siti Rogayah telah diberi amaran supaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai MPP bukan mencari lagi kesalahan YDP dan Aspirasi yang lain. Semua pro-M menerima dengan hati terbuka.

Setelah peristiwa itu berlalu, timbul pula satu penindasan lain. MPP pro-M sengaja tidak dilibatkan dalam Program Jati Diri yg diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang menjadi acara tahunan USM. Alasan mereka, MPP tidak tahu kerana yang menguruskan program ialah Sekretariat Sukarelawan USM. Namun, yang menjadi kehairanan, jika MPP tidak tahu dan terlibat secara langsung, mengapa Penolong Exco MPP pula yang dijadikan fasilitator? Pro-M sendiri mengetahui mengenai program ini daripada mulut Penolong Exco (PE) yang terlibat, bukan diberitahu sendiri oleh MT MPP yang lain. Lebih parah lagi apabila pelajar dari kampus cawangan Kubang Kerian Kelantan dan Transkrian juga turut terlibat. Jika mereka mengatakan kekurangan fasilitator, mengapa kami yang sedia menawarkan diri ini dianaktirikan?

Penindasan seterusnya berlaku dalam pengurusan program National Research and Innovation Competition (NRIC) dan Convex di mana tiada seorang pun daripada pro-M yang dilantik menjadi AJK sedangkan pelajar yang bukan PE MPP pun boleh menjadi sebahagian daripada Majlis Tertinggi program. Kami terhimpit dalam dilema, bagaimana agaknya MPP pro-M boleh menjalankan tanggungjawab seperti yang disarankan oleh En. Nazru jika tiada secebis peluang pun yang diberi? Pada akhirnya, keluar pula berita mengatakan MPP pro-M tidak tahu dan malas buat kerja. Sungguh ‘adil’ bumi USM ini.

Isu NRIC dan Convex dibiarkan begitu saja oleh pihak pro-M kerana mereka ingin memberi fokus kepada projek lestari yang telah diilhamkan sejak sebelum cuti antara sidang bermula lagi. Kertas kerja Perkampungan Lestari telah dihantar kepada Dr. Izham oleh Pengarah Projek, Siti Rogayah Bahari. Setelah itu, pada awal cuti antara sidang baru-baru ini, sebahagian MPP termasuk YDP dan tiga orang pro-M telah mengikuti kursus “Sustainability Leadership” yang dianjurkan di Taiping. Di sana kami dikejutkan oleh gelagat YDP MPP yang sanggup memakai gelang bertulis BARISAN NASIONAL berwarna biru dan putih, gelang oren yang terdapat lambang kati berwarna biru dan juga gelang gegar U berwarna merah. Tindakan berani Che Mat tersebut benar-benar mengecewakan kami kerana jelas sekali beliau sendiri yang melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Seksyen 15 (Bahagian III) yang berbunyi “Tiada sesiapa jua,semasa menjadi pelajar universiti,boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati, atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang haram.” Nampaknya Che Mat sendiri yang merendah-rendahkan kewibawaannya sebagai tunggak pimpinan mahasiswa universiti yang terbaik di Malaysia ini. Kekesalan tersebut kami pendamkan demi menjaga nama baik Che Mat walaupun mengikut undang-undang sebenar,beliau boleh kami dakwa di bawah AUKU.

Setelah selesai mengikuti kursus ‘Sustainability Leadership’, kertas kerja yang sama telah diubahsuai semula mengikut persetujuan di dalam program tersebut oleh pengarah projek asal juga. Setelah kertas kerja itu dibincangakan oleh Che Mat, Rama, Mariati dan Izzati(pro-M) bersama Dr. Zainal, terdapat pemurnian yang perlu dibuat padanya. Dan sekali lagi Siti Rogayah memerah idea untuk membuat penambahbaikan padanya. Setelah dua minggu kertas kerja baru dihantar kepada Dr Zainal dan Che Mat, tibalah masa untuk membuat ‘follow up’. Namun, kehadiran pengarah projek bersama Mastura selaku SU projek ke bilik Dr. Zainal tidak disenangi oleh Che Mat. Entah dari mana dia tahu kami ingin bertemu dengan Dr. Zainal tepat pada waktunya. Namun, oleh kerana Siti Rogayah meletakkan telefon bimbitnya dalam mod senyap, dia tidak sedar ada panggilan dan sms daripada Che Mat.

Setelah puas berbincang dengan Dr. Zainal dan mendapat lampu hijau untuk menjalankan projek, barulah telefon bimbitnya dibuka dan dia menyedari ada mesej daripada Che Mat yang berbunyi“Aslkm. Harap maklum. Sbrang projek atas nama mpp, prlu dpt kelulusan MT. Anda bukan pengarah projek minggu lestari, x perlu jmpe Dr zainal utk bincang ape2.tq.” –Mpp Che Mat, 26-Jun-08, 11.28 pagiLalu, Pengarah Projek mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Che Mat dan berbincang dengannya pada hari yang sama. Oleh kerana tahu akan kesibukannya dengan PPMS, maka pengarah projek meminta Che Mat sendiri yang menetapkan masa untuk berjumpa.

Setelah kami dalam perjalanan, tiba-tiba Setiausaha MPP menghantar mesej mengatakan Che Mat pesan suruh beritahu tidak jadi jumpa pada waktu itu dan ditunda ke esoknya kerana beliau ada hal. Mengapa beliau batalkan pada saat-saat akhir? Dan mengapa Mariati yang merupakan Setiausaha MPP pula yang perlu memaklumkan kepada pro-M sedangkan perjanjian dibuat hanyalah antara pro-M dan beliau secara peribadi sahaja? Cubaan untuk menghubungi Che Mat sendiri yang seterusnya hanya menemui kegagalan. Sungguh hebat pemimpin mahasiswa USM sidang 2007/2008 ini. Pada pendapat kalian, wajarkah tindakan YDP tersebut?

Terkini, maklumat yang diterima oleh pro-M mengatakan Setiausaha MPP sendiri merupakan pengarah projek lestari itu. Cantik sungguh permainan mereka. Jikalau benar projek itu tidak mendapat kelulusan dari MT, mengapa tidak dari awal lagi YDP memberitahu pengarah asal supaya tidak meneruskan usahanya memurnikan kertas kerja tersebut sedangkan dia sudah sedia maklum mengenai AJK pelaksana program lebih dari sebulan yang lalu. Salinan kertas kerja juga telah diberikan khas kepadanya. Kalaupun ditakdirkan beliau tidak dapat menghubungi pengarah, mengapa tidak disampaikan saja pesanan kepada Izzati yang ada bersamanya ketika berjumpa dengan Dr. Zainal dua minggu sebelumnya? Adakah terlalu susah dan sibuk untuk menghantar hanya 1 sms memberi arahan berhenti daripada usaha tersebut? Mengapa selepas berpenat-lelah memurnikannya, beliau baru tiba-tiba muncul dan menegah hak pro-M terhadap projek tersebut? Adakah Che Mat ingin memberitahu kami bahawa kelompok Aspirasi memang tidak tahu membuat kertas kerja dan mengharap untuk ‘mencurinya’ daripada pro-M?

Sebenarnya dalam program lestari ini, walaupun dirancang oleh pro-M, pihak kami sama sekali tidak menafikan hak Aspirasi. Timbalan Pengarah sendiri ialah dari kalangan mereka.Selain itu, rasa pelik terus menerus menerjah ruang fikiran apabila Che Mat yang terlalu sukar dihubungi selama ini oleh saudari Mastura dari pro-M untuk urusan projeknya iaitu “city survival training” boleh tiba-tiba muncul kembali untuk menghalang Siti Rogayah daripada berjumpa dengan Dr. Zainal. Che mat seolah-olah mengelak daripada melancarkan perjalanan projek Mastura dan pada masa yang sama cuba menyekat pula projek yang sudah dipetik suisnya oleh Siti Rogayah.

Pro-M teraniaya, benar-benar teraniaya.Hanya beberapa hari selepas itu, berlaku pula penindasan lain yang sedang dilakukan oleh MPP Aspirasi USM kepada pro-M apabila mereka tidak diberi ruang untuk menjadi PPMS. Apabila ditanya adakah pro-M terlibat menjadi PPMS, jawapan yang diberikan “mereka takmahu terlibat”. Apabila berhadapan dengan kami mereka memberikan alasan lain pula iaitu, MPP sendiri perlu melalui sesi temuduga sedangkan MPP Aspirasi secara automatik layak menjadi PPMS. Penghulu PPMS kali ini tidak lain dan tidak bukan pastilah YDP MPP sendiri. Jika dikatakan semua mpp perlu menjalani sesi temuduga, mengapa terang-terang YDP MPP pula yang dilantik menjadi tunggak program Minggu Suai Kenal? Lebih membekas di dalam hati pro-M, tatkala mereka bertegur sapa dan berkenalan dengan pelajar baru, YDP sendiri datang memerhati tindak tanduk exco-exconya seperti mengesyaki pro-M sedang melakukan sesuatu yang tidak baik kepada adik-adik. Lagaknya kelihatan tidak senang sekali. Ada pula bekas calon pusat yang telah kalah bertanding sebelum ini tiba-tiba datang mengambil gambar pro-M. Terselit juga kebanggaan untuk pro-M kerana YDP MPP sendiri sanggup ‘mencemar duli’ mengiringi langkah kami, exco-exconya. Terima kasih diucapkan dan kami sangat menghargainya. Di samping itu, Aspirasi juga memberi amaran kepada pro-M supaya tidak mendekati pelajar baru sepanjang minggu orientasi. Lebih menggelikan hati, ada pula peraturan yang baru wujud di mana, pelajar-pelajar selain PPMS tidak boleh bercakap dengan sesiapapun di dalam USM. Di mana hak MPP pro-M sebagai perwakilan pelajar? Ingin membantu adik-adik yang benar-benar memerlukan bantuan pun dikatakan ingin membuat kacau. Pas masuk tidak diberikan dan urusan dengan dekan-dekan pusat pengajian masing-masing juga tergendala.

Selama memegang amanah sebagai MPP, pro-M telah bertungkus-lumus dalam usaha menjaga kebajikan mahasiswa. Saudara Azhari telah berusaha menguruskan isu isyarat lampu hijau di pintu masuk RST yang terlalu singkat, permohonan pembinaan perhentian bas depan Restoran Khaleel dan pembinaan longkang baru di Sungai Dua yang sebelum ini berbahaya kepada pejalan kaki. Hasilnya sudah dapat dilihat dalam jangka masa tidak sampai seminggu surat dihantar kepada pihak berkenaan. Kesempatan ini digunakan pula oleh Che Mat untuk mewar-warkan kejayaan menjaga kebajikan pelajar oleh MPP di bawah pimpinannya sedangkan yang berpenat-lelah menguruskan kebajikan ialah Exco Korporat dan Pengantarabangsaan yang berstatus pro-M dan bukan pun Exco Kebajikan dan Kampus Sejahtera yang sepatutnya bergerak ke hadapan dalam menangani isu ini. Tahniah kepada saudara Azhari. Walaupun kita kelihatan seperti dipergunakan, namun yang lebih kita harapkan ialah ‘simpanan’ di sana nanti. Rakan-rakan mahasiswa sekalian, jika kalian berada di pihak kami, bolehkah rakan-rakan beritahu kami apakah perasaan yang sepatutnya kalian alami? Marah? Sedih? Suka? Puas hati? Tak kisah? Padan muka? Walau apa pun, kalian ialah golongan intelek. Gunakanlah anugerah akal fikiran yang sihat itu untuk menilai semua ini tanpa dibelenggu oleh pemikiran yang sempit dalam membuat pertimbangan.

Selama berada di bawah tampuk kepimpinan Aspirasi, kehadiran dalam mesyuarat nyata menyedihkan kerana MPP Aspirasi sendiri ada yang pernah hadir cuma sekali dua. Exco Sukan, Rekreasi, Kebudayaan dan Integrasi hanya sering diwakili oleh pro-M manakala dua exco lain sudah tidak dapat dihubungi. Hilang entah ke mana. Projek yang sepatutnya diuruskan oleh portfolio ini diserahkan pula kepada Pembantu Exco. Pengerusi portfolio ini menyepi sebaik sahaja selesai sambutan Tahun Baru Cina. Semua MPP Aspirasi yang berbangsa cina sangat jarang dapat ditemui hadir dalam perjumpaan dan mereka sering mengelak daripada mengikuti program-program universiti dan KPT. Namun, jika pihak pro-M yang tidak hadir mesyuarat dan program, kecohlah USM dengan berita bahawa pro-M malas datang mesyuarat dan sengaja beri alasan untuk tidak hadir program.Kisah ini terpaksa pro-M ketengahkan kerana suara kami sudah tidak ingin didengari lagi di dalam bilik persidangan MPP. Ini hanya sekadar luahan hati kami untuk membuka minda mahasiswa sekalian.

Telah banyak sesi berat sebelah dipraktikkan dalam kepimpinan Che Mat, YDP yang kami sanjungi selama ini. Namun, kebaikan dan kerjasama yang telah kami hamparkan nampaknya telah disalahgunakan. Tiada erti lagi kami terus berdiam diri jika penindasan ini berterusan.

Kepada mahasiswa yang bijak pandai dalam menilai kebenaran dan kebatilan, semoga tulisan ini membuka mata hati kalian untuk mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Anda mahasiswa yang mempunyai suara anda sendiri. Renungkanlah semua ini dengan rasional dan gunalah kematangan anda untuk membuat penilaian sendiri. Selama ini kami masih mampu mendiamkan diri dan terus memberi kerjasama yang padu untuk menguatkan barisan MPP yang ada. Tetapi selepas melalui lebih daripda 3 kisah penindasan, kami merasakan inilah masanya kami menyuarakannya untuk pengetahuan umum. Sudah terang lagi bersuluh, hak kami sebagai MPP yang naik secara sah dan diiktiraf universiti dan mahasiswa dinafikan sama sekali.

Di sini, kami tidak sekali-kali menyalahkan mereka yang selalu memandang rendah terhadap keupayaan kami kerana kami tahu mereka ialah orang yang tidak mengetahui. Justeru, semoga siri diskriminasi kepada kami dapat dijadikan suri teladan kepada mahsiswa supaya memilih pemimpin yang bercirikan seorang pemimpin pada masa hadapan. Kami redha menjadi mangsa keadaan ini dan diharap agar penganiayaan ini tidak sia-sia dan dapat membuka mata mahasiswa yang cerdik pandai sekalian.

Inilah apa yang sebenar-benarnya telah berlaku dan apa yang akan berlaku pada esok harinya kami serahkan kepada Allah Yang Maha Memelihara.Kami berpegang kepada hadith Rasulullah SAW:

“ Aku telah diperintahkan supaya berkata benar meskipun pahit.” Baginda berkata lagi: “Aku telah diperintahkan supaya berkata benar dan supaya di dalam mengatakan sesuatu kebenaran kerana Allah, tidak gentar terhadap celaan orang-orang yang mencela.” Baginda mengatakan lagi: “ Sebaik-baik jihad ialah berkata dengan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim.”

Kami tahu kami akan dipanggil untuk mengadap pihak atasan kerana ‘keberanian’ kami membuka pekung di dada mereka ini. Segala akibatnya kami sedia tanggung bersama asalkan kebenaran tertegak di bumi Minden tercinta ini.Kami yakin, doa orang yang teraniaya sekali- kali tidak akan ditolak oleh Allah. Kepada kalian yang suka bermain dengan kami, kali ini kami sedia bermain bersungguh-sungguh dengan kalian. Dan jangan kalian lupa, Allah sentiasa berada di pihak yang benar. Semoga kalian segera bermuhasabah dan bertaubat kerana kita ada janji dengan Allah untuk menemuinya di sana nanti.

Kepada Prof Omar Osman, kami mohon maaf kerana terpaksa menulis surat terbuka ini. Kami tahu Dr. Omar tidak pernah bersikap tidak adil kepada kami selama ini. Kami hargai sikap keadilan dan keterbukaan Dr tersebut. Semoga Allah merahmati Dr. Omar sekeluarga dunia akhirat.

Akhir kalam, kami barisan pro-M USM seramai 5 orang ingin menujukan sebuah puisi untuk insan bernama mahasiswa di seluruh IPTA/S.

Bilakah lagi kita semua satu hati
Bilakah lagi keamanan kan dikecapi
Bilakah lagi keadilan kan dijulang tinggi
Bangunlah wahai mahasiswa kita satu hati
Marilah bersama bersatu menentang kezaliman
Sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datangJangan takut..
Berjuanglah untuk keadilan..
Sekian, terima kasih.

“WE UNITE FOR STUDENTS’ AGENDA”
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO-MAHASISWA 2007/2008,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
30 Jun 2008.