Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 18, 2021

Setelah 10 tahun berlalu

Hadirku disini, sekadar menyapa blog sekian lama menyepi, adakah ini titik mula utk aku mula menulis lagi?

Alhamdulillah dikurniakan 3 heroes hasil perkongsian selama 11 tahun dgn lelaki pilihan hatiku.

Aku bahagia kini menjalani hidup sederhana, bersama suami dan anak2 ku di sebuah teratak sederhana kami hasil dr rezeki yg dianugerahi Illahi.

Thursday, July 5, 2012

SUDAH TERLALU LAMA TAK MENGUPDATE BLOG KESAYANGANKU INI...MENJENGUK PUN HANYA SEKALI SEKALA...DEK KESIBUKKAN MENJALANI KEHIDUPAN SEORANG ISTERI DAN IBU YANG BEKERJA... NAMUN ITU BUKAN ALASAN SEBENAR... JIKA MAHU...PASTI BOLEH... SALAM NISFU SYA'BAN PADA SEMUA... SAMA2 KITA MUHASABAH DIRI TENTANG APA YG TELAH KITA LAKUKAN SEPANJANG BUKU AMALAN KITA DAHULU....(YA ALLAH...AKU BANYAK DOSA...AMPUNKAN DOSA2 KU...ASTAGHFIRULLAHALAZIM...) SEMOGA BUKU BARU INI LEBIH BAIK BUAT KITA.... SEDAR ATAU TIDAK.. MASA TETAP MENINGGALKAN KITA.. UMUR KITA SEMAKIN BERTAMBAH.. TAPI HAKIKATNYA... SEMAKIN DEKAT KITA MENEMUI PENCIPTA... (YA ALLAH..BERSEDIAKAH AKU?..) SELAGI MASIH DIBERI NAFAS INI... JANGAN KITA BERHENTI UTK BERUSAHA.. MENJADI KHALIFAH TERBAIK DI BUMI INI... (TETAPKAN DAKU DALAM IMAN, TAMBAHKAN TAQWAKU PADAMU TUHAN..) SEMOGA CATATAN KU INI MENJADI PERMULAAN BUKU BARU KU..

Monday, December 26, 2011

buah hati cinta kami




Alhamdulillah, syukur ku panjatkan padaMu Tuhan..
puteraku selamat dilahirkan pada 18.12.2011 jam 7.23pg..secara czer..

tidak akan pernah ku lupakan saat cemas itu,..
saat bertarung nyawa utk melahirkan puteraku..
tidak ada apa yg lain dalam hatiku selain ingin melihat dia selamat dilahirkan..

contraction yg berlaku sejak 2 hari sebelum itu
tiba ke saat pukul 1 pagi malam 17hb..
air ketubanku tiba2 pecah..
habis katil basah..huhu...

aku dibawa ke labour room..
jalan masih lagi 3 cm..
risau sgt masa tu..
kerana doctor mengatakan jantung anak ku tidak berape elok..
Ya Allah..hanya Allah je la yg tau perasaan ketika itu...

Suami aku dibenarkan masuk utk menemaniku...
sakit makin terasa..contraction makin kerap berlaku..
"sayang kuatkan..sayang kuat.."..
kata2 itulah yg keluar dari mulut suamiku..
masa berlalu tak kami sedari..berjam2 sudah menahan sakit..
fikiran ku ketika itu hanya fikirkan baby ku..

Doctor mengesahkan jantung baby ku semakin lemah
sudah 5 jam berlalu..jalan dah buka 6 cm..
baby ku dah berak dalam perut sikit...
sakit sudah tak ku endahkan..
yg penting anakku..
menangis aku bukan sebab sakit..
sebab aku terlalu risau akan babyku...
tak sanggup aku kehilangannya..
biar aku sakit..
asalkan baby ku selamat...

disebabkan keadaan makin kritikal..
dan mungkin lama lagi mahu menunggu jalan buka 9cm..
doc mengambil keputusan utk czer..
aku pasrah..aku redha..
asalkan anak aku selamat..
suami aku juga begitu..
terus aku disiap2 utk ke bilik bedah..
badan ku terus menggigil..
bukan kesejukkan...
tapi tindakbalas badanku..
apabila diketahui akan dibedah..
ku kuatkan jugak..
demi anakku...

aku mengucap 2 kalimah syahadah..
aku berserah pada Allah saat itu...
aku diberi suntikan epidural..
tak terasa sakit ketika disuntik ditulang belakang...
mungkin ketika itu fikran ku hanya memikirkan anakku...
aku dibius separuh badan..

aku sedar apa yang berlaku..
cuma aku tidak rasa sakit,.
aku sedar saat anak aku diambil dari perutku..
dan aku rasa sgt bahagia dan hilang semua sakitku..
saat aku mendengar tangisan anakku...
ya Allah..indahnya perasaan ketika itu...

anakku dibersihkan..
nurse menunjukkan padaku..
anakku putera..
diberinya anakku mencium pipiku..
sedangkan ketika itu..
aku masih lagi "dijahit" oleh doc2..
terus anakku dibawa ke wad 2
untuk pemantauan selanjutnya...

badanku masih lagi menggigil..
hampir sejam pembedahan itu berlaku..
alhamdulillah semuanya selamat...
itulah takdir untukku...
rezeki yg Allah bg untukku..
aku redha..
aku syukur...
kerana kini aku sudah bergelar seorang ibu...
indahnya perasaan menjadi seorang ibu...

~semoga segala kesakitan yang ku alami..
menghapus segala dosa2ku yg dulu...~

Saturday, November 12, 2011

mendung akan berarak pergi jua...bersabar lah...


"rasa sangat bahagia melihat bayi, keindahan ciptaan Allah"
~ibu tak sabar nak jumpa anak ibu...~


sekadar motivasi diri...
dalam mencari kekuatan dan ketabahan
menghadapi liku2 hidup yang tidak pernah sepi
diuji dan diuji...

Sememangnya begitulah hidup..
tanpa ujian dariNya..
pasti hidup ini membosankan..
namun ketahui wahai diri...
ujian itu tanda Allah masih memandang dirimu..
maka syukurlah..redhalah dgn segala ujian yg dtg..
pasti mendung itu tidak selamanya...
cerah akan kembali menyeri..
berbaik sangkalah kepada Penciptamu..

Allah berikan hujan..
kerana dia mahu hadiahkan pelangi utkmu..
maka bersabarlah...

tidak ada alasan
utk mengatakan kita tidak bahagia..
sedangkan Allah
telah menyediakan segalanya
utk kita mencipta bahagia...

Carilah bahagia itu..
kerana semua manusia berhak bahagia...

Tuesday, October 25, 2011

'Menghitung Detik Itu"...


Lamanya tak update blog ni kan...
memang sesawang dan sampai ke lutut dah ni...huhu
apapun...
sedar tak sedar 2011 dah hampir nak melabuhkan tirai...
dan sedar tak sedar juga..kini aku sedang menghitung detik itu...
detik menunggu kelahiran anak sulung kami...

InsyaAllah 21.12.2011 due ku...
dan hari ni genap 8 bulan...
anak ibu....

Sesungguhnya..
terasa diri cukup istimewa dan terima kasih ya Allah..
kerana memberi peluang untukku menikmati saat2 ini...
sungguh saat ini takkan dilupakan dalam hidupku...

Ya Allah..
permudahkanlah segalanya...
lindungilah anakku..
selama dia bereada dalam rahimku...
panjangkanlah umurnya...
berikanlah dia kesihatan yang sempurna,,,
bentukklah dia dengan rupa yang baik dan elok...
permudahkan kehamilannya dan kelahirannya nanti...
agar aku dapat melahirkannya dengan mudah, selamat dan normal...

Ya Allah...
jadikan anakku ini...anak yang soleh/solehah..
taat pada ibubapa..
taat pada perintahMu dan rasulMu...
amin ya Rabb...