Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 11, 2009

kerana aKU INsan BIASA!!

aku tahu, aku mengerti..
aku tidak layak
mengdambakan yang terbaik dariNya...
kerana aku insan biasa...
yang hina lagi penuh dosa...
kusyukku kurang...
aku sering lupa..
sering alpa..
sering tersungkur...
terkandas kecewa....
arus dunia ini...
betul2 buat aku lemas....
hanya dengan mengingatiNya..
hatiku kembali tenang..
jiwaku kembali hidup...
ya Tuhan...
janganlah Kau uji hambaMu ini...
dengan sesuatu yang tidak sanggup
untuk ditempuhi...
seperti mana kau meguji
orang2 terdahulu...
Sesungguhnya...
aku tidak mahu apa2
selain mengharapkan keredhaanNya..
mengharapkan keampunanNya..
Insan biasa sepertiku ini..
hanya mampu mengalirkan
airmata keingsafan..
diatas segala kekhilafan...
sambil dengan sejuta pengharapan..
agar Penciptaku masih mahu
memandangku.............
memberi belas kasihanNya padaku.....
Namun....
aku juga insan biasa...
yang punya cita2
mahu syahid dijalanNya...
mahu hidup bahagia di dunia
dan Di akhirat sana...
mahu menjadi
salah seorang kekasihNya....
Ku panjatkan doa..
agar insan biasa seperti aku ini,
diberi kekuatan luar biasa...
agar aku....
mampu bertahan,
bermujahadah.....!!
melawan kehendak
nafsu muda ku...
dan godaan syaitan
yang ingin sentiasa
melihat aku kalah
dalam medan mujahadahku ini.....
Tuhanku...
berikanlah kesempatan insan biasa
yang penuh noda ini
menyuci segala dosa...
menghapus segala titik2 hitam..
menebus segala kesalahan...
agar insan ini tidak tergolong
dalam kalangan orang yang rugi....
Tuhanku....
tutuplah segala pintu maksiat bgku..
bukalah pintu rahmatMu seluasnya padaku...
dan terimalah taubat dan amalanku...
amin.....Ya Rabbi Alamin......
".......kerana aku insan biasa yang ingin bahagia
dunia dan akhirat......."
Hariz^m

Sunday, August 9, 2009

Tahniah Dari ku....

Tiada kata dapat diungkapkan,
selain sekalung tahniah
kepada semua graduan
yang akan menjalani konvekesyen yang ke-4o nanti..

Kepada sahabat-sahabat seperjuanganku..
yang sama-sama bergelombang ilmu,
jatuh dan bangun bersama...
tawa, tangis, suka dan duka...
tahniah sekali lagi,
kerana menjadi insan-insan yang terpilih oleh ILLAHi...
mengenggam kejayaan ini...

Walaupun dimana kita nanti..
siapa kita nanti...
ingatlah ikatan uhkwah yang terjalin di sini
tidak akan pernah termeterai..
kerana ianya ikatan janji..
yang bersaksikan ILLAHI...
berjumpa dan berpisah
hanya kerana mengharapkan keredhaanNya...

Moga kejayaan ini tidak terhenti disini..
kerana ilmu Allah itu luas tidak bertepi...
ada rezeki, kita pakat2 sambung second degree..
moga jihad kita ini sampai mati..
amin...ya Rabbi..

P/s: Tahniah, tahniah, tahniah....

Wednesday, August 5, 2009

Isteri meleteri suami??

Isteri meleteri suami


"Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu.Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun.Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

"Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya."

Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati.Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesay! angan Nabi Muhammad s. a. w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: "Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?"Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah.

Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi i! steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami.

Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya:

"Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku."

** Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah.


P/s: sebagai pesanan untuk diri sendiri, sebab selalu sangat dilabelkan suka membebel, huhu, ya ke?? Kena berubah untuk kebaikkan…semoga mendapat manfaat pada sape sahaja yang baru dalam menjalani kehidupan rumah tangga mahupun yang sudah lama..

Tuhan seandainya...

Tuhan seandainya telah kau catatkan dia miliku,


Tuhan seandainya telah kau catatkan dia miliku,
Tercipta untuk diriku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami….
Seiringkanlah kami melayari hidup keketepian sejahtera..

Tuhan ku mohon apa yang telah kau takdirkan padaku…
Ku harap dialah yang terbaik untukku,
Kerana kau tahu apa isi hatiku,
peliharalah aku dari kemurkaanMu….

Jika dia Kau takdirkan untukku,…
Permudahkanlah segalanya…
Semoga aku tahu…dia tercipta untuk menemaniku….
Bukakan hatiku menerima dia seadanya….
Aku redha dengan ketentuanMu
Kerana ku serahkan segalanya padaMu Tuhan..

Ya Tuhan ku…
Seandainya telah kau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dari ingatanku…
Sesunnguhnya Tuhan..
Peliharalah aku dari fitnah dunia ini…
Berikan aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit..
Hilang bersama senja merah
Dan pekat malam…

Ya Tuhan…
Dalam setiap doaku,
kupanjatkan keampunan padaMu..
Ampunkanlah dosaku…
Dosa keluargaku….
Dosa ibubapaku….
Terlalu banyak dosaku Tuhan…
Berikan aku kesempatan
Untuk menebus setiap noda hitam dalam hati ini
Agar aku dapat tenang menghadapMu Tuhan…
Kerana sesungguhnya cinta hakiki hanya padaMu..